Dunia dan akhirat (4)

Tahu tak kenapa daku sentiasa tuliskan antara dua perkara ini?

Kali ini kalau tak silap, dah sesi yang keempat tentang isi dan tajuk yang sama. Jelas, sudah empat kali tajuk dan isu sam diwar-warkan di laman ini.

Jadi, kenapa ye hamba Allah ini menulis perkara yang sama?

Kenapa? Kenapa?

Dan kenapa?

(Jawable sebab dah tanya ini…. tak dengar pun…)

Sebab…

Ada dua perkara.

Pertama, kepada diri sendiri. Hal ini kerana jika tak peringatkan diri sendiri, siapa yang nak peringatkan akan perkara ini kepada hamba Allah ini?

Semua orang sibuk kejar dunia, kejar bukan hanya waktu kerja, termasuk bukan waktunya. OT le, oversea, running sana sini, dan macam-macam lagi. Semuanya untuk kepentingan duniawi. Siapa yang sanggup pergi sana sini untuk kepentingan Allah atau agama yang diredhai? Siapa? Siapa?

Dengan harta yang seberapa ada, dengan diri yang sederhana, dengan tiada apa-apa kehendak terhadap negara dan kepentingan yang wujud dalam negara/tempat tersebut,

Dia pergi dengan seupayanya dan hanya semata-mata ingin menyeru manusia mentauhidkan Allah dan menjadi jalur utusan Allah.

Siapa?

Jadi, daku sendiri kena peringatkan diri sendiri. Susah le nak harapkan orang lain nak betul fikir dan amal kerana betul-betul mengharapkan redha dan tempat terbaik yang telah diciptakan olehNya.

 

Kedua, kepada orang lain.

Orang lain itu maksudnya selain diri penulis inilah. Sesiapa sahaja, asalkan dia manusia.

Manusia ini dah jauh dari amal dan suka diperingat atau memperingatkan tentang agamaNya. Hasilnya, jadilah manusia yang kejar dunia dan kesibukannya, menyebabkan dia ambil lengah dan sambil lewa tentang urusan agama.

“Bila dah azan, nanti pi lah surau.”

“Kamu pergi dululah. Sikit lagi nak siap kerja ini.”

“Nak berceramah pula kat sini…”

Inilah kenyataannya yang berlaku di sekeliling kita. Jika tak kerana ada majlis tazkirah, ceramah kat surau, atau kuliah agama di kelas atau universiti, habis tiada lagi orang nak dengar tentang agama Allah swt.

Jika tak dengar tak apa lagi, kalau tiba-tiba musibah atau azab Allah menimpa macamana?

Puting beliung, taufan, gempa bumi, angin panas, kemarau, banjir kilat, gunung berapi, tsunami, dan lain-lain lagi,

Termasuk perang dan apa-apa jenis seangkatannya,

Adakah manusia yang rencanakan dan aturkan semua?

Manusia yang aturkan dan buat semuanya?

 

Kata tulus dari daku,

Tidak.

Manusia hanya mampu merancang, dan Allah yang menentukan.

 

Kehidupan dan kebenaran.

Hidup ini,

Ada dua kali.

Tak hidup pula,

Pun ada dua kali.

 

Yang tak hidup,

Pertama, ketika manusia dalam kandungan. Dalam kandungan itu maksudnya, sejak dari asbab sperma masuk ke ovum, kemudian berubah menjadi segumpal darah, daging, sehingga ke janin,

Jadi,

Jasad dari tak ada nak dijadikan ada. Baru nak terbentuk. Tak sempurna. Tetapi masih tak hidup lagi.

Sebab ruh tanpa jasad, tak dipanggil hidup la. (ruh itu nak ditiupkan ke mana kalau tanpa jasad?).

 

Kedua,

Ketika jasad dah wujud, dan hidup. Kemudian tak hidup lagi.

Itu ketika di dunia ini. Setelah sampai masa dan terputus habis rezekinya, manusia pun tak hidup lagi.

Ketika ini, jasad dah  terbentuk, tetapi roh sudah dipanggil pergi.

Maka, tidaklah hidup lagi. (ruh pula tak ada tetapi jasad ada, maka tak hidup jua le. Nak hidup, kedua-dua mesti ada).

 

Yang hidup juga, ada dua kali.

Pertama, ketika di atas dunia ini. Hidup la macam mana sekalipun, dia tetap hidup. Kerana ada roh, dan ada jasad. Jadi, hiduplah dia.

Kedua, selepas matinya dia. Selepas mati, manusia akan ditiupkan kembali dengan jasad yang baru mengikut amal perbuatannya.

Jika amal baik, jasad pun baik. Jika amal buruk, jasad pun buruk.

Dan kehidupan yang kedua ini,

Tak akan ada lagi sebab kematian untuknya.

 

Inilah bukti keadilan Allah. Inilah bukti Allah yang Maha Menciptakan, Menghidupkan dan Mematikan.

 

Masalahnya di sini…

Hidup kedua itu tak wujud di pancaindera manusia, dan tak wujud lagi. Masanya tiada sesiapa yang tahu.

Namun, telah disampaikan, diperingatkan, dan diberitahu oleh Kalamullah dan kata-kata baginda Rasulullah SAW.

Disebabkan tak nampak dan tak wujud, maka tiadalah manusia yakin dan percaya kukuh akannya.

Inilah dipanggil buta mata hati. Kesedaran akan kehadiran Ilahi dan berakal dengan kekuasaan Ilahi.

Sebab itulah Alah utuskan rasul dan nabiNya, untuk peringatkan akan perkara ini.

Dan, kerana itulah

Daku menulis akannya di sini.

 

Menulis akan orang lain ambil peringatan dan tanamkan di mana dalam jiwa tujuan sebenar kehidupan, agar orang lain tahu kehidupan itu bukannya sekadar ikut nafsu dan kepentingan alam dunia sahaja, sebaliknya masih jauh dan panjang, ada hisab dan pengiraan, ada imbalan dan ganjaran,

Kemuncaknya, apabila bertemu kembali pemilik jasad dan ruh di alam pengakhiran.

 

Seru lagi dan lagi

Agar setiap apa-apa yang dibuat di atas dunia ini

Adalah sampai tujuan demi kebaikan di akhirat nanti.

 

Kasih sayang, pengharapan, dan keinginan

Bukan sekadar masa yang terlalu singkat, sementara, entah berapa minit dan ketika

Kadang-kadang ada manis dan suka, ada lagi berduka cita, kecewa, dan kekurangannya.

(mungkin hari ini baik, esok lusa belum tentu lagi –inilah berlaku jika hanya mengharapkan kesenangan duniawi.)

 

Sebaliknya

Letakkan segala keinginan, dan pengharapan

Berterusan dan kekal di alam sana.

Yang tiada lagi pengakhiran

Yang Allah seru terbaikkkk!!!! Untuk para hamba-hambaNya yang beriman dan bertakwa.

 

Demi Allah yang Maha Menciptakan, Menghidupkan, dan Mematikan,

Inilah tujuan dan pengharapanku

Yang sentiasa berdoa dan berdoa

Agar kekal dalam hati, fikiran dan hidayah Allah

Agar betul dan lurus jalan kepadaNya.

 

-nak harap kat dunia boleh. (Keperluan fitnah dan sunnahtullah, tak kanlah nak tentang pula.) Tetapi jangan sampai lupa dan tak nampak langsung akan alam akhirat (yang hanya diperoleh apabila niat dan kelakuan menunjukkan ke arah sana.)

-harapkan semata-mata duniawi, rugi nanti…. percayalah kata-kataku, yakinlah pada firman Allah dan rasulNya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: