Pendinding Diri

Hari ini daku ingin membicarakan bagaimana nak membentuk diri itu dihalang/terlindung daripada sebarang masalah rohani atau penyakit batiniah (penyakit batiniah bukan bermakna sifat mazmumah, tetapi berkenaan buatan atau bisikan jahat-syaitan atau nafsu manusia).

Jadi,

Teliti terhadap apa yang ingin disampaikan. Kemudian, jika baik untuk orang lain amalkan, sampaikan.

Insya-Allah.

Dalam diri manusia, Allah swt telah menciptakan dua keadaan, satu bersifat jasadiah, iaitu jasmani-lah. Kedua, bersifat rohaniah, iaitu spiritual atau keadaan rohani manusia.

Dalam setiap ilmu perubatan moden, hanya diajar bagaimana ingin mengubati atau merawat penyakit jasadiah. Maka, diciptakan pelbagai jenis peralatan dan ubatan yang memang manusia ini lemah dan mudah dijangkiti penyakit.

Namun, manusia tidak mampu melihat keadaan penyakit rohaniah. Penyakit ini hakikatnya kini, makin lama makin banyak dan parah. Lebih parah dan hampir nazak, ia bersangkut paut dengan akidah dan di ambang jurang kebinasaan dan azab Allah swt.

Nauzubillah.

 

Siapakah rohani?

Di sini daku tidak akan bicarakan akan penyakit jasadiah. Semua ilmu atau penyakit ini boleh rujuk kepada pihak yang berkaitan, doktor, tabib, atau sebagainya. Mereka ada pengetahuan dan kaedah yang tersendiri untuk mengubatinya.

Tetapi di sini daku akan ceritakan keadaan penyakit dan kaedah untuk perubatan penyakit rohaniah. (Jadi, sila beri perhatian dan jangan pandai-pandai tukar channel ya!)

Cuma,

Daku tidak akan olahkan semua dan terlalu detail. Hanya berkaitan pokok atau sumber utama penyakit tersebut, dan sumber utama untuk mengubatinya. (Berkenaan ‘jenis ubat’ dan ‘precaution step’, tiada di sini. Banyak dan macam-macam jenis. Kalau nak, berguru dulu. Hehehe…)

 

Rohani manusia ini Allah telah ciptakan sebelum wujudnya jasmani seseorang anak cucu Adam. Dia menciptakan roh dulu, baru diciptakan jasad seseorang.

 

Roh ini hidup tanpa perlukan jasad. Apabila tiada langsung dokongan, sokongan, atau sesuatu yang selain daripada dirinya, maka roh hanya nampak isi dan intipati ketuhanan.

Kerana itu, roh itu mengaku Allah sebagai tuhannya. Dalam dimensi roh, hanya Allah yang di ‘mata’nya.

Dengar seruan Allah. Melihat kepada Allah. Bercakap dengan Allah. Berfikir tentang Allah.

Ini dimensi atau keadaan wujudnya roh. Tiada sesuatu melainkan Allah sahaja.

“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): “Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”. (al-A’raf :172)

 

Hilangnya pegangan.

Namun,

Apabila diciptakan jasad seseorang anak cucu Adam, di sinilah bermulanya mengenal sesuatu selain Allah.

Tambah lagi (tahu selain Allah), apabila Dia berkehendak untuk mencampakkan manusia itu sebagai khalifah di dunia ini.

Sudahlah dunia diciptakan dengan sifat tipu daya, sia-sia, dan permainan, maka ramailah manusia yang leka, alpa, dan lupa akan Allah yang telah dia mengaku sebagai tuhan dan hanya yang dikenalnya.

Di sinilah bermulanya penyakit rohani. Bermula hilang dimensi rohani.

Rohani manusia itu makin lama makin sakit. Sakitnya tidak nampak sebab itu manusia tak tahu dia sedang sakit. Rohani manusia makin lama makin tenat, dan ada yang terus tertutup dan meninggal sebelum jasadnya meninggal.

Tetapi, disebabkan meninggalnya rohani bukan kekal, maka dia boleh hidup kembali apabila betul jalan dan rawatannya.

 

Rawatan rohani

Baiklah.

Untuk merawat kembali rohani yang telah sakit, parah, dan makin mudarat, kena ingat dan praktikkan tiga perkara ini.

Pertama,senjata utama rohani.Kedua, perisai rohani. Ketiga, accessories (alat) tambahan rohani.

Senjata utama rohani (pedang utama) yang disebutkan ialah ZIKRULLAH. Zikir yang paling agung dan berkesan ialah dakwah menuju kepada Allah.

Tiada langsung musuh (nanti kemudian daku terangkan siapa) yang mampu melawan pedang dakwah. Seseorang yang benar-benar pegang pedang dakwah maka syaitan dan nafsu tidak akan mampu mengawal dan membolak balikkan hatinya.

Perisai rohani yang disebutkan ialah TAKWA KEPADA ALLAH. Mengapa takwa sebagai perisai?

Analoginya begini. Dalam suatu pakaian perang ada perisai yang dipakaikan. Perisai ini akan menahan sebarang serangan dan hentaman yang dari mana-mana arah tujuan. Perisai jua akan menjadi penghalang utama jika tiada pedang di tangan. Dia akan tahan serangan musuh dari merosakkan pusat rohani manusia (siapa? Itulah HATI)

Dan perisai paling kuat dan power menahan segala serangan ialah TAKWA.

Alat tambahan rohani yang disebutkan ialah PUASA IKHLAS KERANA ALLAH.

PUASA jua penting. PUASA ini ibarat BOM atau alat bantu perang yang perlu sentiasa ada dalam diri manusia.

Seseorang yang berpuasa terus penghalang dari musuh untuk datang dekat bagi melancarkan serangan. Tanpa puasa musuh senang-senang datang dekat dan menyerang rohani manusia dan merosakkan pusatnya.

Inilah pentingnya PUASA. Sebaik-baik puasa Isnin dan Khamis setiap bulan.

Jadi,

Tiga perkara ini perlulah seseorang itu pegang dan genggam. Bagaimana nak genggam (sedangkan tak nampak)?

Maka perlukan dua perkara ini. Iaitu

1)      Mujahadah (bersungguh-sungguh mendapat dan mengamalkan ketiga-tiga perkara ini)

2)      Riadah berterusan (banyakkan buat latihan tiga perkara ini sehingga menjadi biasa.)

Dan, musuh yang sentiasa menyerang ada dua.

1)      Syaitan (musuh luar)

2)      Nafsu manusia (musuh dalam)

Yang paling bahaya, musuh dalam. Jika tidak dikawal dan dipatahkan serangannya terlebih dulu, langsung tak perlu pada musuh luar menghantar bantuan.

Apa-apapun sekalipun, semuanya kembali kepada Allah. Dialah yang akan memberikan petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dialah yang akan memberi taufik kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Wallahua’lam.

 

Bersabarlah!

Hakikatnya,

Benda tak nampak ini memang susah nak mengubatinya.

Namun, besar ganjaran dan nilainya di sisi Allah swt.

Sehingga,

Pulanglah roh itu dalam keadaan sejahtera. Mendapat jasad yang baru yang tampan, cantik, gagah, jelita, rupawan dan pelbagai lagi sifat yang terbaik kepada jasadiahnya,

Hanya kepada roh yang pulang dalam keadaan sejahtera.

Inilah balasan Allah terhadap seseorang yang sentiasa melihat, muhajadah, dan bersabar kerana Allah.

Tak mahu diturutkan kehendak nafsu yang enggar perintah Allah dan syaitan yang memang memusuhi manusia sejak diciptakan di alam sana.

(Fikirkanlah sendiri bagaimana keadaan roh yang akan kembali kepada Allah apabila telah sakit dan meninggal di dunia ini. Nauzubillah)

 

Ya Allah,

Peliharalah diri kami dari godaan  nafsu dan syaitan.Kuatkanlah kami untuk sentiasa berada di jalan yang benar dan lurus menuju-Mu ya Allah.

 

–          Nampak macam biasa-biasa kan? Hakikatnya besar nilainya sama ada kepada manusia itu sendiri atau di hari kemudian nanti.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: