Kompleks? Shopping kompleks?

Tak tahu macam mana nak tulis hari ini.

Bukan tiada idea, tetapi ada banyak benda nak kena buat.

Macam-macam. Serabut la…

Hhmm… tapi rasanya daku tidak lama lagi di area ini. Insya-Allah, tak lama lagi akan meninggalkan, kerana ada benda lain yang lebih penting, mustahak, bermatlamat, bertujuan, dan berkeinginan nak tumpu untuk dilakukan. Jadi, daku perlukan lebih tumpuan dan kesungguhan untuk melakukan, agar dapat hasilkan nilai yang baik dan kecemerlangan, buat jasmani dan rohani sendiri.

Buat masa sekarang, buat saja mana patut. Tak payah tension-tension kan? (insya-Allah… cuba lah…)

Hari-hari yang berlalu,

Kena banyak belajar.

 

Bukan belajar dari buku.

Tetapi belajar dari kehidupan.

 

Cuba lihat.

Ada tak orang hidupnya macam buku? Maksudnya, setiap apa yang dilakukan sama seperti tercatat dalam buku yang dibaca?

Pasti 100% berbeza. Tak ada orang yang sama.

Kerana itu….

Mata dan hati ini kena sentiasa berlapang dada. Tak boleh asyik merungut dan mengeluh, nanti lagi banyak masalah yang dirasai, walaupun sebenarnya tiada kena mengena.

Antara punca lagi kenapa berbeza,

Sebab hidup ini manusia tak mampu tentukan. Yang tentukan, ialah Allah swt.

Jadi, sebab itulah yang dibaca dan dirancang begini, tetapi bila berlaku macam ni pula.

Jadi, nak buat macam mana kan… sabar dan berlapang dadalah…

 

Hikmahnya

Bila manusia itu sabar dan berlapang dada, barulah Allah buka sesuatu hikmah atass perkara yang berlaku.

Jika seseorang tak sabar dan sempit dada, sebarang perkara pun tak akan berlaku.

Contohnya, nak cipta mesin basuh. Kalau dia tak sabar mencari kaedah, cara nak guna, dan bagaimana nak buat, bukan saja mesin basuh tak jadi,

Orang lain pun tak ada manfaatnya.

Jadi, bersabar dan berlapang dada, barulah Allah buka pinta/jalan keluar. Mungkin bukan hari ini, atau esok, atau lusa. Mungkin makan masa. Yang pastinya, ada hikmah yang tak terjangka oleh akal fikiran manusia.

Macam cerita nabi Yusof as. Berapa lama dia bersabar dengan musibah/ keadaan yang tak menyenangkan dirinya? 30 tahun wooo! (ada riwayat katakan…)

 

Jadi,

Jangan fikir komplek.

Tenang, rileks, sabar, dan pandang kuasa Allah. Barulah rasa lapang dan boleh buat, kan?

(fikir kompleks perkara dunia memang buatku rasa sempit dan usah, fikir kompleks barulah bertambah iman dan rindukan hari yang terbaik olehNya.)

Hikmah…hikmah…. hikmah….

Ah… susahnya engkau nak tetap dalam hati…

 

-huh… fikir kompleks lagi…  Kalau boleh buat shopping kompleks lagi bagus kan… (kompleks ke? Cornflake ke? Atau ko memang pelik?-yang kedua  tu ok. Sedap. Boleh makan.)

fikir

cakap kat diri sendiri….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: