Nak Cite Sikit…

Beberapa hari yang lepas.

Ada bersembang dengan seorang kenalan.

Dah tua dan berusia. Dah ada anak dan keluarga.

Sebenarnya dia nak sembang dengan kawan seorang lagi. Tetapi dah duduk makan sekali, dengar jer lah kan..

Sedang bincang sana, bincang sini.

Daku tertarik akan salah satu isi perbualan tersebut.

Perkara ini membuatkan daku berfikir sejenak…

“Betul juga ye…”

Dia kata,

“cuba kamu tanyalah mana-mana ibu bapa sekarang ini, apa tujuan (utama) mereka hantar anak ke sekolah? Mesti mana-mana ibu bapa akan berkata, ‘nak bagi anak jadi pandailah.’”

“Tetapi,”

“Sepatutnya bukan itu tujuan utama anak dihantar di sekolah. Sebenarnya tujuan utamanya ialah menjadi seorang yang berakhlak. Dan perkara inilah yang semakin hilang dan tidak disedari oleh semua orang hari ini. Kemudian barulah menjadi pandai.”

Mana-mana tempat, akhbar, media, semua menceritakan masalah kemunduran akhlak manusia. Pelbagai pengaruh dan wacana telah diadakan, tetapi tiada langsung menunjukkan jalan penyelesaian kepada masalah yang menimpa.

Rata-rata rakyat di negara Malaysia, hanya 5% sahaja yang buta huruf tidak tahu membaca dan menulis. Maknanya, lagi 95% adalah semua pakat pandai baca dan tulis. Hanya gred di sekolah membezakan tahap kepandaian mereka.

Tetapi, pada tahun 2010 sahaja, laporan JAKIM menyelidik lebih dari 17000 kes jenayah syariah di kalangan umat Islam. Itu baru setahun, bagaimana pula dengan tahun yang lain?

Adakah jenayah ini terjadi dari kalangan 5% tadi. Adakah mereka masih lagi berada dalam kelompok tidak bertamadun (atau panggilan kasar, ‘batak’) tidak kenal mana baik buruk sebab tak belajar tinggi-tinggi?

Rata-rata masalah remaja berlaku kerana pergaulan bebas dan berpunca dari suasana sekolah. Adakah anak-anak ini tidak pernah ke sekolah?

Jadi, siapakah golongan yang melakukan perbuatan jenayah tersebut?

………..

Jawapannya, tentulah dari populasi tinggi kepada golongan yang cerdik baca dan tulis ini.

Jenayah kolar putih.

Iblis dan kepandaiannya.

Iblis adalah makhluk Allah yang diciptakan daripada jin. Dia bukanlah dari kalangan malaikat yang diciptkaan daripada cahaya.

Di syurga, Iblis digelar sebagai Azazil. Pangkat dan kedudukannya tinggi di syurga kerana sentiasa beribadah kepada Allah dalam keadaan ada nafsu dan akal untuk berfikir.

Semua malaikat kagum dengannya, sehingga memang layaklah digelar ketua para malaikat.

Tetapi,

Dua perkara yang menolak dia dari menjadi penghuni syurga selama-lamanya.

Iaitu,

Sifat aba (dengki) dan kibir (sombong).

Terus dihalau daripada syurga, dan menjadi penghuni neraka selama-lamanya.

Sebagai dendam yang tak pernah padam, dia meminta kepada Allah untuk menyesatkan para anak Adam di dunia ini agar sama- sama menuju neraka yang dahsyat di sana nanti.

Allah izinkan. Sehingga berlakunya kiamat nanti.

iblis

Ini sulur galur bermula kejahatan. Dari siapa? Iblis dan konconya (syaitan).

Baiklah. Adakah syaitan dan Iblis ini tak bijak? Tak cerdik menilai kedudukan syurga dan neraka?

Tak, mereka bijak. Tetapi kerana sifat mereka yang menghalang berfikir dari baik atau buruk yang akan menimpa.

Sifat itu yang menjadi punca kejatuhan langsung martabat tertinggi di sisi Allah, menjadi yang paling hina dari sisiNya.

