Kebahagiaan Itu Bukan Boleh Dijual Beli

Hari ini rasa kurang semangat sikit.

Mungkin sebab pagi isnin, tukar hari ke minggu lain.

Jadi, kuranglah bermaya sedikit.

Mungkin…

Apa-apapun,

Daku nak juga menulis di sini.

Biasalah…. apabila dah biasa menulis hari ini, jadi tulislah kan.

Kalau agak kesempitan masa atau sesuatu urusan yang tak disangka-sangka, mungkin tak dapat menulis atau ditunda pada masa berikutnya.

Namun, tidak semua yang daku tulis di sini dapatku lakukan dengan sempurna. Ada yang terkurang dan ada yang terluah di sini tetapi tak terkata di sana. Ibarat luahan perasaan. Nak cakap tak mampu, jadi tulislah.

Keluar lah sedikit hormon-hormon suka @ tak suka daripada kepala kan.

Kalau terperap macam jeruk, nanti nanti jeruk atau pekasam dalam kepala ni pula.

Baiklah. Cukup sekadar itu celoteh di hari Isnin.

Hari ini daku nak tulis sikit saja tentang perkara ini.

Sebab, dalam banyak artikelku di laman ini ada dinukilkan akan perkara yang serupa dengan nukilan ini.

Iaitu,

Prinsip kebahagiaan.

(jadi, sesiapa yang berminat nak tahu pada artikel yang lain berkenaan tajuk yang sama, bolehlah tulis ‘bahagia’ atau seangkatan dengannya di ruang search sana.)

*****************

Bahagia.

Subjektif dan abstrak.

Tiada seseorang boleh tentukan nilai kebahagiaan pada setiap individu.

Ada orang bahagia apabila telah kaya raya.

Ada yang bahagia kerana ada isteri solehah, cantik, dan berpada.

Ada yang bahagia apabila ada anak yang taat dan berjaya.

Ada yang bahagia dengan kereta mewah, rumah besar, dan sebagainya.

Ada juga yang bahagia dengan pangkat dan kedudukan yang diidamkan.

Dan macam-macam lagi.

Setiap orang ada keinginan yang ingin dicapai, dan keinginan yang memuncak itulah yang dinamakan kebahagiaan.

 

Jenis-jenis kebahagiaan.

Bahagia ini ada dua jenis.

1)      Bahagia sementara.

2)      Bahagia selama-lamanya.

Bahagia sementara berkonsepkan keinginan jangka pendek, bahagia selama-lamanya berkonsepkan keinginan jangka panjang .

Apabila dikatakan jangka pendek, maka target untuk dicapai juga dalam masa terdekat. Contohnya, berjaya cemerlang dalam UPSR,PMR, SPM, atau berjaya dalam pangkat dato’ atau dapat berkerja di sesuatu syarikat.

Tetapi jangka panjang kerana bukan sekadar kejayaan, tetapi berkenaan kehidupan orang tersebut dan bagaimana setiap masa dan ketika dia akan rasa bahagia. Ada yang merasakan kedudukan dan pagnkat akan membuatkan dia bahagia secara berterusan. Aaa pula orang yang melihat pada rakan yang baik, teman yang sekaki, isteri yang solehah, anak yang taat, dan keluarga yang bahagia. .Hal ini kerana  manusia akan berinteraksi jua dengan sesama manusia. Maka, perbezaan dan kesusaian itu bukan sekadar sehari dua, tetapi berpanjangan sehingga pada batasannya.

Tetapi ada orang juga menjadikan ia bahagia sementara, kerana selepas berkahwin dan dapat anak, tak dipedulikan keadaan selepasnya.

(kalau tak, tak ada lah pelbagai masalah dan krisis keluarga yang banyak hari ini.)

 

Kebahagiaan dalam agama.

Namun, kebahagiaan sebenar (hakikat kebahagiaan) itu dalam agama.

Bagaimana ia mentaati perintah Allah menurut cara Nabi Muhammad SAW.

Inilah kunci kepada kebahagiaan yang sebenar. Ia menyeluruh, tidak kira tempat dan keadaan.

Ada keluarga yang beragama, terasa bahagia. Ada kerjaya baik dan praktikkan agama, bahagia. Ada kedudukan dan dibaktikan untuk agama, bahagia. Ada harta dan diinfakkan untuk kepentingan agama, turut akan bahagia.

Kenapa bahagia itu wujud apabila seseorang itu melibatkan setiap usaha yang dilakukan dengan praktikal agama (yang benar)?

Kerana,

Kebahagiaan itu adalah kurniaan Allah dan didatangi para malaikat kepada hamba-hambaNya yang beriman dan bertakwa.

“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” (Al Ra’du: 28).

 

Bahagia itu tidak boleh dijual beli!

Jadi,

Kebahagiaan itu benar-benar subjektif dan abstrak.

Nilainya tidak sama pada setiap individu walau keadaan atau situasi yang berlaku serupa sesama mereka.

Mungkin orang A bahagia dengan sesuatu keadaan. Tetapi tidak kepada orang B walau berada keadaan yang sama seperti si A.

Tiada seseorang boleh katakan, “Akulah yang jadikan diri/ atau orang tersebut bahagia (selama-lamanya).”

Bahagia itu tiada nilai dan boleh dibandingkan dengan pangkat, kedudukan, wang ringgit, atau dinar emas.

Ia datang dari hati yang bersih dan tahu kedudukan amalan agama itu dalam kehidupan.

Setiap orang boleh menjadi bahagia (walaupun seorang) apabila dia taat perintah Allah menurut cara nabi Muhammad SAW.

timthumb

Sekian sahaja,

Terima kasih.

-mungkin ramai yang tak menyedari. Apabila seseorang itu berusaha membahagiakan orang lain, dirinya turut terasa bahagia. Itulah prinsip memberi dan menerima. Apabila seseorang itu memberi, dia juga yang akan menerima. Beri kebaikan, akan terima kebaikan (daripada orang yang diberi atau orang lain) , beri kejahatan, akan terima (kesan) kejahatan pada diri sendiri atau orang lain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: