Monthly Archives: Mac 2013

Hari terus berlalu dan berlalu
Masa terus bergerak dan pergi
Matahari dan bulan telah sekian lama menjalankan tugas dan putaran.
Kini,
Begitu juga pada setiap manusia yang digelar insan.

Hari yang terus berlalu,
Membuatkan penulis ini bertanya sendirian,
“adalah mereka telah mengenal siapakah itu, ‘Tuhan’?
Continue reading →

Pengharapan pada Allah

Perasaan untuk mendapatkan sesuatu, keinginan untuk lebih maju, merasakan ada sesuatu yang lebih baik,
Membuatkan seseorang itu pasti akan terniat/ meletakkan sesuatu di hatinya yang kemudiannya mewujudkan suatu pengharapan.
Harapan tidak akan wujud tanpa keinginan, keinginan tidak akan wujud tanpa sifat pada nafsu yang telah Dia ciptakan.

“Ani, aku harap esok lusa aku dapat beli kereta Myvi baru tu,” tekad Ana berkata pada jirannya, Ani.
“Razan, habis saja aku belajar ni, aku nak terus berkerja kat Jepun!” Ramli yakin dengan keinginannya apabila melihat kejayaannya semakin hari semakin baik.
“Ros, esok kita mesti pergi rumah Mah lah. Laparlah.. Dah lama tak ziarah dan makan-makan di rumah dia.”

Banyak lagi pengharapan manusia. Selagi ada nafsu yang menyatakan keinginan, selama itulah manusia ada pengharapan yang tersendiri, yang terpendam dalam hatinya.

Harapan baik dan buruk
Harapan ini ada dua kategori, satu harapan yang baik, dan satu lagi harapan yang buruk.

Harapan yang baik membuatkan seseorang itu berkeinginan untuk lebih membangun, dan ingin melihat kehidupannya kelak menjadi lebih baik.
Manakala harapan yang buruk membuatkan seseorang itu sentiasa merendahkan keupayaan diri sendiri, berputus asa, dan berusaha merosakkan harapan/perancangan orang lain.

Sekiranya harapan itu baik, maka kesan positif dapat dilihat daripada tingkah laku dan hasil posittif pada peribadi tuan badan. Walaupun ada yang tidak suka atau ingin menjadi penghalang, tidak goyah dirinya kerana disedari perkara yang diharapkan itu adalah membawa kebaikan pada masa akan datang.
Tetapi, bergantung jua pada niat dan tuntutan syarak. Supaya tak melulu dan sentiasa patuh pada perintah Allah dan jauhi larangan-Nya pada setiap tindakan dan keazaman yang dilakukan.

Harapan buruk adalah unsur negatif diri terhadap sesuatu yang tidak menyenangkan yang membawa kepada peraka yang akan mengecewakan. Harapan buruk tidak lain hanya membuatkan seseorang itu tidak bersemangat (mandom), lemah, tiada kekuatan untuk terus maju, dan mudah berputus asa. Jika pengharapan buruk kepada orang lain, maka lahirlah sifat cemburu tak sihat atau cemburu buta, hasad dengki, mengumpat, menghina, dan sabotaj mana-mana pihak yang dihasad olehnya.

Sesungguhnya, dalam diri manusia terdapat kedua-dua jenis bentuk pengharapan ini. Pasti ada, kerana harapan itu asaln ya datang dari nafsu yang Allah swt telah ciptakan pada setiap manusia di dunia ini.

Bezanya, apabila darjat dan martabat nafsu berbeza, maka berbezalah bentuk pengharapan manusia. Jika nafsu berdarjat rendah, maka lahirlah harapan buruk yang banyak. Jika nafsu berada darjat mutmainnah, maka lahirlah harapan baik yang mendominasi pada dirinya. Hatta, pada orang berdarjat nafsu mutmainnah ini, walau ada orang lain ingin menjatuhkan ia, memerli, dan menghina keputusannya, tidak sesekali dia membalas, sebaliknya terus mengharap kepada yang hak, iaitu Allah. Tiada yang lebih dan terbaik dari keputusan selain daripada keputusanNya.Kepada orang yang mencela, bukan sahaja tidak dibalas –dan buat tak tahu saja-, malah diberikan ‘bunga’ kepadaNya. Bersabar dia menang, memberikan hadiah dia juga menang.

Tiada rugi nafsu mutmainnah ini, apabila telah terbina dalam hati yakin sepenuhnya pada kekusaan dan qudrat Allah swt.

Harapan atau angan-angan?
Ada perbezaan antara harapan dan angan-angan.

Secara ringkasnya begini. Harapan itu suatu tindakan yang mampu dicapai dan boleh dilakukan. Sebaliknya angan-angan itu suatu tindakan yang tidak mampu dicapai, dan tidak boleh dilakukan.

Harapan itu wujud pada dua jenis dunia. Manakala angan-angan wujud pada suatu jenis dunia.
Dunia pertama ialah alam dunia ini. Dunia kedua alam akhirat nanti.

Angan-angan hanyalah wujud pada alam ini. Hal ini kerana orang yang berangan-angan belum tentu akan tercapai apa-apa yang diharapkan kelak.
Hidupnya secara merancang tanpa tindakan. Perkara yang diangan-angankan bagai tong kosong, nampak cantik dan menarik, tetapi tiada apa-apa hasil yang memuaskan.
Inilah ibarat orang yang bercita-cita hanya hidup pada duniawi. Mungkin ada yang diperoleh, dan ada lagi yang belum tentu dapat diperoleh. Tiada pasti.
Apabila berada di akhirat nanti, nantilah rugi. Nauzubillah.

Manakala, harapan pula wujud pada alam dunia dan akhirat.
Harapan yang benar akan menuju kembali pada Allah. Apabila dikatakan menuju pada Allah, maka setiap sesuatu tindakan, keinginan dan keazaman, hanyalah kepadaNya.
Mungkin nampak tidak mampu dilakukan, tetapi bagi Allah tiada apa-apa yang mustahil boleh berlaku jika telah berada pada ketetapanNya.

Jika diperoleh, bersyukur. jika tidak, bersabar dan tahu yang Allah itu Maha Melihat dan Maha Mendengar, maka Dia Maha Mengetahui apa-apa yang terbaik untuk diberikan kepada hambaNya yang beriman dan bertakwa.
Ini untuk urusan duniawi. Pada akhirat pula,
Sudah tentu akan lebih baik lagi. Lebih baik dan lebih baik dari yang terbaik di dunia ini, sehingga tidak mampu terbayang di fikiran, terlihat di mata, atau didengari oleh telinga akan begitu takjubnya dan hebatnya pemberian Allah kepada hambaNya yang beriman dan bertakwa sentiasa solid mengharap kepadaNya.

Maka, rugilah sesiapa yang masih tidak nampak akhirat lagi sebelum tertutup mata di alam dunia ini.(jauhkanlah ya Allah… Amin)

Di sana, orang beriman pun terasa rugi (sebab tak usaha lebih lagi). Apatah lagi orang yang langsung tak berusaha untuk membina dan berkeinginan sesuatu yang nyata akan datang selepas alam duniawi.
Jadi,jika hati itu sentiasa mengharapkan sesuatu, haraplah yang benar dan mutlak pada Allah swt. Yang terbaik pada dunia ini dan di alam akhirat nanti. Harapkan dengan kesungguhan dan permohonan. Kerana,
Harapan pada Allah bukanlah suatu angan-angan!

Kepada Allah aku terus mengharap, kepada Dialah tempat aku sentiasa meminta pertolongan.
🙂 🙂

-Terima kasih ya :). Semoga sentiasa dirahmati dan gembira di sana bersama yang lain.

-Tak boleh terlalu menulis dan sentiasa…. Hanya pada waktunya saja. Kerana ada Dia yang Maha Melihat. Takut ada yang tidak kena pada tindakan membuatkan Dia tidak suka. Kena lawan sehingga Dia berkehendak dan memang perlu dilalui.

-Perlu banyak bersabar …. Dan tunggu perintah Allah….
Banyakkan berdoa. Suci dan jaga hati, lawan kehendak hati demi kebaikan kemudian hari. Insya-Allah

Memupuk minat menulis

Menulis ini…
Bukannya semudah yang orang lain sangka.
Setiap orang ada kemampuan dan penilaian terhadap penulisan yang berbeza.

Seseorang yang menulis buku teks/rujukan, belum tentu boleh menulis buku cerita atau agama.
Seseorang yan menulis buku kartun, belum tentu dapat menulis cerpen atau skrip drama.
Dan, begitulah juga akan perkara yang lain.
Continue reading →

Ujian itu bimbingan Allah

Sejak akhir-akhir ini tiada idea untuk menulis.

Entahlah. Mungkin terlalu sibuk dengan hal ehwal lain. Sehingga tidak dapat bagi masa yang terbaik untuk berfikir dan beri perhatian kepada  penulisan.

 

Menulis ini perlukan masa yang betul-betul cukup. Tak boleh terlalu tergesa-gesa dan tidak boleh terlalu lama.

Kalau tergesa-gesa, nanti idea tidak keluar, kalau terlalu lama, nanti melalut pula.

Continue reading →

Al-Quran Dan Kehidupan.

Alhamdulillah, bersyukur dengan nikmat hidup ini,

Masih lagi dapat terus bernafas, menghirup udara segar, pemandangan (selain daripada manusia) indah dan permai, suasana aman dan sentosa.

Bunyian unggas, air yang mengalir, awan yang berarak, haiwan melata dan berterbangan,

Semuanya keindahan penciptaan alam dan tanda kebesaran Allah.

Continue reading →

Kisah Teladan

Tiba-tiba pagi hari ini ada sedikit masalah.

Tak jangka pun. Ingat semua dapat berjalan dengan baik seperti hari-hari lain.

Tak apalah. Semua dalam pengetahuan Allah. Redha sahajalah kan.

 

Jadi, nak kena pi selesaikan problem ini dulu.

Supaya tak lebih berjangkit dan merebak, lebih baik ambil tindakan segera.

Untuk itu, tak sempat nak pikior hari ini. Untuk memenuhi kekosongan daku petik kisah teladan yang mungkin menjadi pengubat rohani.

Insya-Allah.

Dipetik dari: website 1001 kisah teladan (banyak dalam dunia ke-2…)

Continue reading →

Dalam Nikmat Itu Ada Tanggungjawab

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani

Bersyukur ke hadratNya

Masih lagi dapat meneruskan kehidupan dengan penuh nilai dan nikmat

Terutama nikmat Islam dan Iman.

Alhamdulillah…

Continue reading →

Dunia dan akhirat (4)

Tahu tak kenapa daku sentiasa tuliskan antara dua perkara ini?

Kali ini kalau tak silap, dah sesi yang keempat tentang isi dan tajuk yang sama. Jelas, sudah empat kali tajuk dan isu sam diwar-warkan di laman ini.

Jadi, kenapa ye hamba Allah ini menulis perkara yang sama?

Kenapa? Kenapa?

Dan kenapa?

(Jawable sebab dah tanya ini…. tak dengar pun…)

Continue reading →

Pendinding Diri

Hari ini daku ingin membicarakan bagaimana nak membentuk diri itu dihalang/terlindung daripada sebarang masalah rohani atau penyakit batiniah (penyakit batiniah bukan bermakna sifat mazmumah, tetapi berkenaan buatan atau bisikan jahat-syaitan atau nafsu manusia).

Jadi,

Teliti terhadap apa yang ingin disampaikan. Kemudian, jika baik untuk orang lain amalkan, sampaikan.

Insya-Allah.

Continue reading →

Iman itu adalah ghaib

Iman adalah terlalu bernilai.

Nilainya adalah bukan dapat dibandingkan.

Kedudukan bukan suatu bayangan atau sekadar suatu khayalan. Bukan sekadar cakap kosong atau sekadar bincangan kerana putus asa.

Continue reading →