Dan,

Sifat inilah yang sentiasa diusahakan oleh kalangan Iblis dan syaitan ini agar wujud pada setiap anak Adam di muka bumi ini sehingga mati.

Iaitu sifat mazmumah, datang sumbernya dari nafau dalam diri.

 

Pendidikan dan ketidak pandainnya

Kembali kepada topik penulisan ini.

Hari ini,

Bukan tak ada orang pandai, dah berlambak. Kolej, sekolah, universiti, maktab, institut, dan lain-lain lagi merata-rata wujud di negara ini.

Pendek kata, education is business. Siapa yang nak belajar, kena bayar, siapa dah lepas belajar, kena cari punca untuk bayar.

Pendidikan kini tak seperti dahulu. Dulu, orang belajar untuk cemerlang akademik dan untuk terus maju dalam segala bidang.

Kini, orang belajar kerana itu adalah aktiviti. Jika ditanya, “lepas belajar di sekolah nak buat apa?” jawapannya, “belajar di universiti.”

Tak boleh tidak, semua orang kena pergi maju untuk belajar ke tahap lebih tinggi. Padahal, bila belajar ke tahap tersebut, ntah apa course yang diberi. Tak pernah minat dan nak belajar pun.

Balik-balik, ramai yang habis belajar kerja macam-macam, ada yang ikut bidang, ada yang kerja sendiri yang tak ada kena mengena dengan bidang atau kerja kampung saja. Tak ikut langsung kos yang dipinta. Susah senang 3-4 tahun sekadar penuhi masa untuk berhutang sampai RM28000 untuk belajar yang tiada kena mengena.

Jika memang minat atau betul-betul bermatlamat, tak apalah. Tetapi, penekanan di sini kepada yang tiada tujuan lepas habis belajar, nak kerja sendiri tak mahu. Nak kerja dengan swasta atau kerajaan, paling kurang kena ada degree.

Logo-Universiti-Malaysia

Jadi, nak tak nak, belajar lah jugak. Habis usia muda hanya mengisi masa (tengok facebook, movie, enjoy, mpd, dan lain-lain) dengan tiada matlamat dan tujuan.

(lebih baik kerja sendiri, atau kerja kampung. Kerja biasa-biasa cukup-kalau lebih lagi baik-. Cari pengalaman. Lepas ada duit, beli tanah, keperluan ,atau lain-lain. Lepas itu klau dah mampu, kahwin.

Apabila rasa nak belajar lagi, boleh pilih sendiri. Yang mudah-mudah cukup. Setakat nak dapat degree, untuk apply apa-apa pekerjaan atau pendapatan daripada kerajaan/swasta. Lagi bagus. Tak ada bazir masa 3-4 tahun macam sekarang. Habis belajar tak matang fikir lagi (sebab belajar kerana exam, nota, nak cari kerja), berhutang dan tak ada keperluan, kemudian dah nak fikir rumah tangga –sebab dah kenal dan bercinta laam di universiti-. Duit tak ada, keperluan tak ada, mak ayah tak harap pula, dan lain-lain lagi.

Penegasan sekali lagi, untuk orang yang tak ada cita-cita atau matlamat untuk belajar-kerana Allah, baik dunia dan akhirat- saja ya.)

Kondisi atau pemikiran orang belajar dulu dan kini berbeza. Matlamat dan tujuan belajar pun dah berbeza.

Kesannya,

Lihatlah apa yang terjadi kepada para pemuda dan pemudi sekarang. Tahun 1990-an, gembar gembur kata, “pemuda pemudi harapan bangsa.” Hari ini, jarang disebut-sebut slogan itu lagi.

Kerja Syaitan

Jadi, bermulalah kerja syaitan.

Apabila semua berkumpul di satu tempat, berbincang di satu tempat, berhubung dengan mudah dan cepat,

Apakah halangan untuk berkata, “Kami hanya kawan. Tidak rasa apa-apa pun. Tak ada lakukan maksiat lah.”

Kerana,

Puak Iblis dan syaitan tak pandang pelajaran. Mereka lagi bijak dan pandai. Dah hidup berkurun-kurun kerja khusus menyesatkan dan menjauhkan manusia dari menyembah tuhan.Tidak kira orang Islam atau bukan Islam.

Selagi semua manusia itu anak Adam, selagi itu kerja mereka menyesatkan anak Adam tiada kesudahan.

Buktinya, tengoklah orang Malaysia sekarang. Ntah apa-apa punya masalah yang tiada kesudahan.

Tujuan hasutan hanyalah pada dua tempat, iaitu pada kepentingan nafsu dan sifat dalam diri setiap insan.

 patrick-star

Alkisahnya di sini…

Daku ingin membawa manusia itu merenung dan kembali berfikir. Meletakkan mana keutamaan daripada kepentingan.

Sesungguhnya,

Masa itu sentiasa bergerak. Tiada lagi akan kembali apabila telah melepasi.

Penegasan Allah,

Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali, HANYA 4 GOLONGAN (Surah a-Asr, ayat 1-3).

1)      Orang yang beriman.

2)      Orang yang beramal soleh

3)      Berpesan-pesan dengan kebenaran

4)      Berpesan-pesan dengan kesabaran.

4 golongan ini sahaja yang beuntung untuk kehidupan dunia dan akhirat. Yang lain, semua rugi.

Daku melihat,

Ya. Ramai orang yang telah menempah tiket kerugian. Bukan sahaja tidak matang berfikir tentang masa depan, tetapi lagi tak pandai berfikir tentang isu ketuhanan (sedangkan dalam Islam, yang paling penting adalh perkara akidah).

Daku cuba menyelamatkan keadaan (apa yang mampu lah). Di manakah patut dinilai keutamaan atau hanya suatu kepentingan.

Keutamaannya,

Letakkanlah agama dalam kehidupan. Agama itu bukan sekadar ilmu (tak semua orang mampu menjadi ustaz/ustazah), tetapi agama itu tata cara kehidupan, agama itu adalah akhlak dalam diri manusia.

Tidaklah Rasulullah itu diutuskan melainkan menyempurnakan akhlak (mulia).

Agama dan akhlak adalah selari. Seorang yang berpegang teguh pada agama (pada sunnah-dalam kehidupannya), akhlaknya tidak dapat dipisahkan lagi.

Kemudian, barulah bermula dengan ilmu pengetahuan. Ini keutamaan yang kedua.

Ilmu pula yang benar. Bukan ilmu semua orang wajib belajar hari ini (sains, matematik, seni, bio, kimia, fizik dll).

Tetapi Ilmu yang kata ulama’ ialah fardhu ain. Itulah ilmu agama. Sekolah rendah dah belajar, sekolah menengah diulang lagi.

Yang bezanya, jadikan ilmu itu sebagai amalan.

Barulah syaitan tak berdaya menggoda anda.

Inilah kebenaran sabdaan baginda.

“Tidur seorang berilmu lebih baik dari beribadah seorang jahil.”

“Seorang berilmu lebih ditakuti syaitan daripada 1000 orang abid.”

DIN_CHAN

Kesimpulannya,

Ajar dan didiklah manusia akan 3 keutamaan ini.

Pertama,

Didiklah mereka mengenal erti akhlak mulia.

Kedua,

Didiklah mereka mengenal ilmu agama. Tak susah dan payah. Dalam sekolah rendah dan menengah dah ajarkan ia.

Ketiga jadikan akhlak dan ilmu itu amalan. Tiada nilainya ajar akhlak dan ilmu sekadar dari buku, tetapi tidak pernah praktikkan ia.

Sesungguhnya, mencapai darjat iman itu bukan sekadar teori, tetapi buah daripada amalan akhlak dan ilmu agama.

Bukanlah iman itu hanya dengan cita – cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan”  (Hadis Riwayat Al-Dailami)

(adakah orang bukan Islam mengajar syariah di Universiti Cambridge itu beerti dia dah beriman kepada Allah?)

Inilah perkara yang Iblis mahu palingkan daripada manusia. Kerana sifat itu (itulah AKHLAK) yang menjatuhkan martabat seseorag itu di sisi Allah SWT.

Wallahua’lam.

-cadang nak tulis sikit. Entah macamana Allah tambah lagi dan lagi ilham pula. Semoga bermanfaat dan disampaikan kepada yang lain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: