Iman dan Islam

Alhamdulillah,

Bersyukur kepada hadrat Ilahi kepada limpahan hidayah dan taufikNya

Masih lagi dikurniakan pelbagai nikmat dan rahmat kepada hamba Allah ini.

Walaupun pasti ada dugaan, ujian, dan cabaran dalam kehidupan duniawi,

Tidak sesekali Dia menarik nikmat terbesar dan paling bernilai dalam dunia dan akhirat nanti.

Itulah nikmat Iman dan Islam.

Islam

Islam ini agama yang mulia.

Kemuliaannya bukan sekadar nama, bukan sekadar penganutnya.

Tetapi, mulianya Islam kerana ia dimuliakan oleh Rabbnya yang menciptakan sekalian alam.

Inna dina i’ndallahil islam….

Allah memerintah manusia untuk tunduk, menyerah, dan taatabbudi (macam ni ke eja?) kepadaNya. Allah menyeru manusia kembali dan sentiasa beribadah kepadaNya.

Bukankah setiap manusia dan sekalian makhluk yang lain Allah yang menciptakan? Bukankah setiap makhluk itu Allah yang berikan rezeki, rahmat, nikmat, dan kesenangan?

Bayangkanlah, jika hari ini tiba-tiba lenyap ikan di lautan, tumbuhan, pasir, rumput, burung, angin, batu, kayu, hujan, dan lain-lain khazanah alam semula jadi. Yang ada hanya robot, kereta, motor, kerja, kertas, komputer, jalan jem,

Agaknya boleh ke manusia itu hidup pada keadaan tersebut? Kalau boleh, berapa lama?

1 tahun? 30 Hari? 2 minggu? 1 hari? 1 jam?

Tidak.

Seminit pun tak boleh.

Keperluan utama manusia ialah udara. Bila oksigen tak ada, habislah manusia.

Berapa banyak tong gas di hospital yang boleh menampung sekalian manusia hanya kerana tiada udara pada hari tersebut.

Inilah nikmat yang nyata pemberian Allah. Yang nyata, Allah menciptakan manusia memerlukan nikmat tersebut. Kerana itu manusia tidak boleh lari daripada menikmati ia.

Ibarat motor mesti ada enjin, minyak, karburetor, dan lain-lain. Jika tiada, hanya tinggal motor, tetapi tiada guna ia kerana tak boleh bawa ke mana-mana. Walaupun pun cantik, tiada gunanya ia lagi.

Inilah yang diajar oleh Allah tentang Islam. Allah ajar setiap manusia untuk tunduk, patuh, dan taat kepada perintahNya.

Islam itu adalah menyerah. Menyerah hanya kepada Dia.

 

Iman

Iman itu

Terlalu bernilai dan berharga. Lebih berharga dari harta, emas, perak, berlian, dan permata yang wujud di serata dunia.

Jika dibandingkan dengan rumah yang besar, kereta yang mewah, motor yang laju, kuasa dan kedudukan,

Ternyata iman lebih bernilai dari itu semua.

Seseorang yang miskin menjadi bernilai dan mulia kerana adanya Iman.

Seseorang yang kaya mulia kerana adanya Iman.

Seseorang pelajar, petani, peniaga, dan buruh kerja bernilai kerana adanya Iman.

 

Seseorang yang beriman,

Sentiasa yakin dan kembali kepada Allah. Perkara yang ghaib bukan suatu khayalan, perkara yang ghaib yang disampaikan oleh nabiNya adalah suatu kebenaran dan ada buktinya.

Menyakini ada dan menunggu tiba berlakunya hari kemudian. Sebagaimana wujud dan pelbagai perkara yang baik buruk berlaku di dunia, begitu juga banyak perkara akan berlaku di akhirat sana.

Mengenali adanya pencipta dan utusanNya. Utusannya hanyalah manusia biasa, dan adalah manusia pilihanNya. Ditetapkan sejak azali, untuk menyeru setiap manusia yang lalai dan leka kerana sifat duniawi agar kembali kepada Dia yang hak dan kekal abadi.

Inilah keutamaan dalam peribadi seseorang yang beriman. Tiada tiga perkara ini, pincang dan belum sempurna perkara asas dalam Imannya.

1)      Keyakinan kepada Allah

2)      Keyakinan kepada rasulNya

3)      Keyakinan kepada Hari kemudian (akhirat)

Tiga perkara lagi (kitab, qada’ dan qadar, malaikat) hanya akan bertambah yakin apabila tiga perkara yang di atas telah betul ia.

(kitab-yakin kepada Rasul, qada’ dan qadar-yakin kepada Allah, malaikat-yakin kepada hari akhirat dan Allah SWT)

 

Tetapi

Iman ini terlalu mahal harganya.

Tidak semua orang tahu harganya, tidak semua mampu memilikinya.

Hanya tuan empunya dan orang yang inginkan sahaja tahu betapa bernilainya ia.

 

Emas, Tuan Kedai, dan orang yang datang membeli.

Ini suatu tamsilan.

Dalam sebuah kedai emas, ada penjaga kedai, emas, dan orang yang ingin beli emas.

Setiap hari, yang pasti ada ialah tuan kedai emas, menjual emas, dalam kedai emas. Pembeli belum tentu lagi. Mungkin ada, mungkin jua tiada. Jika ada, ada yang nak beli, ada yang tidak. Yang beli, ada yang sikit, dan ada yang banyak.

Yang nyata, mesti ada emas, tuan kedai, dan kedai tersebut. Tuan kedai tak adanya ia jual di tepi jalan, di tepi longkang. Dia akan jual di dalam kedainya jua.

 

Begitulah jua

Orang beriman, iman, orang tak beriman, dan Islam.

Islam itu ialah kedai emas.

Orang beriman ialah tuan kedai emas.

Emas ialah iman.

Orang yang tak beriman ialah pembeli yang datang ke kedai emas.

 

Alkisahnya,

Orang beriman pasti dia adalah Islam. Maka, Islam adalah permulaan kepada Iman. Tanpa kedai emas, tiadalah emas, dan tiadalah penjual emas.

Dan tiadalah orang yang datang beli emas.

Dia pasti telah memiliki emas. Dan dia sahaja yang tahu harga emas tersebut.

 

Tetapi,

Tidak kepada pembelinya.

Hanya pembeli yang tahu harga emas akan beli dengan banyak atau dia akan buka kedai emas walaupun banyak perlu dibelanjakan.

Malah, ramai yang di luar kedai emas yang tidak bertandang dalam kedai tersebut untuk lihat-lihat atau beli emas yang bernilai itu.

Begitulah kisahnya dalam kehidupan ini. Ada ramai orang Islam, tetapi belum tentu mampu perolehi iman. Ada lagi ramai yang bukan Islam (5 billion serata dunia) yang tak dapat hidayah Islam dan tak tahu betapa tinggi nilainya Iman (tu yang tak tentu arah tu…)

Mereka yang beriman saja ingin beli/dapatkan iman. Lantaklah apa orang nak kata, yang dia tahu

Dia tahu betapa bernilai emas aka iman, betapa bertuahnya dia dipilih untuk memperoleh ia.

 

Ini sahaja hari ini.

Mungkin ditokok sikit lagi pada esok hari.

Insya-Allah.

Advertisements

One response

  1. Reblogged this on jiwa hamba.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: