Sayangilah Allah.

Cuba teka.

Kenapa ada orang yang apabila cakap perkara yang sama,

Ada yang jemu, dan ada yang tak jemu?

Teka dulu ya sebelum terima jawapan.

Teka tau!

Teka tak?

Jangan tipu na!

………

Ok.

Jawapannya,

 

Sebab orang yang jemu tu tak suka sebenarnya akan perkara yang sentiasa disebutkan.

Manakala, orang yang tak jemu sebab dia suka akan perkara yang sentiasa disebutkan. Lagi disebut, lagi suka dia mendengar dan berbicara akannya.

Sampailah bila-bila selagi perkara itu diminati dan disayangi olehnya.

Betul tak?

 

Begitu jua akan topik ini.

Daku tak pernah terasa jemu dan malas untuk bercerita akan perkara ini di sini.

Suka, senang, tenteram, dan ingin orang lain berkongsi perkara yang sama sekali.

 

Allah itu,

Tiada tempat khusus nak letakkan situasi, keadaan, atau suasana

Bila-bila masa, ketika mana, atau situasi apa,

Semua boleh berjumpa dan berkata-kata denganNya.

Hatta di dalam tandas! (tapi dalam hatilah ya.)

 

Kesukaan Allah,

Banyak!

Tetapi semuanya berlawanan dengan keinginan nafsu.

Kecuali pada perkara yang diizinkanNya yang tidak berlebihan.

Seperti makan, bermain, berkeluarga, berhibur, dan sebagainya.

 

Kebencian Allah,

Juga banyak.

Semuanya perkara yang disukai oleh syaitan dan digemari oleh nafsu.

Penuh sifat kerosakan dan kepentingan untuk keduniaan.

 

Bila dikatakan kebencian Allah,

Maka perkara tersebut menjauhkan manusia daripada mengingati Dia.

Contohnya, makan berlebihan. Siapa yang bersedia nak beribadah dan bersyukur kepadaNya? Balik-balik cari TV, bantal, atau ntah apa-apa.

Sudahlah tidak mengingati Dia, makin bertambah dorongan ke lembah yang bahaya akhirat sana.

 

Bila sesiapa mencintai Allah,

Maka Allah jua mencintai Dia.

Tetapi,

Tak cukuplah sekadar tulis di sini atau cakap di mulut saja.

Kena buktikan dan tanam dalam hati.

Kesannya,

Orang tersebut menjadi bertambah baik (kerana ikut apa yang Allah suka), sifatnya berubah (ikut sifat yang Allah suka), pandangan dan pendiriannya jua berubah (ikut apa yang Allah suka).

 

Dan,

Dia pasti diuji.

Ujian bukanlah menandakan Allah nak kurangkan kecintaan si hamba kepadaNya,

Sebaliknya, bagi menambah rasa harap dan takut kehilangan kecintaan kepada Allah SWT.

 

Jadi,

Sesiapa yang mencintai Allah,

Allah akan menambah kasih sayang makhluk kepadaNya. Bukan sahaja di bumi, malah di langit turut menyukaiNya.

Mungkin satu orang tidak suka dengan kehadirannya, tetapi 100 orang lagi tampil untuk suka dengan kedatangannya.

 

Bukan itu sahaja.

Sesiapa yang mencintai Allah tidak pernah terasa rugi.

Makin bertambah kasih sayang kepada manusia

Kerana Allah suka merahmati setiap makhlukNya

Selagi tidak menyatukan cinta Allah di dalam hati si hambanya.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: