Iman itu adalah ghaib

Iman adalah terlalu bernilai.

Nilainya adalah bukan dapat dibandingkan.

Kedudukan bukan suatu bayangan atau sekadar suatu khayalan. Bukan sekadar cakap kosong atau sekadar bincangan kerana putus asa.

Iman itu

Nilainya hanya layak dimiliki oleh para insan yang terdekat di sisiNya.

Hanya mereka yang layak dan tahu apakah ganjaran yang dimiliki oleh mereka. Orang lain yang bukan dari kalangan mereka tidak mampu faham. Hanya tahu tetapi tidak terasa perlu kepadaNya.

Cakaplah sampai berbuih mulut atau sehingga kering gusi, tak akan mampu faham akan nilai iman ini

Tanpa taufik dan hidayah daripada Ilahi.

 

Hal ini kerana

Iman itu perkara yang ghaib. Tiada neraca untuk mengukur, tiada dacing untuk menimbang ia.

Ya ada, hanyalah manusia biasa yang beramal dengan apa yang telah dipandu oleh syariatNya.

Tambahan lagi,

Iman itu adalah anugerah Allah. Syarat pertama untuk memiliki iman, kena mengucap kalimah syahadah. Kedua, barulah diberikan aungerah ini.

Bergantung kepada keinginan sendiri, dan kehendak Ilahi.

 

Balasannya,

Di akhirat nanti. Terlalu besar dan tinggi nikmatnya, langsung tak dapat dibayangkan oleh akal fikiran, pandangan mata, didengar telinga, dan cakap-cakap manusia.

Yang dicerita dalam al-Quran dan hadith nabawi, hanyalah apa yang tergambar di fikiran manusia berdasarkan apa yang telah dilihat mereka, hakikatnya

Bukanlah bayangan dan sekadar itu saja.

 

Mulalah dari rebungnya!

Mendidik iman

Mulakanlah dari langkah pertama. Dari tiada apa-apa atau ada segalanya,

Kesampingkan ia. Kerana iman langsung tidak berkehendak dan memandang kepada itu semua.

Didiklah iman itu di hati setiap manusia, terutama kepada saudara dan keluarga, kerana mereka orang yang terdekat dengan kita.

 

Didiklah iman itu bermula dari rebungnya, (bukan apabila telah keras atau melakukan kesalahan baru ingin bercerita.)

Walaupun iman itu didikan yang tanpa mengira usia dan kedudukan dunia, kenyataannya

Setiap sesuatu bermula dari asasnya.

 

Di kala dunia kelam menjadi cahaya,

Janganlah dilupakan Allah yang sentiasa memberi kehidupan, rezeki, dan memelihara

Dan telah menjadi saksi dan diakui ketika di alam roh sana.

 

Genap usia masih tegap kaki berdiri

Selamat ulang tahun kelahiran pada hari ini

Semoga menjadi anak soleh dan abang yang bertanggungjawab.

Membawa keceriaan dan kegembiraan sehingga hari ini.

 

Jagalah Allah dan kalamullah

Pasti  Allah akan sentiasa bersama dan memelihara kita.

 

Ya Allah,

Pancarkanlah hati yang telah lahir ini dengan cahaya iman dan takwa. Menyebar peribadi yang soleh dan solehah, menjana minda yang sentiasa makrifah kepada-Mu ya Allah.

– Gembira?🙂 semoga ceria dan gembira di hari ini bersama dengan yang lain.🙂

Terima kasih🙂

One response

  1. Reblogged this on .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: