Sabar (2)

Hari ini,

Ingin berkongsi sesuatu. Perkongsian yang sederhana tetapi rasanya sangat baik untuk dijadikan amali.tak banyak, sedikit sahaja.

Harap bermanfaat.

1)             Sabar itu indah. Keindahan saya itu adalah luas dan ternyata tidak sama setiap orang yang menghadapinya.

Kesabaran itu sangat berkaitan dengan ujian yang dihadapi oleh setiap manusia. Ujian pula ada dua jenis, iaitu ujian kesenangan dan kesusahan.

Kedua-dua jenis ujian ini memerlukan kesabaran. Kebiasaannya, manusia mampu bersabar terhadap kesenangan, tetapi tidak dapat bersabar apabila menimpa kesusahan.

Misalnya, menonton filem di TV. Seseorang itu sanggup menonton filem tersebut sampai berjam-jam, sedangkan jika dicaci oleh orang lain terus meledak kemarahan.

Logiknya, menonton filem dan dicaci itu bukanlah membawa sebarang natijah yang berguna kepada mangsanya. Tetapi kerana tidak suka kepada perkara tersebut, terus tidak bersabar kepada keadaan yang menimpa.

Jika seseorang itu tak suka menonton filem, terus sahaja ditukar channel lain atau terus tutup TV. Tetapi apabila ditengking, diherdik, dan dimarahi boleh saja buat tak tahu, ini orang yang berbeza keadaan kesabaran walaupun situasi berbeza.

Ini hanya perbandingan umum dalam kehidupan setiap manusia.

2)      Dalam Islam, sabar itu jua terjadi pada dua perkara.

Pertama: sabar dalam melakukan kebajikan.

Kedua: sabar dalam melakukan kemaksiatan.

Untuk melakukan kebajikan atau kemaksiatan, kedua-dua perkara ini perlu bersabar untuk melakukannya. Jelas, tiada satu hasil pun akan diterima sekiranya seseorang itu tidak bersabar ketika melakukan ia.

Bezanya, sabar dalam kebajikan ada dua imbuhan. Pertama, ketika di dunia. Di dunia ini, ramai orang suka kepadanya (walaupun segelintir tak suka). Mereka suka kepada akhlaknya, dan dia bersabar melakukan bukanlah kerana mereka dan apabila ada orang yang memerli kelakuannya.

Imbuhan kedua diterima pada akhirat kelak. Bukan sahaja dibalas setimpal dengan kebajikan yang dilakukan, malah dilipat gandakan lagi sehingga mendapat syurga yang penuh kenikmatan di sana.

Manakala sabar dalam maksiat hanya ada satu imbuhan. Imbuhan itu hanyalah kepada perkara keduniaan.

Dipermudahkan jalan melakukan maksiat. Senang dan seronok melawan nafsu bersendirian atau berkawan.

Pagi petang, siang malam, muda sehingga tua, inilah keseronokan yang diterima olehnya pada kehidupan duniawi.

Malangnya, apabila berlaku seseuatu musibah atau ajal menghampiri, tiada langsung berguna keseronokan yang selama ini dicari. Menanti saat menderita dan tak ada nilainya lagi untuk kemaksiatan selama ini itu dinikmati.

Di akhirat sana, nauzubiliminzalik.

3)      Orang yang bersabar bukanlah orang yang menahan kemarahan. Tetapi, orang yang bersabar ialah orang berlapang dada sama ada dalam nikmat kesenangan atau ditimpa kesusahan.

Sekiranya seseorang itu masih ada perasaan marah atau menyimpan api amarah dalam hatinya, itu hanyalah menahan kemarahan, bukan bersabar terhadap kesusahan.

Jika benar seseorang itu telah memiliki sifat sabar, pasti dia tidak akan lagi rasa marah kepada orang yang mencelanya. Malah, mengambil sikap tidak peduli dan tidak ada apa-apa terhadap celaan yang menimpa.

4)      Sabar adalah perkara yang mulia. Tetapi, berhati-hati. Sabar terhadap dua perkara ini adalah dicela.

Pertama: sabar terhadap maksiat yang dilakukan oleh anak isteri.

Kedua: sabar terhadap agama dan teman baik yang dicerca.

Kedua-dua perkara ini dicela kembali oleh Allah dan RasulNya. Sehingga tidak lagi digelar penyabar, sebaliknya orang yang dayus.

Jika dilihat maksiat dilakukan depan mata oleh anak isteri, perlu ditegah seperti yang dianjurkan agama. Sekiranya orang senang-senang cela agama dan teman, perlu tampil ke hadapan menegakkan kembali dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.

5)      Sabar ini adalah sifat utama manusia yang dekat dengan Allah. Sabar yang paling tinggi adalah milik para anbiya, kemudian kepada para solehin. Dengan ujian yang menimpa, hamba-hamba ini akan semakin kuat iman dan bertambah sabar. Dengan sifat sabar, setiap ujian itu mampu dihadapi, berubah tingkah laku mereka (sebelumnya) dan meningkatkan darjat mereka di sisi tuhan.

6)      Sabar ini adalah sifat Allah dan perkara yang sangat disukai wujud pada hambaNya. Malah, sabar bukanlah lama. Paling lama pun, sehingga seseorang itu meninggal dunia. Setelah mmeninggal, Allah bukakan pintu syurga ‘kesabaran’ buatnya. Terus dinikmati dan beroleh keuntungan yang tiada penghujung selama-lamanya.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: