Pengalaman Itu Pengajaran

Mungkin jarang orang perasan.

Tetapi hakikatnya inilah yang banyak mengajar manusia.

Tetapi,

Mungkin kerana terasa susah, payah, sakit, sedih, dan terasa malang,

Maka ramai yang jatuh dahulu sebelum bangkit mencipta nama.

Pepatahnya begini.

“no pain no gain”. Atau bahasa melayunya, “Selagi tak sakit, tak akan naik (peningkatan).”

Ini pepatah orang bina badan (body builder). Tetapi, sangat mujarab dan benar keadaannya pada kehidupan manusia.

Boleh juga dikatakan sebagai,

“Kesusahan itu sebenarnya bermula pengajaran.”

Seseorang tidak akan tahu di mana benar dan salahnya, sehinggalah ditegur atau dicela akan tindakannya.

Maka, di situlah didikan baru, bermula pengetahuan yang tersembunyi atau tidak tahu.

Jadi, benarlah kesusahan itu banyak mengajar manusia. Namun, tidak semua kesusahan itu berjaya dilalui oleh manusia. Kerana kelemahan mereka, bukan kerana ketidak adilan yang Maha Pencipta.

“La yukallifullah hu nafsan illa wus aha.” Allah tidak akan bebankan seseorang itu melainkan ia mampu menghadapinya (al-Baqarah:286) .

Berbicara tentang penyelesaian kepada masalah, terasa sukar untuk orang percayai dan yakin akan penyelesaian ini. Tidak masuk akal dan tak tahu bagaimana boleh diselesaikan masalah yang dihadapi.

Apa-apa jenis masalah, semua selesai apabila seseorang menggunakan kaedah ini.

Masalah diri?

Kewangan?

Rumah tangga?

Anak-anak?

Tempat kerja?

Lain-lain?

Cakap sahaja apa masalah, gunakan sahaja kaedah ini, jalan penyelesaian untuk anda akan terbuka di hadapan.

 

Penyucian Jiwa di Jalan Allah.

Inilah rahsianya.

Yang rahsia dalam rahsia, tetapi tidak ramai diberikan taufik dan hidayah untuk berada dan faham jalan ini.

Mengapa?

Dalam suatu kampung atau kawasan atau penempatan, mungkin ada seorang dua (kalau ramai mungkin berbelas-belas) yang usaha atas jalan yang Allah suka kepadanya. Jalan ini betul-betul usaha ke atas hati agar suci dari dosa dan gundah gulana. Usaha ini mendidik manusia agar betul iman dan yakin kepada Allah SWT. Usaha ini mengajar manusia agar betul hubungannya dengan Allah di samping bertemu masyarakat agar mereka turut benar beriman kepada-Nya.

Sedangkan dalam kampung tersebut mungkin 1000 atau lebih, mungkin ada yang lebih arif atau mahir dalam selok belok agama. Tetapi tiada taufik berada dan merasai nilai yang tinggi pada jalan ini.

Benarlah, tanpa taufik dan hidayah Allah, tiada seseorang mampu untuk berada di jalan yang Allah suka kepadaNya.

 

Begitu jua daku.

Ahh….apalah sangat hebat daku dalam bidang agama. Apalah sangat keupayaan daku untuk menegakkan agama menurut cara kekasih-Nya.

Namun, pilihan di tangan Allah. Setiap takdir dan ketentuan adalah dalam tanganNya.

Selagi hati hamba bersih dari syirik, dosa, dan inginkan petunjuk Allah, pasti Allah akan memberi petunjuk yang Dia suka kepada hamba-Nya.

Maka,

Allah telah membuka jalan-Nya kepadaku. Dan daku sangat-sangat bahagia, tenang, dan terasa hilang segala permasalahan (walaupun sebelumnya terasa perit, kecewa, dan putus harapan) yang ada.

Siapakah yang mencipta masalah? Dan siapakah yang mampu menyelesaikan segala masalah?

Itulah Allah. Yang Maha Mengetahui dan Menguruskan Sekalian Alam tanpa sedikitpun perlu dan bergantung kepada makhluk, tanpa sedikitpun berharap daripada makhluk yang diciptakan olehNya.

 

Pengalaman di Jalan Allah.

Baiklah. Nak bercerita sedikit pengalaman daku.

Daku memang betul-betul pening kepala dan sakit hati hari itu.

Terasa seperti betul-betul tiada semangat dan mood dalam keadaan lemah (mood down).

Semua kerja terasa seperti beban. Payah nak buat dan tiada keinginan.

Hatta, ibadah pun buat lebih kurang. Langsung tiada rasa rohani dan keinginan.

Orang lain terasa menyusahkan, dan memaksa itu ini, begitu begini.

Arghh… pendek kata,

Serabut kepala ni!

 

Daku tak tahu nak buat apa. Dan berbicara dengan rakan agar kurang sedikit serabut di kepala.

Akhirnya,

Daku terasa ada satu jalan yang perlu daku laluinya. Berada dan mujahadah( bersungguh-sungguh) kepadaNya.

Daku buang semua aktiviti yang berlambak di kepala. Tanam satu tekad,

“Pergi cari jemaah yang bergerak atas nama Allah.”

Akhirnya, bertemu. Bertemu kerana niat Allah, dan berpisah kemudiannya kerana Allah.

Daku bercakap-cakap dengan amir jemaah. Cakap lebih kurang saja, tetapi ada sesuatu yang terasa sangat-sangat berbeza.

Inilah rohani. Terasa seperti “amir sab” ini sedang transfer kekuatan rohaninya kepadaku!

Hah, apa benda pulak transfer-transfer ini? Macamana pulak tu? Boleh ke?

Ini yang susah nak terangkan di sini. Orang lain tak akan faham selagi tak berada dan betul iman dan fikir kepada Ilahi.

 

Transfer rohani

Baiklah, daku bagi contoh.

Pernah tengok orang kerasukan jin? Atau orang berubat untuk pulihkan jin yang masuk badannya?

Tengah si dukun baca ayat dan mengubati orang tersebut, tiba-tiba dia tidur, terbaring, melompat, melawan, dan lain-lain lagi.

Tetapi, kenapa orang lain tak buat macam pesakit itu. Diorang pekak atau tak duduk di situ ke?

Tak. Mereka berada bersama-sama, tetapi mereka tidak berada dalam suasana dukun atau pesakit tersebut.

Jadi, mereka tak tahu apa-apa. Tengok dan buat fikiran sendiri saja.

 

Begitu jua apa yang dirasai olehku.

Terasa hati yang kosong daripada rohani sebelum ini, seperti kembali terisi. Sebelum ini terasa seperti mengecut dan tak kukuh, tetapi tiba-tiba ia terasa menjadi berkembang dan terisi. Macam kerajaan yang lemah, tiba-tiba besar jajahannya dan menjadi kuat.

(Rasa transfer itu kan, macam angin sepoi-sepoi bahasa meresap masuk dalam hati.)

Kemudian, macam keluar dosa-dosaku daripada kepala. Atau pelbagai masalahku daripada kepala.

Macam ditarik keluar. Sikit-sikit (terasa seperti bius), sampai tak terasa lagi ada masalah yang beban dalam diri.

Akal kembali menjadi jernih dengan cahaya Ilahi. Fikir dah kembali betul dan mengingati Ilahi kembali.

Ujian nafsu (rasa kecewa, serba tak kena, dan lain-lain lagi) dah makin hilang. Tak ada lagi terasa beban dan membebankan.

Macamana? Hebat tak penyelesaian cara ini? Siapakah yang mengubat dan mengubah keadaanku?

Tentulah Allah SWT yang dikasihi.

 

Tetapi,

Ternyata semakin banyak seseorang itu menghampirkan diri atau berkorban masa, diri, harta, dan tenaganya di jalan Allah,

Makin tinggi rohaninya, makin baik hubungannya dengan Ilahi.

Dan, makin terasa transfer rohani kepada orang lain.

Wallahua’lam.

(nak cerita lebih-lebih tak boleh, nanti orang tak faham +fikir bukan-bukan. Keadaan yang dirasai itu hanyalah untuk beberapa ketika bersama jemaah ini, jika berada beberapa lama, bagaimana pula ya… –jadi power rangers kot-)

Power Rangers

🙂

-mungkin terasa seperti daku yang bergerak dan mencari. Tetapi, daku lebih percaya kepada manusia lain yang mendoakan buat kebaikan diri ini. Yang sentiasa menyokong dan beriman kepada Ilahi.

Terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: