Pengorbanan itu Tinggi Nilainya.

Assalamualaikum w.b.t

Salam mulia di hari mulia buat hamba-hambaNya yang mulia.

Ketaatan, harapan, dan ketakutan,

Adalah milik Allah SWT,

Semata-mata.

Kemuliaan dan kebesaran,

Sebenarnya adalah dalam genggaman Allah. Dia sahaja yang layak dipuja dan dipuji, Dia sahaja yang layak dibesar-besarkan dan diagung-agungkan.

Dia sahaja yang layak diletakkan dan tertanam di dalam hati setiap hamba-hambaNya.

 

Allah,

Dia yang telah menetapkan setiap juzuk takdir makhluk dan kehidupan. Dalam penciptaan Allah, telah dibina kehidupan dan kematian, kemuliaan dan kehinaan. Dalam ketetapan Allah, telah wujud kitaran kehidupan. Senang susah, sakit sihat, kaya miskin, semua dalam takdir dan tadbir milik Allah SWT,

semata-mata.

 

Dalam pentadbiran Allah,

Dinyatakan setiap sesuatu itu wujud dalam pengorbanan yang perlu dilakukan. Pengorbanan yang panjang, perjuangan yang berterusan. Pengorbanan itu dilakukan agar sang hamba tahu nilai dan ertinya, tahu bagaimana untuk melihat kembali kaedah dan apa yang perlu dilakukan setelah berlaku sesuatu peristiwa.

(Hatta, dalam penciptaan manusia telah pelbagai pengorbanan yang dilakukan di sisi-Nya.)

Nilai pengorbanan itu terlalu besar. Ramai yang berputus asa, ramai juga yang meninggalkan medan pengorbanan tiba-tiba. Sebegitupun, barang siapa yang bermujahadah, bersungguh-sungguh, dan berusaha mencapai redha Allah (mardatillah), maka Dia yang akan mengambil tangungjawab dan menguruskan perjalanan si hamba yang memang tak mampu hamba itu melakukan ia.

Allah yang Maha Telus dalam setiap perancangan, Dia akan berusaha menunjukkan jalan yang benar dan perlu dilalui oleh hamba-Nya.

 

Ketika itu,

Susah dan senang, sihat dan sakit,  baik dan musibah, akan menimpa hamba-Nya. Jalan yang dilalui ada mudah dan susah, tetapi semuanya agar hambaNya sentiasa dekat menghampiri Allah SWT.

Hijab Allah ada lebih 70000 banyaknya. Namun, hijab ini akan terbuka satu persatu-satu persatu berdasarkan didikan dan bimbingan yang Dia sendiri sampaikan kepada hambaNya.

Yang perlu,

Hamba itu perlu sentiasa ikhlas, sabar, dan tanamkan redha akan setiap takdir dan ketetapan yang dalam aturan Allah SWT.

 

Allah itu Maha Melihat. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik kepada hambaNya.

Dia melihat di manakah kekuatan dan kelemahan. Dia mengetahui di manakah perlu dilakukan dan ditinggalkan.

 

Apabila hamba Allah itu tidak mahu laksanakan (yang Dia telah tetapkan), maka sebarang keadaan akan berlaku serta merta kepada hamba itu supaya tidak terpesong dan mengikut kehendak Dia. Bukan sekali dua, malah banyak kali sehingga hamba Allah itu tahu yang dia adalah milik Allah, dan Allah adalah pemiliknya.

Setelah jalan yang jauh, simpang siur, gelap gelita, kesamaran cahaya, lubang, dan derita, maka hamba Allah itu telah tetap dalam keadaannya. Tetap, sepertimana seorang budak tetap suka pada barang permainan, tetap- sepertimana seorang remaja sukakan sifat keakuan dan teman.

Tidak lagi berubah, tiada lagi berpatah kembali ke jalan silam.

 

Inilah nilai pengorbanan.

Bukan mudah seperti dalam perkataan dan tulisan.

Tetapi sangat banyak yang perlu dilakukan, di samping mujahadah dan ketetapan hati hanya mengharapkan bimbingan dan petunjuk dariNya.

**************

Daku menilai kalimah yang dinukilkan ini.

Kalimat ini daku bait kembali dengan keadaan yang berubah terhadap teks asal yang Allah temukan ia kepadaku.

Teks itu daku simpan dan ‘telan’ dahulu. Agar ia menjadi nilai di sisi Allah dan membuka pintu hatiku dalam setiap urusan dan perjalananku.

 

Di sini,

Ada satu permohonan dari hamba Allah ini.

 

Setelah ilmu yang Allah berikan,

Setelah setiap didikan yang sememangnya disedari atau tanpa disedari,

Setelah pelbagai perkara yang telah dilalui,

 

Kepada yang mengenaliku,

Diam, simpan, dan rahsiakanlah segala peristiwa dan keadaan yang telah berlaku, sama ada berkenaan diriku atau berkenaan diri orang yang mengenaliku.

Sekali lagi (kata penegasan ini…)

Diam, simpa,n dan rahsiakanlah ia dari menjadi buah mulut sesama sendiri.

 

Hal ini kerana,

Pelbagai perkara yang daku ungkap dan rencanakan adalah bukan cerita manusia biasa. Pendek kata, sukar orang nak percaya, susah lagi nak mengiyakan. Malah, perkara lebih buruk lagi kemungkinan akan berlaku ( sama ada kepadaku, diri yang mengenali, atau orang lain.)

Daku telah mengalami sendiri dan permohonan ini adalah demi kebaikan sepanjang kehidupan ini.

 

Jika terasa berat, tak tahu betul atau tidak,

Teruslah luahkan dan bertanyakan kepada Allah, kerana dalam tanganNya setiap ketetapan dan yang berhak menguruskan segala urusan.

 

 

Bersabarlah untuk sementara

Pengorbanan ini perlu diteruskan lagi

Sehingga Dia benar-benar merasakan telah lulus dan wajar untuk dilakukan kembali.

 

Banyakkan berdoa kepada Allah.

Kerana nilainya ialah senjata, bukan sekadar kubu pertahanan atau sekadar adat manusia.

Jalan ini,

Bukan rekaan dan kehendakku,

Tetapi

Telah tetap wujud dalam takdir dan pentadbiran Ilahi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: