Bergerak Pantas!

Hari ini, 22 Februari 2013.

Tarikh keramat untuk hari

Jumaat.

 

Jumaat,

Hari yang sangat mulia. Dimuliakan dengan pelbagai peristiwa dan agenda.

Hari Jumaat jua penghulu sekalian hari, dan kemuncak kepada segenap hari.

Hari Jumaat hari yang lapang dan sejahtera, baik untuk menenangka fikiran (esk cuti!) dan perancangan di hari kemudian (minggu depan aktiviti.)

Hari ini,

Bukan nak bercerita kelebihan hari ini. Sekadar menghayati dan menghargai akan nikmat yang Allah kurniakan pada hari Jumaat.

 

Tinggal lagi beberapa hari daku akan memulakan keinginan yang selama ini ingin dilakukan. Kerana dek beberapa episod kehidupan, perancangan, dan kejadian, agenda ini tertangguh dan tertangguh sehingga lajak ke suatu masa yang panjang.

 

Akhirnya,

Allah SWT telah memudahkan segala urusan. Hanya beberapa aspek (yang tidak perlu difikirkan sangat) yang perlu diselenggara dari semasa ke semasa.

 

Selepas tamat tugas di sini, daku akan meneruskan langkah yang panjang untuk menuju kepada matlamat asalku di sini.

 

Insya-Allah,

Dalam masa 1 tahun saja akan meneruskan. Tak mahu lama-lama, sebab makin lama makin menginjak usia dan tinggi kos sara hidup. Huhuhu….

 

Jadi,

1 tahun itu adalah ruang yang terlalu terhad. Tak banyak perkara boleh diperpanjangkan. Tak banyak agenda boleh dilakukan.

Oleh kerana itu,

Tumpuan yang bersungguh-sungguh, smart,kreatif, dan bimbingan yang berterusan sangat-sangatlah diperlukan.

4 perkara ini amatlah-amatlah perlu dititik beratkan. Jika tidak, kerja akan bertimbun, terlajak masa, berlaku isu yang tergendala dan tidak dirancang tiba-tiba, hilang kekuatan, lemah  semangat, dan pelbagai aspek negatif akan datang dan memenuhi runag fikiran. Apabila perkara ini berlaku, tiada apa yang boleh terus melangkah, melainkan adalah buah atau pertologna dari mana-maan bahagian yang tidak diketahui.

 

Melihat kepada keadaan ini,

Daku tidak gemar melihat kepada apa yang tidak pasti.

Yang dalam kepastianku,

Kemampuanku, bimbingan yang diberikan, dan Allah yang sentiasa memerhatikan.

Jadi,

1. Masa kena jaga (pagi: start pukul berapa? Sampai bila? Berapa masa yang diperlukan dalam sehari? Target seminggu sampai mana?). masa perlu fixed dan konkrit. Jika tiba-tiba ada suatu masalah yang berlaku, masalah itu akan jadi mudah untuk diatasi, kerana persediaan untuk masa telah disediakan dari awal-awal lagi.

2. Jangan bertangguh-tangguh.

Katakan mula pukul 8 pagi, jangan tangguh sampai pukul 9 pagi. Kalau kerja perlu siapkan hari ini, janganlah bertangguh, “petang nanti lah buat..” atau , “esok pun sempat lagi…”

Inilah budaya yang berlengah-lengah namanya! Dan ini kelemahan sendiri yang perlu sentiasa diatasi.

3.       Jangan main internet.

Hah!

Inilah musuh utama dalam kehidupanku. Banyak kelemahan timbul dari gejala melayari internet ini kepada diri sendiri.

Antara,

Habis masaku dicuri oleh internet!

ilustrasi-situs-jahat

Jadi,

Buka bila bermanfaat. Tak ada manfaat atau sekadar suka-suka,

Tak payah. Buang masa.

Lebih baik zikir ke, baca al-Quran, menulis benda berfaedah dan sebagainya. Banyak lagi boleh buat dari buang masa di

INTERNET!

Nak guna juga:

Sebelum masa yang telah ditetapkan, atau selepas masa fixeed yang telah ditetapkan. Itu sahaja.

4.       Bimbingan yang berterusan.

Ini memang penting. Kalau tak ada bimbingan, entah ke manalah akan melalut kerjaku nanti.

Ingat macam A, tetapi rupanya B.

Inilah pentingnya bimbingan dan panduan. Jadilah kerja jadi mudah dan lurus menuju ke hadapan.

(dah pernah rasa macam mana tak ada pembimbing. Teruk! Habis kerja lain jadi. Mintak-mintak Allah sentiasa memberi kemudahan dan tiada masalah yang mengendalakan urusanku nanti. Amin.)

5.       Keyakinan dan doa pada Allah.

Sebenarnya, inilah yang paling utama. Bukan sekadar usaha atas urusan ini, malah turut pada setiap urusan dunia dan akhiratku nanti.

Walau sesibuk mana dan pelbagai agenda yang wujud pada manusia, ternyata Allah swt lagi banyak agenda dan sentiasa sibuk. Hebatnya Allah, sibuk dan agneda Allah bukan bergantung kepada keadaan dan masa. Ini sibuk dalam kehendakNya, agenda semua dalam kehendakNYa.

 

Maka,

Adalah penting Allah sentiasa diletakkan di hadapan. Bukan sekadar ketika diperlukan, bila tak perlu lagilah perlu letakkan di hadapan.

Munajat, doa, dan ibadah yang berterusan. Tambah lagi kepada hidayah dan kekal dalam keimanan.

 

(Malah, urusanku ini bermatlamat mencapai mardatillah. Bukannya sekadar pencapaian lahiriah yang tiada nilai di sisiNya.)

 

Perkara lain,

Sekarang adalah masanya untuk berlari! Terus berlari dan berlari sehingga menuju ke garisan penamat.

Tak boleh lagi pusing-pusing fikir itu dan ini, sana dan sini. Ada sesuatu sekarang yang perlu dituju dan digapai di kemudian hari.

 

Walaupun ada banyak rintangan yang muncul di hadapan, jangan berhenti daripada meneruskan. Dugaan dan cabaran itu adalah lumrah kehidupan. Nak tak nak tetap ada bergantung kepada masa dan keadaan.

 

1 tahun….

Insya-Allah,

Boleh!

 

(bulan Jun selesai. Insya-Allah)

smesen_motorist

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: