Tak Tahu Malu Ke?

Sudah beberapa hari tahun 2013 berlalu.

Maka, ramailah yang memasang niat, azam, keinginan, dan harapan.

Menghitung hari dan tahun yang lebih baik daripada sebelumnya.

Tidak kurang jua,

Ada yang menjana perubahan.

Yang baru bersekolah, beli beg  baru, kasut, alat tulis, buku, dan pakaian pun baru. Barulah ada semangat nak belajar.

Susun sana sini, cari sana sini, meragam nak itu ini, dan macam-macam lagi.

Yang bekerja, segala persiapan mental dan fizikal pun direncana. Jika rajin berkemas, mahu meja lebih bersih, suasana lebih damai, kerja yang tersusun dan sebagainya.

Kalau ada masalah, dah ada persiapan untuk menghadapi keadaan yang menimpa. Kalau tiada masalah, terus bekerja dengan penuh komitmen dan saksama.

Yang berada di rumah, segala perhiasan nampak lebih kemas dan menarik. Dari segi susunan, kilat, kemas, dan segala perhiasan nak memastikan bersih dan sesuai. Barulah rumah macam syurga.

Barulah terasa sejuk di mata, senang di hati. Tak adalah rasa panas (sebab tak ada kipas/aircond) atau tak senang dengan keadaan semak samun atau teruknya dekorasi.

(bagiku, nilai itu hanya diperoleh apabila penghuninya menghidupkan ruh Ilahi. Walaupun sederhana dan bersahaja –tak adalah semak macam bilik budak lelaki- sangat tenang kerana malaikat selalu berkunjung dan Allah sentiasa merahmati.)

Tidak kurang jua (kerana dah maju dan terkini),

Yang memiliki laman labah-labah sesawang, ada yang merancang untuk nampak lebih menarik, berwajah baru. Apabila berwajah baru, barulah ada semangat dan keinginan untuk terus menulis. Orang lain yang bertandang untuk syok untuk menatap laman labah-labah si penulis.

Kalau dah lama tak menulis, sekurang-kurangnya sejuk mata si designer atau websmaster, terubat lah sedikit pengunjung selalu.

Yang pastinya, ia nampak lebih menarik dan cantik berbanding dahulu. Serba tersusun dan mudah untuk tatapan, barulah tidak jemu untuk bertandang selalu.

Laman spider tarantula daku?

Hhmmm… tengok dan tunggu pihak wordpress buat design baru. Kalau berkenan, cantik, dan molek, insya-Allah, akan diubah.

Tetapi bukan kini,

Di suatu ketika nanti.

Insya-Allah.

************

Mengulas sedikit isu malu.

Daku tahu semua orang tahu perkara ini.

Tetapi daku nak olah dan hurai konsep malu dalam tuntutan ad-din dari perspektif berbeza.

 

Ok.

Biasa orang malu sebab Allah suruh (macam bertudung, hijab dll), atau nanti orang lain tengok. Betul tak?

Tetapi bila seorang diri,

Buat apa nak malu kan?

 

Sebenarnya,

Teori ini salah sama sekali.

Sepatutnya,

DIRI SENDIRI DULU PERLU ADA PERASAAN MALU

BARULAH MELIBATKAN ORANG LAIN.

 

Ok.

Siapakah diri kamu? Tercipta dengan sendiri? Atau buah tangan ibu ayah?

Tak.

Jawapannya,

SETIAP MANUSIA ITU HAMBA ALLAH.

 

Bila disebutkan hamba Allah.

Allah sentiasa perhatikan setiap hambaNya.

Jadi,

Penting ke tak penting malu yang wujud dulu pada diri sendiri?

 

Alkisahnya…

Daku lihat banyak jenis orang hari ini.

Kenapa diorang ini tak ada perasaan malu.

Bukan sahaja pada orang lain, tetapi diri sendiri.

Cakap pun tak bertapis, pakai pun tak berlapis, pegang pun tak berlapik.

Di manakah perasaan malu itu?

 

Rupa-rupanya,

Malu itu tak mula pada diri mereka dahulu.

Diri sendiri pun tiada filter, bagaimana nak filter bila berdepan dengan orang lain.

 

Cerita tandas.

 1298974547_171721114_1-Pictures-of--Peralatan-Tandas

Ini tempat yang paling logik, bernas, dan cukup mudah nak melihat kedudukan malu dalam diri anda.

Siapa yang pergi tandas pakai alas kepala? Siapa yang masuk tandas ada pakaian dipakai olehnya? Siapa yang mandi atau buang hajat ada kain basahan bersama dengannya?

 

Daku teliti dan lihat…

Rupanya

Macam bawah 8% manusia bersedia ada pakaian bersama dengannya ketika di dalam tandas.

Pendek kata,

Malu itu tak pernah terbina ketika di tandas (yang nyata seorang diri), bagaimana nak bina malu di luar tandas (yang belum tentu seorang diri).

 

Tahu tak

ADA MAKHLUK LAIN SELAIN ALLAH DALAM TANDAS ITU? MALAH, ITU TEMPAT DIA, TAHU?

Bukan seekor dua

Entah berapa yang melihat dan perhatikan anda

Kalau dia suka kepada orang yang mandi/ buang hajat kepada keadaan begitu,

Tak punah hidup?

 

Kesan Malu dalam diri.

Inilah hikmah.

Hikmah ini sabit dengan amaln yang menuju kepada Allah.

 

Hikmahnya,

Seseorang yang malu kerana Allah,

Dia malu untuk buat sesuatu yang Allah tak redha untuk dia melakukannya.

Terutama sekali ketika seorang diri.

Ketika datang syaitan membisikkan,

Akal dia telah terjemah baik dan buruk, dan Allah dan para malaikat sedia membantu untuk menghalang daripada berbuat sebarang kejahatan.

 

Hikmah lain,

Bila ada orang,

Dia berani kerana benar,

Takut dan malu untuk melakukan kerana itu adalah kesalahan.

Tak kisahlah orang lain suka lakukan (perbuatan maksiat/jahat itu),

Dia tetap dengan pendiriannya

Tak boleh lakukan kerana Allah itu wujud, dan syaitan ada nak ajak jadi teman.

 

Hikmah lain,

Malu itu buah yang manis.

Terutama jika seseorang itu dah berkeluarga.

Macam ini.

Di luar dia malu untuk pakai, buat, dan fikir bukan-bukan

Pada keluarga dan miliknya,

Semua yang tersimpan untuk iman itu diletakkan pada tempat yang selayaknya.

Jadilah

Keluarga yang mawaddah, sakinah, dan rahmah.

 

Di luar kena pakai labuh, bertudung, tak meransang, atau lain-lain dalam makna tabarruj,

Di rumah lah tempat nak bebaskan atau lepaskan keinginan terhadap syariat yang membataskan.

 

Tetapi,

Kalau keadaan di luar dilepaskan,

Keadaan di rumah di tahan.

Atau

Keadaan di luar rumah ditahan

Keadaan di rumah pun ditahan

 

Manusia jenis ini mempunyai masalah ‘mental’, tak ada ilmu, atau iman.

 

-Cuti, pergi kuala lumpur hantar adik sambung belajar. Kepingin sangat, baru cuti beberapa minggu sudah nak sambung lagi.

Terima kasih

 

 

senyum

baby-terkejut-300x276

laughing-baby

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: