Balasan orang yang mengawal nafsunya.

Ada suatu ketika,

Daku berada di jalan Allah.

Bukan di sekitar tanah air,

Tetapi di tempat yang berbeza.

 

Ketika hari terakhir berada di sana,

Daku bersembang-sembang dengan amir jemaah.

Orangnya sudah dewasa dan ada pekerjaan sendiri.

Berwibawa dan berkepimpinan. Sabar terhadap ahli jemaah yang tak kenal dan mempunyai pelbagai kerenah.

Pada hari tersebut,

Dia bercerita tentang ada suatu kaum yang cukup dikenali di sana.

Kaum  ini dikenali sebagai khunsa. (Malaysia panggil ‘pondan’.)

Yang kagumnya,

Diorang ini ada seorang raja. Raja ini yang mengawal semua orang khunsa ini, dan setiap orang ini taat kepada raja ini.

Masyarakat bukan Islam di situ pula cukup hormat pada kaum ini. Mereka percaya yang kaum ini mempunyai kelebihan di sisi Tuhan. Jadi, setipa anak atau ada orang sakit (kalau tak silap) akan dibawa kepada mereka ini untuk minta didoakan.

 

Suasana di sana sangat berbeza.

Masyarakatnya hidupkan masjid mereka. Apabila solat berjemaah, ramai yang hadir sampai penuh masjid macam solat jumaat.

Jadi, kerana suasana yang hidup dalam amalan agama ini telah memberikan kesan yang nyata pada  masyarakat khunsa ini. Mereka turut melibatkan diri dan bersama berjemaah di masjid sana.

Terutama pada solat jumaat dan tarawikh.

 

Nak kenali mereka adalah mudah.

Dari pakaian, rupa paras, dan kelakuan mereka berbeza daripada orang biasa. Jadi, mudah mengenali mereka.

 

Ada satu kata-kata yang amir sab ini yang membuatkan daku terngiang-ngiang sampai sekarang berkenaan kaum ini.

“Jika mereka mampu kawal nafsu mereka (kerana perbezaan yang ketara ini), tentu mereka mendapat kedudukan tertinggi di sisi Allah.”

 

***************

Ok.

Tamat imbasan lalu.

 

Hari ini daku tergerak untuk menulis tentang perkara ini,

Setelah Allah mengilhamkan untuk menemukan dua ayat yang bermakna ini untuk daku sampaikan dan sama-sama mengambil teladan dari dua ayat ini.

 

“Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”   (Yusuf: 53)

 

“Dan (setelah mendengar pengakuan perempuan-perempuan itu), raja berkata: “Bawalah Yusuf kepadaku, aku hendak menjadikan dia orang yang khas untuk aku bermesyuarat dengannya. Setelah (Yusuf dibawa mengadap, dan raja) berkata-kata dengannya (serta mengetahui kebijaksanaannya) berkatalah raja kepadanya: “Sesungguhnya engkau pada hari ini (wahai Yusuf), seorang yang berpangkat tinggi, lagi dipercayai di kalangan kami “. (Yusuf:54)

 

Dua ayat ini jelas menerangkan kepada setiap makhluk Allah bahawa sifat utama nafsu.

 

Tidak kiralah nafsu itu adalah syahwat atau amarah,

Ia pasti mengajak manusia ke arah kejahatan (bukan ketaatan kepada Tuhan).

Jadi,

Janganlah sesiapa pelik apabila manusia yang orang pandang mulia, namanya terserlah, dipandang tinggi, dan nampak kealimannya,

Tetapi tersebar cerita bukan-bukan yang mengaitkan ia kepada gejala nafsu.

Ini bukanlah perkara mustahil untuk berlaku kepada setiap orang. Hal ini kerana,

SIFAT UTAMA NAFSU IALAH MENGAJAK KEPADA KEJAHATAN.

(yang bezanya, orang tersebut dipandang tinggi oleh manusia lain. Itu sahaja. Dan, daku tak rasa pelik pun berlaku kepada golongan ini.)

 

Kecuali,

Nafsu yang dalam peliharaan dan rahmat Allah swt.

Mereka inilah yang terhindar dari gejala kerosakan dan kemudaratan nafsu yang utama tadi.

 

Amarah, Lawwamah, dan Mutmainnah.

Apabila dilihat lebih mendalam akan perkara ini,

Sifat/peribadi nafsu ini boleh dibahagikan kepada 3 bahagian.

 

Bahagian pertama:

Nafsu amarah.

 

Nafsu amarah wujud kepada semua orang, tidak kira Islam atau bukan.

 

Bahagian kedua:

Nafsu lawwamah.

 

Nafsu ini wujud jua pada setiap orang, khususnya kepada orang Islam.

 

Bahagian ketiga:

Nafsu mutmainnah.

 

Nafsu ini wujud pada orang beriman sahaja. Kerana, sifat nafsu mutmainnah adalah kepada seseorang yang sentiasa meningati Allah swt.

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Ar-Ra’d:28)

 

Jadi, orang yang pelik adalah golongan yang pada bahagian ketiga.

Kerana,

Merekalah yang Allah ambil tangungjawab untuk pelihara nafsu dan merahmatinya.

Dan, gologan inilah sepatutnya ditujui, bukan golongan kedua atau pertama tadi.

 

(Iman pula, ada turun naik atau keluar masuk. Jadi, kena jua kekalkan ia dan banyak usaha ke atasnya. –tak sesuai untuk diletakkan dalam bab ini. Mugnkin lain kali insya-Allah.)

 

Nafsu Mutmainnah

Nafsu mutmainnah ini,

Bukan bermakna tidak berminat dan ambil tahu pada hubungan sesama manusia.

Hanya dia dengan Tuhan, dan tidak ada nak kena mengena dengan orang lain.

Misalnya berkenaan dengan makan, minum, berkasih sayang sesama manusia, hubungan suami isteri, anak pinak dan sebagainya.

 

 

Salah!

Bukan itu maksudnya!

Jika ini yang difikirkan,

Ia adalah songsang dan berlanggar dengan fitrah kejadian.

 

Nafsu mutmainnah ini hakikatnya ialah,

Dia bersama dengan manusia lain seperti biasa,

Tetapi hati dan keinginan mereka tidak mengharap kepada manusia/makhluk yang disapa.

sinarhati

Ringkasnya,

Mereka tidak terkesan dengan kebesaran atau apa yang ada pada makhluk.

Tetapi hati itu sentiasa terkesan dengan kebesaran dan kewujudan khalik (Allah).

Itu sahaja.

 

Makan dan minum,

Mereka bukan nampak dan lihat pada kelazatan makanan dan minuman. Mereka lihat dan pandang, ini semua nikmat dari Allah, makanan/minuman itu sedap kerana Allah, makanan/minuman itu manis, masam, dan pelbagai rasa kerana Allah yang menciptakan ia. Manusia hanya sebagai asbab untuk memasukkan yang Allah telah ciptakan.

Bersyukur akan nikmat dan rezeki daripadaNya. Berterima kasih atas kesediaan/asbab daripada manusia.

 

Muamalah.

Allah perintahkan supaya muamalah. Muamalah agar mengembalikan ingatan Allah yang telah menciptakan sesama manusia untuk mengingati Dia. Setiap kali berjumpa dan bersua, hadirnya hati akan perintah Allah dan betapa Allah kasih dan sayang kepada manusia. maka, perlunya hadirkan/sedarkan kasih sayang Allah apabia berjumpa manusia.

Jika tidak mampu, lahirkan akhlak terpuji dan sentiasa libatkan Dia. Dengan cara ini, sekaligus tanda kita mengingati Dia dan membesarkanNya.

 

Begitu jua akan perkara lain yang dilakukan di dunia ini. Hatta, pada hubungan antara suami isteri.

Dengan ini,

Barulah terbukti yang hati itu sentiasa mengingati Dia. Apabila ada sesuatu yang tidak disukai Allah, terus sahaja tersedar dan menjauhi ia. Apabila ada sesuatu yang Allah perintah dan benarkan ia, terus sahaja mengingati dan melihat akan kewujudan Dia dalam perbuatan tersebut.

 

Anggota tubuh mengerjakan setiap perbuatan dan amalan. Manakala hati,

Setiap berhubung dan berkata-kata/puja dan puji kepadaNya.

 

Ini sifat nafsu mutmainnah,

Yang natijahnya balasan syurga yang diredhai dan terbaik diberikan oleh Allah kepada hamba-hamba yang beriman dan bertakwa.

 

“Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang.Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau meredhai dan diredhai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku (yang berbahagia) . Dan masuklah ke dalam SyurgaKu.” ”  (Al-Fajr:27-30)

 

Teladan ayat

 

“Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”   (Yusuf: 53)

 

“Dan (setelah mendengar pengakuan perempuan-perempuan itu), raja berkata: “Bawalah Yusuf kepadaku, aku hendak menjadikan dia orang yang khas untuk aku bermesyuarat dengannya. Setelah (Yusuf dibawa mengadap, dan raja) berkata-kata dengannya (serta mengetahui kebijaksanaannya) berkatalah raja kepadanya: “Sesungguhnya engkau pada hari ini (wahai Yusuf), seorang yang berpangkat tinggi, lagi dipercayai di kalangan kami “. (Yusuf:54)

 

Daripada ayat ini daku ambil dua pengajaran.

Pertama:

Sifat nafsu

 

Kedua:

Kedudukan/martabat orang yang mampu mengawal dan meletakkan nafsunya pada tempat yang Allah redha padanya

 

Apabila seseorang itu berjaya dalam tempat rahmat dan redha Allah,

Maka Allah meletakkan tempat yang terbaik, terpercaya, dan dekat denganNya

Seperti kedudukan Nabi Yusuf a.s dengan raja.

 

Inilah hikmah yang perlu dicontohi daripada kalamullah.

Yang bukan sekadar menceritakan kisah,

Tetapi menyeru setiap manusia beramal dengannya.

 

Moga Allah memberikan taufik dan hidayah untuk beramal dan menyampaikan ia.

Amin.

 

-satu tips: ayat 53 ini adalah doa. Mohon Allah lindungi dan peliahara dari sifat hawa nafsu jahat yang menggoda. Insya-Allah

ALLAH

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: