Apabila Hati Ada Allah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamduillah,

Bersyukur kepada Allah Taala kerana masih memberikan daku peluang untuk terus mengecapi nikmat kehidupan

Di samping menambah amal dan kebaikan buat hari kemudian yang pasti tiba.

Menjadi individu yang belajar dan berusaha memegang tangungjawab

Menjadikan individu yang taat dan patuh sebagai  hamba kepada Allah yang Maha Esa.

Menerobos ke dalam diri.

Merenung dan menghayati.

 

“Apabila seseorang itu ada Allah, maka tiada kekhuatiran dalam kehidupannya.”

Kata-kata ini mengagumkan daku. Walaupun ringkas, terhimpun suatu penafsiran yang begitu luas dan berguna.

 

“Mat, dalam hidup kamu, apa yang kamu suka katakan?”

Mat berfikir.

“Aku ke? Aku suka bola. Tengok bola, tonton bola, beli baju bola, makan kat restoran ada tayangan bola, sembang tentang bola. Kamu pula?”

“Aku suka gadjet. Ada saja gadjet terbaru, mesti aku akan follow up. Kalau menarik, aku beli. Kalau tak ada duit, trade in dan cari duit nak beli. Zaman moden ni gadjet makin canggih dan sofistikated, Mat.”

 

Setiap orang ada sesuatu yang disukai dalam kehidupannya. Setiap orang berbeza kehendak dan kegemarannya.

Ibarat hobi. Ada orang suka membaca, ada yang suka menulis, bermain, belajar, dan lain-lain.

Ibarat subjek kegemaran. Ada orang suka sains, ada yang bahasa Arab, matematik, dan lain-lain.

Ini adalah lumrah dan fitrah. Selagi tidak melanggar syariat dan melalaikan, buatlah selagi terdaya.

 

Kegemaranku.

Kalau ikutkan, banyak kali berubah. Hari ini minat ini, hari esok minat sana.

Tetapi, kini telah ditemui minatku yang sebenar. Apabila bercerita, daku sedia mendengar. Apabila berkata, daku sedia temankan.

Apabila tiada orang nak kata atau cerita, daku sendiri akan mengingati atau mengingatkan.

 

Rupa-rupanya kegemaran diriku yang sebenar ialah pada Allah.

Allah?

Macamana?

Pelik?

………

Ya, pelik sebab tak ada orang nak buat dan suka kepadaNya.

 

Melihat kepada Allah.

Tak boleh nak bayangkanlah!

Kalau tak kenal dan tahu, jangan pandai-pandai nak buat. Boleh jadi tak betul atau sesat.

Sebab,

Allah (yang disayangi ini) tak ada tempat untuknya di dunia ini. Tempatnya untukNya hanya di sana, alam yang suci dari noda dan dosa, alam yang suci buat hamba yang suci menghadapNya.

Tetapi,

Allah boleh bertempat di dalam hati. Kerana, hati itu lebih besar dan luas untuk ditempatkan daripada arasy Ilahi, lebih menakjubkan untuk diteliti.

“Seluruh langit dan bumi tidak mampu menampung ZatKu, tetapi hati hambaKu yang beriman (orang mukmin) mampu menampung ZatKu.”

 

Eksplopedia  Hati.

Daku tidak bercerita di sini hati jasadiah. Tetapi tentang hati rohani.

Hati rohani itu,

Kenyataannya terlalu luas dan tiada batasan. Apa-apa sahaja muat untuk diletakkan dan diisi di dalamnya.

Ia boleh dibahagi kepada dua perkara yang biasa diletakkan. Yang pertama ialah Allah, yang kedua selain daripada Allah.

Kenapa dua sahaja?

Sebab Allah itu tidak memerhatikan pada sebarang jenis kedudukan, pangkat, harta, rupa,  dan apa-apa jenis sifat pada jasad,

Tetapi Allah sangat perhatikan pada kedudukan hati dan amal terhadap setiap insan.

“Sesungguhnya Allah tidak pandang pada rupa paras dan harta kamu, akan tetapi Allah melihat pada hati dan amal kamu.” (Hr Muslim)

Jadi,

Janganlah terlalu mementingkan penampilan dan kedudukan, lebih dari batasan dan kemampuan.

Kelak, semua itu akan menjadi sia-sia kerana tiada apa yang boleh dibawa sebagai bekalan di akhirat sana.

“Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali.”  (Al-Hujuraat 13)

 

 Ada Allah atau ghairullah?

Ingin mengetahui sama ada hati itu ada Allah atau selain Allah,ia adalah mudah.

Semuanya kembali kepada dialog di atas.

Agak-agak, dalam hati mereka ada Allah atau selain Allah?

 

Apabila hati seseorang itu ada Allah, di mana-mana sahaja dia pergi, masa bila, hari apa, dia sentiasa mengutamakan kehendak Allah berbanding kehendak dirinya.

Walaupun banyak kerja, sibuk belajar, bersama keluarga, pergi bersiar-siar atau ke mana-mana,

Dia tahu Allah sedang perhatikannya. Allah sedang melihat pebuatannya.

 

Begitu juga pada orang yang hatinya ada selain Allah.

Di mana-mana sahaja akan disediakan masa untuk perkara tersebut. Kalau hatinya hanya ada perkataan ‘kerja’, maka ke mana-mana sahaja pikir tentang kerja. Kalau ada bola, mana-mana sahaja cerita, cakap, bincang, dan ingat bola. Kalau ada ‘orang’, mana-mana tempat pun pikir tentang orang ini, sampai mimpi pun ingat tentang dia.

Tetapi rugilah. Kerana setiap perkara yang direnung, disukai, dilebihkan selain daripada Allah, maka kelak pasti semuanya meninggalkan dia sama ada kerana faktor usia, atau telah meninggal dunia.

Sebaliknya,

Barang siapa yang hatinya ada Allah,

Bukan sahaja kegemarannya tidak terhakis, bukan sahaja urusan kehidupannya menjadi mudah dan tenteram, bukan sahaja diberikan pahala dan keberkatan,

Tetapi Allah SWT turut sangat sayang kepadaNya. Allah SWT turut menambah rahmat, kasih sayang (kepada orang yang menemaninya) , memberikan perlindungan dan menemaninya ketika di akhirat sana.

Maka,

Tiada lagi perasaan khuatir dan lemah. Kerana Allah sentiasa ada untuk membantu dan memberikan pertolongan kepada sang hamba,

Yang Allah itu wujud dalam hatinya.

“Tidak seorang hamba pun mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling aku cintai, melainkan dengan apa yang telah aku wajibkan kepadanya. Hambaku tidak akan berhenti mendekatiKu dengan perbuatan-perbuatan sunnah hingga aku mencintainya. Ketika Aku telah mencintainya, maka aku yang akan menjadi telinganya yang digunakannya untuk mendengar, Aku akan menjadi matanya yang digunakannya untuk melihat, Aku akan menjadi tangannya yang digunakannya untuk memukul, Aku akan menjadi kakinya yang digunakannya untuk berjalan.

Jika dia meminta kepadaKu, sungguh aku akan mengabulkannya dan jika meminta perlindunganKu maka sungguh Aku akan melindunginya.” (HR Al Bukhari)

 

Inilah permulaan jalan cahaya.

Bukan sahaja bercahaya pada diri sendiri, tetapi turut memancarkan cahayanya kepada orang yang berada di sekelilingnya.

Insya-Allah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: