Kedudukan mata hati

 

Setiap kali menulis

Tiga perkara yang biasa menjadi catitan

Pertama:

Apa yang berkaitan dengan pandangan, kritikan, atau keinginan diri sendri.

Kedua:

Atas pengalaman yang direncana agar orang lain boleh mendapat manfaat dan dijadikan amalan

Ketiga:

Tentang diri sendiri dan isi hati.

Dalam banyak-banyak tulisan (bagi ketiga-tiga perkara tersebut),

Banyak berkenaan hati.

 

Kenapa?

Ini yang tak tahu nak cakap.

Entah.

 

Mungkin….

Sebab hati ini abstrak. Hari ini cakap jenis A, esok atau minggu cakap jenis B. Berbolak balik lah.

Hati ini tak boleh dilihat. Kalau dapat lihat, tak payah cakap banyak-banyak kan. Sekali cukup lah. Sama ja. Tiada perubahan.

Hati ini unik, istimewa, dan nilai yang tinggi (bagiku). Yang paling diselidik dan dinilai, ialah mata yang wujud pada hati.

Susah lah nak cakap tetnang makhluk ini. Sudahlah tak nampak tetapi seperti nampak.

Yang pasti, daku sendiri pun tak tahu ketepatan atau tidak tentang mata hati. Kerana, ia tiada bukti atau kesahihan pada realiti.

 

Iman dan Mata Hati.

Yang pasti,

Mata hati ini berkenaan iman yang betul kepada Allah. Maksudnya, orang yang beriman dia dapat merasai kewujudan Allah dengan fikiran yang jernih dan fikirannya jelas melihat kebesaran Allah di sebalik tercipta segala perkara di dunia ini.

Jadi, orang yang memiliki mata hati akan terasa Allah bukan sekadar bentuk atau wujud seperti makhluk. Mesti Dia terlalu hebat, dahsyat, kuat, bijak, dan macam-macam lagi kerana setiap yang terlihat di mata dan terbayang di fikiran semua diciptakan dan dalam pengetahuanNya.

Itulah mata hati. Kerana,

Orang bukan Islam tidak memiliki mata hati. Kerana itulah mereka melihat tuhan berkonsepkan sembah yang dilihat (berhala).

Apabila mata hati kotor, fikiran akan kabur dari berfikir dan melihat kepada kebesaranNya.

 

Kedudukan mata hati.

Menurut Imam al-Ghazali, terdapat lima jenis keadaan yang memalingkan mata hati dari melihat kebenaran Allah.

1)      Hati yang tiada bentuk- tak capai tahap akalnya seperti kanak-kanak

2)      Hati yang kotor- kerana dosa dan maksiat – seperti orang Islam yang fasiq dan melakukan dosa.

3)      Hati yang berpaling/ melihat ke arah lain- kerana ingin disempurnakan amal untuk dirinya, bukan melihat kepada Allah/ kerana masih wujud keinginan kepada manusia/ masih meliaht keapda makhluk, bukan kepada khalik.

4)      Hati yang berhijab- kerana ada taklid atau hanya mengikut-mengikut.

5)      Hati yang tak tahu di mana- kerana tiada konsisten dalam ilmu, amalan, dan pendirian sebagai hamba kepada Allah.

Setelah daku selidiki, pada kedudukan hati (1) ialah kepada keadaan manusia bayi atau kanak-kanak. Pada kedudukan hati (2) kepada seorang muslim yang masih berdosa dan maksiat kepadaNya. Pada kedudukan (3) kepada manusia yang soleh tetap masih nampak kedudukan manusia daripada Tuhannya. Pada kedudukan (4) kepada manusia yang soleh tetapi hanya tahu mengikut tanpa betul fikir dan landasan akalnya. Pada kedudukan (5) kepada manusia yang soleh dan terhindar daripada keadaan (1-4), tetapi tak pernah konsisten menahan kedudukan kejernihan hatinya.

 

Kedudukan syahwat pada mata hati

Berdasarkan keadaan ini, daku melihat kedudukan syahwat. Adakah mempunyai pengaruh atau sekadar godaan syaitan.

Sebenarnya, syahwat menyebabkan hati itu berada pada kedudukan (3). Kedudukan ini menjadi apa yang sepatutnya dilihat dalam aspek kebenaran Ilahiyah (daripada Allah) itu berpaling dari kedudukan asal yang sepatutnya sampai kepadanya.

Jadi, sepatutnya dilihat pada suatu peristiwa atau keadaan itu seperti A. Tetapi kerana masih ada keinginan nafsu (fokus syahwat), maka dia tidak dapat melihat yang sepatutnya dalam peristiwa.

Oleh itu,

Syahwat ini perlu dirawat. Perlu ditekan sehingga tidak lagi menjadi keinginan yang nyata dalam penglihatan. Cukup sekadar perlu dan tangungjawab sebagai manusia. Bukan berlebihan dan menjadi keinginan dan keutamaan.

Maka, perlu diusahakan dan mujahadah dalam riadah. Baru tahu kebenaran dari mata hati.

Sama ada pada manusia atau daripada Ilahi.

Insya-Allah.

Amin.

One response

  1. Reblogged this on jiwa_hamba.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: