Pembentukan Ilahi

Daku mencari jalan bagaimana boleh betul-betul kuat dengan perubahan yang Allah ingin ciptakan kepadaku.

Daku tahu, sekiranya sudah berubah sepertimana kehendakNya, bukanlah daku menjadi perfect/sempurna pun.

Tetapi yang pasti, setelah daku betul-betul berusaha dan Allah redha akan keadaan yang telah terlaksana,

Pasti daku akan menjadi lebih baik daripada sebelum  ini. Insya-Allah

Cerita silam.

Pada suatu ketika,

Daku sebenarrnya telah dibimbing oleh Allah akan perkara yang sama. Sama, malah lebih berat lagi.

Tak boleh bersuara, tak ada kelapangan, tak ada teman yang nak ceritakan tentang keadaan dan rasa yang menimpa.

 

Ketika itu,

Pada siapa lagi lah nak diluahkan keluh kesah/musibah/ dll? Pada siapa lagi daku nak mengadu akan rasa lemah dan kekurangan?

Ketika itulah hanya pada Dia 100% daku mengharap dan mengadu. Sehinggalah tenteram rasa dan perasaan, kerana

Merasai yang Allah sentiasa mendengar dan bersamaku dalam keadaan yang menimpa.

(Susah lah nak bagi tahu bagaimana perasaan dan apa yang dirasakan ketika itu!)

 

Masa yang terus berlalu…

Membuatkanku lupa dan lalai akan segala keadaan dan bimbingan Allah (ditempat yang payah, sulit, dan rumit) ketika itu. Daku lupa bagaimana nak menjadikan (mengekalkan perubahan) diriku seperti ketika dulu.

Daku sedar akan keadaan yang berlaku. Namun, tak tahu macamana nak buat.

Sehinggalah suatu ketika,

Kekurangan lamaku terserlah kembali. Memang rasa kurang beban apabila keadaan itu diluahkan, tetapi bimbingan Allah ketika dulu semakin terhakis dari berbentuk dalam sifat peribadiku.

Akal berfikir. Hati ingin melihat keadaan lebih baik. Bukan kembali seperti dulu.

 

Maka,

Daku memohon petunjuk Allah. Agar diberikan jalan yang terbaik. Walaupun adalah sukar, tetapi biarlah penuh dengan kebaikan dan bimbingan dariNya.

Hikmah dari setiap kejadian yang menimpa.

Dan,

Sememangnya Allah itu Maha Mendengar, dan Dialah yang akan memakbulkan doa hamba-hambaNya.

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (al-Baqarah:186)

Walaupun suasana dan keadaan telah berbeza, yang nyata perkara yang ingin dibentuk dalam peribadi adalah sama.

Apa dia? Hehehe….. tak nak bagi tahu. (dan, jangan fikir ya! Tak baik tau!)

 

Senang ke???

Ya Allah….

Siapa yang berkata senang didikan Allah,

Mereka memang tak kenal siapa Allah.

 

Apabila Allah membuka pintu tarbiyah khusus kepada hambaNya,

Allah akan membuka ujian senang atau susah yang memang tak terfikir dan luar dari kebiasaan hamba-hambaNya melakukan ia.

Berdasarkan kemampuan hambaNya, bukan melampaui batas hambaNya.

 

Apa yang pasti,

Hamba itu akan berubah. Namun, tetap atau tidak itu persoalannya.

Banyak punca yang menyebabkan ia tidak tetap. Terutama kerana,

Bezanya suasana setelah ujian itu selesai dari menimpa hambaNya.

 

Ternyata,

Pada diriku sendiri,

Ujian dulu masih tidak tetap dalam peribadiku. Walaupun tapaknya telah wujud, tetapi bangunan yang didirikan masih tidak kukuh lagi.

Mungkin bila-bila masa boleh roboh atau binasa jika tak mampu dihadapi oleh hambaNya.

 

Oleh itu,

Sebagai seorang yang Maha Pencipta dan Maha Mengetahui keadaan hambaNya,

Dia akan terus mengambil tanggungjawab membaiki dan membina,

Sehingga menjadi rumah yang baharu dan lebih baik dari dulu.

Apabila telah tetap dan tiada lagi keadaan yang menyebabkan hamba itu kembali kepada kekurangan dulu,

Barulah Allah bersedia melepaskan ia dan bersetuju dengan perubahan yang baik buat hambaNya.

Tidak lagi bergolak, tak tetap, tak kuat, dan tak teguh seperti dulu.

 

Bagi hambaNya ini

Daku melihat bait-bait yang daku sendiri tulis. Kerana, setiap bait tulisanku

itulah diriku.

Hanya, mungkin di zahirnya nampak seperti tak sama. Sebenarnya, dalam fikir dan jiwa,

Inilah keadaannya.

Maka bagiku,

Daku mencari usaha untuk menetapkan tarbiyah Allah pada diriku. Bagaimana ia boleh tetap dan teguh, supaya tak lagi tak kukuh seperti dulu.

Daku akan cuba yang terbaik, dan biar Allah uruskan mana yang tak mampu diuruskan olehku.

Orang puteh kata, “we do the best, Allah do the rest.”

 

Kesimpulannya,

Ada beberapa perkara daku kena letak dan tanam (tanam-nanti tumbuh pokok yang berbuah masak dan ranum) dalam jiwaku:

1)      Keadaan taat, takut, dan harap pada Allah yang tetap dan tetaplah.

2)      Hati yang cekal berusaha

3)      Dakwah dan doa yang sentiasa dan sentiasa. (dakwah ilallah (membawa manusia kepada Allah)- akan membersihkan rohani manusia dan mengubah peribadinya. Doa- akan membuatkan seseorang itu bersangka baik atas kekurangan dan rasa tak puas hati padanya (mana ada orang doa untuk perkara buruk. Rasulullah larangkan?)

4)      Sesuatu yang menjadi asbab Allah lahirkan peribadiku baharu dan perubahan ini.

Akhir sekali,

Faiza azamta, fatawakkal a’lallah.

-pernah  jumpa seorang dukun, bertanya. “Senang ke nak jadi dukun?” terkejut muka dia, digeleng kepala. “Huh, kamu kalau tahan daulat bolehlah. Berat… tapi, kalau yang pasti, hati kena cekal. Hati kena cekal…”-sambil dia genggam buku lima. Bukan nak tumbuk lah. Menunjukkan kesungguhan dan kekentalan yang memang ketara…

-mencari manusia yang bercakap tentang Allah, mudah. Nak cari manusia minatnya hanya pada Allah,

Itu yang susah.

-trivia-

Satu soalan untuk renungan.

Soalan, “Bagaimana nak keraskan hati dan bukakan hati pada Allah?”

HANYA jika kamu ada:

1.  keinginan untuk tabah, sabar dan cekal hati untuk berubah, hanya masa itu, kamu boleh keras hati. Jika tiada keinginan yang tinggi tidak mungkin boleh.

2. Bukakan hati pada Allah… kamu sendiri kena membuka hati kamu, kerana kamu sendiri yang mahu. JIKA tak ada keinginan bukalah seluas-luasnya pun, takkan jumpa Dia yang menjadi matlamat tercinta.

3. Carilah teman/kawan yang baru, yang suka bercerita tentang Allah dan suasana tenang dan ‘ruh’ agama. JANGAN terus duduk di dalam circles of friends sekarang ni terlalu lama.

4. Bina dan mulakan environment baru, kawan-kawan baru. Kelak, kamu pun akan punya keinginan yang baru!

 

Wahai diri

Terima kasih

Daku benar-benar menghargai dan gembira akannya.

Tetapi

Janganlah terlalu melihat dan fikirkan ia.

 

Kerana

Tiada apa yang boleh menghubungkan

Tiada apa yang dalam keredhaan Ilahi

Malah menyukarkan jiwaku mencari jalan cahayaNya

Ketika ini

(dan, daku rasa Allah tak suka daku lihat kearahnya…)

 

Bersabarlah

Setiap yang berlaku tentu ada hikmahnya

Bukan sahaja diri bersabar akan perkara ini

Daku turut bersabar dalam melalui pelbagai rintangan dan keperluan yang Allah letakkan padaku

Yang daku sahaja rasai

 

Doakan daku

 

Buat kebaikan,

Jagalah hati, iman, dan hubungan dengan Allah.

Semoga sentiasa gembira dan ceria bersama yang lain di sana

One response

  1. Reblogged this on jiwa hamba.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: