Dunia dan Akhirat (3)

Hhmm….

WordPress ini tak berapa ok lah untuk ketika ini. Jadi agak sukar nak edit dan sebagainya.

lagipun, agak tak teraturlah. Tak pa. Insya-Allah, Allah sentiasa bersama-sama.

*********************

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Betapa besar dan agungNya Allah yang tiada hitung dan bandingannya dengan semua yang diciptakan di alam ini.

Alam yang terlalu luas dan dibangga-banggakan oleh para manusia dan jin, hanyalah sekelumit dan sempit di sisi Allah yang Maha Besar dan Maha Luas.

Dia menciptakan sebaik-baik tempat di alam yang di luar dari kesempitan di dunia. Dunia yang sempit dan sesak, penuh dengan manusia, kenderaan, perumahan, hidupan, dan macam-macam lagi, tidak layak sama sekali dibandingkan dengan akhirat yang kekal abadi.

Tetapi,

Akhirat itu hutang dan tiada sesiapa yang kenali ia.

Melainkan Allah swt sahaja.

Jadi,

Manusia pun buta, pekak, dan tuli daripada mengingati dan berkehendakkan akhirat. Yang tahu

Kejar, kejar, dan kejar

Semua perkara dunia.

 

Yang diperoleh dan dinikmati

Dibangga-banggakan. Menunjuk-nunjuk, merendahkan orang lain yang tak dapat seperti dirinya.

Yang tak dapat

Berasa tinggi, mengumpat orang itu macam itu macam ini, dikutuk dan dikeji bagi orang lain itu sakit hati akan nikmat yang diperolehi.

Inilah sifat orang yang mengagungkan dunia. Penuh dengan dengan sifat buruk dan tercela.

Ingin sekali bertemu manusia yang mengagung-agungkan dunia, yang sanggup berkorban dan berbuat baik kerana mereka, bukan atas kepentingannya.

 

Orang akhirat terbaik?

Bukan bermakna orang yang cinta dan menginginkan kehidupan akhirat itu orang yang terbaik dan baik belaka.

Salah.

Malah, ramai yang tergolong orang yang miskin, hina, lemah, tak ada serba itu dan ini. Semua serba kekurangan dan tiada daya.

Kerana akhirat yang begitu luas dan jauh dari pancaindera manusia,

Ada yang suatu tingkatan tiada lagi nampak kepentingan dan keutamaannya pada dunia ini.

Hanya Allah dan rasulNya yang lebih mengetahui.

 

Sekiranya dibandingkan kedua-dua keadaan ini,

Ternyata orang yang ingin akhirat lebih berjaya daripada orang yang inginkan kehidupan dunia. Walaupun mereka serba serbi keadaan yang tiada apa-apa.

Kerana,

Orang yang inginkan dunia orang yang kuat angan-angan. Nak dapatkan sesuatu yang tidak pasti, hatta berusaha penuh daya dan potensi.

Kenapa?

Kerana manusia itu hanya mampu merancang, Allah yang Maha Menentukan.

Tengah sibuk pulun dan bersungguh-sungguh bekerja, tiba-tiba sakit sendiri atau orang lain berkaitan dengannya sakit. Terus tergendala.

Tengah sibuk pulun belajar tinggi-tinggi, akhirnya ada yang histeria, tak ada kerja, atau yang meninggalkan dunia ini. Dapat-dapat, orang terdekat tolong ambil skrol tuan badan.

Tengah sibuk merancang nak berbini atau bersuami, siapa perancangan dan kewangan, tiba-tiba berlaku kes tak munasabah, berantakan, dan langsung tak jadi. Habis kewangan dan persiapan, timbul permusuhan dan entah apa lagi.

Bukan sekadar andaian atau teori kepala penulis ini. Perkara ini banyak sangat ditulis dalam akhbar, majalah, website, dan sebagainya. Ahh… banyak betul pengajaran dah bagitahu, hati masih lagi buta, tuli, dan pekak daripada pandang perkara akhirat.

 

Salah ke merancang untuk dunia?

Siapa kata salah merancang? Malah inilah perintah Allah. Allah yang suruh (carilah dalam al-Quran dan sunnah yang bagitahu perkara ini. Berlambak…). Yang salahnya, itulah matlamat, itu saja tujuan.

Pendek sangat daya fikir. Rugi nanti.

 

Bezanya, perancangan orang harap akhirat,

Memang nampak perancangan mereka macam berangan-angan. Buat ibadah diberi pahala. Pelihara diri dari maksiat, balasa syurga dan terselamat daripada api neraka. Buat dakwah -dengan cara yang betul, bukan sekadar ikut dan nafsu dan kerana dunia ini (sebab macam-macam jenis dakwah dah wujud kat dunia ini. Nauzubillah)- dapat bertemu Rasulullah dan beri tempat terbaik disisiNya. Buat solah dhuha 12 rakaat, dapat mahligai aka istana di syurga sana. Baca subhanallah, sepohon pokok tumbuh untuk orang tersebut di syurga, menangis kerana takut Allah dan azabnya, menjadi pendinding api neraka. Buat baik kepada orang tua,dapat balasan syurga. Baca al Quran dan menjadi hafiz, boleh bagi syafaat 10 orang ahli keluarganya yang memang ahli neraka.

Baca al-Quran dan hafalnya, lebih baik dari belajar berpuluh-puluh subjek dari sekolah rendah sampai menengah, kemudian dapat pangkat tinggi-tinggi atau doktor dan profesor itu ini.

Semua nampak angan-angan bukan? Sebab, tak nampak pun balasan itu semua di sini…

Malah… akhirat pun bukan dalam pandangan mata, tak jelas di pendengaran.Yang bercerita dan dengar di radio,kuliah, dan majlis itu ini pun hanya sebagai kesedaran dan halwa telinga.Bukan sebagai tujuan atau matlamat hidup.

Kenyataannya,

Mereka berada di landasan yang benar. Dan tiada langsung salah sama sekali.

Balasan untuk akhirat di akhirat lah. Kenapa pula nak letak kat alam dunia? (Orang belajar orang rendah, tak akan lah nak bagi subjek orang sekolah menengah. Tak kena langsung tempatnya.)

 

Sekarang, masa untuk fikir!

Baiklah,

Daku bagi fakta. Tapi kena cari sendiri dan buka fikiran anda.

1. Rujuk mana- mana kitab lama selain alQuran dan hadith (Bible-kitab baru, tlamud-kitab baru). Apa yang mereka seru dan cerita tentang dunia dan akhirat.

Cari mana-mana bukti sejarah, apa yang berlaku kepada manusia yang pernah hidup di dunia ini.

2. Dalam dunia ini,

Setiap kaum yang pernah wujud dan hidup, dihantar seorang atau beberapa orang nabi. Mereka dihantar untuk kembali manusia untuk menagungkan Ilahi.

Bukan seorang atau beberapa. Tetapi beribu-ribu sampai 124000 nabi.

3. Dalam dunia ini,

Ada satu kitab yang masih lagi dibaca dan ditelaah dari dulu sehingga kini. Tak pernah diubah suai sebab manusia memang tak pandai dan tak mampu nak ubah.

Bukan hari ini, dah 1400 tahun yang lalu.

Yang pandai, nak bakar dan hina. Itu saja (dah tak pandai, itu saja boleh buat).

4. Dalam kehidupan ini,

Buatlah makanan dan minuman yang bukan hasil dari air, haiwan, dan tumbuhan. Kalau boleh, memang hidup ini tidak perlukan tuhan.

5. Akhir sekali,

Jika benar tiada akhirat,

Silakan tentu hidup anda sendiri dan jangan sesekali menjadi tua, sakit, dan menginggal dunia. Dah banyak kemewahan dan kesenangan, buat apa nak susah-susah meninggalkan ia dan bagi kat orang lain pulak, bukan?

 

Jika boleh buat dan sanggah apa yang daku katakan di sini,

Maka tuan-tuan dan puan-puan dipersilakan untuk terus bersenang-senang dengan kehidupan dunia ini,

Dan lupakan akhirat nanti.

(cerita ini bukan untuk orang Islam, turut kepada bukan Islam. Allah bukan milik orang Islam lah. Allah itu Maha Pencipta. Milik sekalian alam. Bukan sekadar letak dalam kitab, itu ini. Tetapi tak tahu langsung macamana nak kenal dia dan mengikut cara Dia.)

– dah yang ketiga ke? Tak ingat lah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: