Allah Sebagai Pembimbingku

Adakah pelik apabila manusia berkata, “Allah yang akan tarbiyah (didik/bimbing) dia?”

Mula-mula daku sendiri pun rasa pelik apabila berkata, “Allah yang akan tarbiyah aku.”

Macam tak percaya. Macam merepek saja.

Ya lah. Allah itu kan tak boleh dilihat, dicam, dan diketahui bagaimana bentuk didikannya. Bagaimana nak tahu Allah itu sedang membimbing atau tidak?

Tambahan pula,

Ada lagi ke zaman pelik (+ harapkan kekayaan +kebesaran +penuh dengan harap pada wang + materialistik) ini manusia yang berharap dan menjadikan panduan kepada sesuatu yang tak nampak (+tak tahu +tak terfikir + tak perasan + betul ke) ini sebagai panduan utama dan pembimbing yang mutlak?

Mengikut logik (akalku sendiri-suatu ketika dulu-),

Mustahil masih ada orang yang benar-benar melihat dan berpandukan kepada perkara ini. Bukankah zaman dah berubah, masa pun semakin berubah.

Dah macam-macam jenis teknologi, kemajuan, dan pembangunan secara pimpinan dan teladan. Apa perlunya kepada sesuatu yang abstrak, subjektif, dan tiada yang tetap untuk diperkatakan?

Akhirnya,

Allah itu yang Menjadikan. Dia juga yang Maha Menciptakan.

Walaupun pelbagai jenis makhluk ciptaanNya yang berubah, Dia sama sekali tidak akan berubah sepertimana keadaan makhlukNya.

Dia telah tetap dan kekal sejak azali. ZatNya adalah zatnya yang tersendiri, tanpa berkaitan langsung dan bergantung dengan makhluk ciptaanNya.

 

Maka,

Dia memberikan petunjuk kepadaku. (Yang daku percaya manusia tak akan percaya dan tak faham langsung berkenaan dengannya- seperti kepercayaanku ketika dulu-)

Allah buka pintu hatiku. Dia ajar bukan dengan tulisan, bukan dengan pendengaran, bukan dengan pengantaraan.

Dia ajar melalui apa yang sentiasa dilihat, diteliti, dan dipandang olehNya.

Iaitu,

HATI.

“Sesungguhnya Allah SWT tidak pandang kepada rupa paras dan harta kamu, tetapi Allah pandang kepada hati dan amalan kamu (ikhlas).” (HR Muslim)

 

Hati itu Pengalaman.

Ajaran pada hati,

Tak perlu seseorang itu bijak, pandai, dan menjadi seorang cendekiawan.

Dia hanya perlu kenal siapakah sebenarnya hakikat dirinya, dan bagaimana menjadi Hamba yang baik di sisi Tuhannya.

Walaupun hanya bekerja sebaagui penoreh getah, petani, atau posmen penghantar surat.

Apabila telah dibersihkan dari segala sifat tercela dan dimodified dengan akhlak mulia,

Allah akan ambil alih tugas mengajar dan mendidik sepanjang kehidupannya sehingga bertemu denganNya.

Bimbingan itu,

Mudah diterjemahkan melalui pengalaman. Pengalaman itu yang mendewasakan seseorang. Pengalaman juga mengajar manusia berfikir dan bertindak lebih baik.

Sepertimana pepatah berkata, “No pain, no gain.” Atau, “Jika tidak salah, tak tahu mana betulnya.”

 

Bezanya,

Pengalaman manusia biasa mengajar individu itu berfikir matang dan bertindak lebih baik.

Pengalaman bimbingan Tuhan mengubah manusia yang melihat kepada kebesaran makhluk kepada kebesaran Khalik.

Ketika itu,

Ajaran Allah mengubah pandangan hati hambaNya kepada mengharapkan apa yang diredhaiNya. Mengubah dari mengharapkan kesenangan yang sementara, kepada kesenangan yang selama-lamanya.

Inilah yang sentiasa diseru dan diucakpakn oleh sang pesuruh Allah, yang tak jemu-jemu mengajak manusia mentauhidkan Allah.

 

Perbanyakkan mengingati Allah.

Nyata,

Ajaran dan bimbingan Allah iu teramatlah berbeza daripada pengalaman manusia. Ia perlukan masa yang tiada sesiapa mengetahui (untuk ajaran itu sempurna) melainkan hanyalah tok guru, iaitu Dia.

‘Apabila Allah telah mengambil tangungjawab menguruskan urusan hambaNya, tiada sesiapa yang layak dan mampu mengubah apa yang telah diuruskanNya.’

Apabila hamba itu berseorangan, Dia sebagai teman. Apabila hamba itu berteman, Dia sentiasa memerhati dan memberikan panduan (agar tidak leka dan lalai).

Hamba itu Allah bentuk kedudukan dan keadaan hatinya. Agar hati itu menjadi tetapdan tidak berpaling selain daripadaNya.

 

Mengapa hati? Penting sangatkah?

Kerana hati adalah raja. Raja adalah yang paling berkuasa dan menentukan pentadbiran rakyatnya. Apabila raja itu berpaling, maka berpaling sekalian rakyat. Apabila raja itu betul dan lurus di landasan, maka betul dan lurus tindakan sekalian rakyatnya.

Walau musuh dan seteru menyerang, raja tidak goyah mentadbir rakyat dan kerajaan.

Inilah didikan Allah.

Iaitu menyucikan hati hamba itu hanya wujud dan lihat kepada Allah.

 

Apabila hati ada Allah.

Apabila hati ada Allah,

Di mana-mana sahaja Allah akan menjadi ingatan dan pandangannya. Masa ketika kelapangan, zikir khusus buat Allah akan dilantunkan.

Bibirnya tidak kering dari bermunajat dan mengingati Allah.

Fikirnya tidak lari daripada berfikir kebesaran dan kekuasaan Allah.

Hatinya tidak suka melihat dan berhubung dengan sesuatu tanpa wujudnya Allah.

 

Bukannya sempurna!

Sungguh!

Bukanlah semua orang yang berada dalam didikan Allah itu perfect, complete, dan sempurna.

Malah ada yang terpesong, terjatuh, dan berpaling dari jalan yang benar (nauzubbillah…)

Hanya,

Orang yang berada dalam didikan Allah akan dididik mengikut tahap iman hamba-Nya. Jika kuat, maka bertambah didikan (sama ada dalam nasihat atau ujian). Jika kurang, kuranglah bentuk didikan.

(Cerita dan kisah manusia sebegini terlalu jarang dilihat pada hari ini. Tetapi, selidikilah kisah-kisah orang terdahulu yang zaman mereka masih terpelihara dari kerosakan dan suasana kemungkaran seperti hari ini.)

 

Tetapi, apa yang pasti,

Mereka yang benar Allah telah menjadi guru dan pembimbing,

Dia akan mengajar hati si hamba agar sentiasa melihat kepadaNya, dan mengharapkan kepada hari yang lebih baik dan kekal nikmat buat si hamba (akhirat).

Allah akan melindungi si hamba dari melakukan kesalahan dan dosa. Jika dilakukan, adalah hukuman dan pengajaran agar hambaNya melihat kembali kepadaNya.

Hakikatnya,

Semuanya adalah dalam kehendak Allah. Sedikitpun tidak berkurang dan bertambah, melainkan Allah telah meletakkan ketetapan akan keadaannya.

Wallahua’lam.

 

(Yang nyata, daku sendiri masih kurang faham dan tak tetap keyakinan akan perkara ini. Daku menulis agar Allah yang Maha Pengasih akan memberi lagi ilham dan keyakinan agar bertambah tetap dan kukuh keyakinan akan perkara ini. Biiznillah. Amin)

-Hati perlu cekal-

One response

  1. Reblogged this on Ujud"Nya" pasti.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: