Dalam Nikmat Itu Ada Tanggungjawab

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani

Bersyukur ke hadratNya

Masih lagi dapat meneruskan kehidupan dengan penuh nilai dan nikmat

Terutama nikmat Islam dan Iman.

Alhamdulillah…

Hari cerah

Segar dan sentosa

Ceria dan gembira

Pembuka kata

 

Alhamdulillah

Limpahan nikmat dan keagungannya

Masih wujud diriku di sini

Menukilkan kalam sederhana

Moga ada ukiran keceriaan dan meraikan kegembiraan di sana.

*****************

Ramai orang telah melupakan hakikat sebenar kehidupan dan mengapakah mereka diciptakan di muka bumi ini. Sekiranya diketahui sekalipun, tidak mampu untuk membuka pintu kesedaran dan kefahaman akan betapa pentingnya hidup ini diteruskan selepas berakhirnya dunia hanyalah sebagai persinggahan.

Di sisi yang Maha Esa, ada tempat yang lebih baik dan lebih mulia buat hambaNya yang beriman dan bertakwa. Tempat mereka, tidak layak dibandingkan segala jenis nikmat yang diciptakan di atas muka bumi ini. Tempat mereka, jauh lebih baik hatta digabungkan sekalian nikmat yang wujud dan terbentuk sejak dunia ini diciptakan lagi.

Perkara ini hanyalah khayalan kepada orang yang tidak kenal Allah. Perkara ini adalah kenyataan kepada orang yang kenal Allah.

Khayalan, kerana mereka tiada untuk beramal hanya mengharapkan. Mungkin ada yang beramal, malangnya amal bukan kepada Dia, kepada selainNya.

Kenyataan, kepada orang yang beramal menurut kehendak dan perintahNya. Beramal, menurut cara yang diajar dan diserukan oleh pesuruhNya, yang merupakan manusia biasa (yang orang lain boleh contohi dan guna sebagai teladan.)

 

Dakwah dan peranan.

Namun,

Dunia ini masih terus berputar dan merentasi zaman.

Rasul dan wahyuNya

Tidak lagi diutuskan.

Tetapi, manusia masih terus dilahirkan dan diciptakan

 

Manusia makin lama makin hilang pedoman. Jauh tersasar dari panduan yang telah dinyatakan dalam haji Baginda SAW yang terakhir, haji wida’.

“Wahai manusia, berpeganglah pada al-Quran dan as-Sunnah, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.”

Manusia lupa dan alpa dengan nikmat dan tipu daya duniawi. Lupa pesanan terakhir yang teramat keramat ini.

Yang tidak sedar, terus lena dibuai mimpi dan asyik dengan segala dosa, godaan nafsu dan syaitan.

Ada yang sedar, tetapi tidak bertemu punca dan kaedah terbaik untuk disampaikan.

 

Yang nyata,

Allah tahu apa yang sedang Dia dilakukan.

Dia pertemukan kembali usaha kenabian kepada hamba pilihanNya.

Maka lahirlah seorang ulama’yang mulia disisiNya, yang hampir di sisiNya, penuh daya fikir dan bimbang akan keselamatan dunia dan akhirat akan keadaan ummat Baginda saw, dipilih oleh Allah untuk menggerakkan kembali usaha dakwah yang mengajak manusia kembali kepada Allah sepertimana semua nabi melakukan kaedah yang sama.

Dakwah Ilallah.

Mentauhidkan Allah. Mengutamakan keyakinan jitu kepada Allah dan janjiNya, dan membuang keyakinan selain daripadaNya.

Menafikan kekuasaan dan kebesaran makhluk, mengisbatkan (memasukkan) kekuasaan dan kebesaran hanya kepada Allah semata-mata.

Jemaah ini terus bergerak dan bergerak, yang menyampaikan hidayah dan taufik untuk mengamalkan agama pula, adalah daripadaNya.

Sehinggalah ke hari ini

Sehingga wujud pada diri ini.

 

Di sinilah nikmat, di sinilah tangungjawab.

Yang  manusia (yang lemah dan tak terdaya) fikirkan,

Sekiranya mengusahakan atas agama, maka akan tinggallah dunia daripada dirinya. Ada juga berpandangan, sekiranya berdakwah, habis lupa akan tangungjawab kepada keluarga, pekerjaan, dan sebagainya.

Ini adalah fikiran orang sesat (dari petunjuk/ kehendak Allah). Fikir macam dibisik Iblis laknatullah dan menurut hawa nafsu. Fikir menurut logik akal lupa yang Allah itu Maha Sempurna, yang tidak ada kurang dan tercela dalam setiap perintah dan laranganNya.

 

Ulama sering berpesan,

Sekiranya mengusahakan ke atas agama, jangan ditinggalkan usaha atas dunia.

Agama itu dijunjung, urusan dunia itu ditangan. Apabila agama itu ingin berbolak balik, kesampingkan urusan dunia dulu, biar agama itu tetap di atas junjungan. Kemudian, peganglah kembali seperti asalan.

Islam jua berpesan,

Sekiranya nak melakukan musafir sesuatu urusan, maka tinggalkan pesanan dan keperluan buat keluarga apabila diperlukan.

Iman jua berpesan,

Pekerjaan itu ibadah.keluarga itu ibadah. Dakwah jua ibadah. Bawa semua menurut cara Allah dan Rasulullah, pasti bawa kejayaan dunia dan akhirat.

Jadi, di manakah kekurangan terhadap manusia usaha atas agamaNya? Malah, jika diikutkan asbab Allah ciptakan manusia sahaja, sudah memadai nak dikatakan manusia itu hanya berhak untuk kembali mengusahakan atas agama Allah s.w.t sahaja.

  Ayat alQuran

(Soalan ringkas dariku, berapa ramai orang yang berjaya kenal Allah, menjaga amal solah, hubungan kasih sayang sesama manusia, dan rindukan akhirat tanpa dia usahakan agamaNya?)

 

Dakwah ini

Adalah suatu kemuliaan. Adalah suatu nikmat terbesar dalam hidup seseorang peribadi yang bernama Islam.

Dakwah manusia kepada Allah

Dialah orang pertama yang akan kembali fikir, amal, dan jiwa untuk bersama denganNya. Dialah orang pertama yang akan betul amal, peribadi, dan menurut sunnah RasulNya yang mulia.

Jika tidak semua, salah satu telah sebati dalam hidupnya.

Maka, bagaimana mungkin tersesat pula sedangkan Rasul Allah sendiri yang berpesan, “peganglah Allah dan as-Sunnah, pasti kamu tidak akan sesat.”

???

Pelik.

Danggal betul kotak pemikiran.

(Walaupun dulu daku tidak buat usaha ini, tetapi tak adalah fikir dan pusing kepala sampai tahap macam ini.- hubbun dunia-)

 

Kenyataannya,

Ini adalah bebanan dan tangungjawab. Ini adalah peranan seorang hamba Allah dan sebagai ummat baginda SAW.

Tanggungjawab yang sangat besar, dan nikmat diterima turut amat besar.

Bukan sekadar berjaya di akhirat, malah turut berjaya dan mengecapi nikmat kebahagiaan di dunia ini lagi.

Lelaki menjadi soleh, taat perintah Allah, rajin bersolah berjemaah, dan bertanggungjawab terhadap keluarga.

Wanita tutup aurat dengan sempurna, taat kepada suami dan ibu bapa, menjaga pergaulan dan tata susila.

Anak-anak lahir generasi yang cintakan  agama, taat kepada kedua orang tua, suka akan masjid dan pengisian rohani, dan menjauhi gejala negatif dan sosialis.

Ini adalah fakta dan bukti.

Apabila seseorang itu bersungguh-sungguh menghidupkan usaha agama dalam dirinya, dan menggerakkan ia dalam ahli keluarganya.

Allah sendiri yang akan ambil tangungjawab memelihara keluarga itu daripada musuh-musuhNya.

 

Usaha atas wanita

Dan,

Di sinilah bermulanya usaha atas wanita.

Mungkin selama ini nampak lelaki sahaja menyeru kalimah tauhid dan berdakwah. Tiada kelibat atau pergerakan manusia dalam usaha yang sama. (Bawah tanah kot)

Sebenarnya,

Wanita adalah kekuatan tersembunyi dan booster di lelaki itu keluar menyeru manusia kepada Allah SWT.

 

Wanita

Telah diciptakan oleh Allah akan suatu kekuatan tersembunyi. Dan, kekuatan itu yang sangat-sangat diperlukan oleh seorang lelaki.

Itulah kekuatan dorongan, sokongan, semangat, dan pandangan yang lelaki sentiasa mencari dan memerlukan ia sama ada pada mental, fizikal, atau rohani.

Mereka tidak mampu pergi jauh atau fikir lebih baik tanpa ada  seorang wanita di sisi.

 

Begitulah jua dalam usaha yang paling besar nikmat dan peranannya ini.

Tiada beza. Malah, mereka sahaja yang mampu membawa anak-anak dan seisi keluarga kepada pengamalan agama yang sempurna.

Hal ini kerana didikan itu bermula di rumah. Dan, sememangnya lelaki tiada langsung keistimewaan ini sekiranya menjadi suri rumah  untuk mendidik anak-anak seperti mana keupayaan seorang wanita di rumahnya.

Kata-kata seorang wanita adalah terlalu bersih dan lebih dekat di hati seorang anak daripada kata-kata seorang lelaki sebagai ayahnya. Inilah hikmah Allah ciptakan kasih sayang dan kerahimannya dalam sifat seorang wanita, yang sentiasa didengari dan dirasai oleh seorang anak akan kata-kata ibunya dan sebati dengan naluri ibunya sejak dari dalam kandungan lagi.

Bukannya sehari, tetapi 9 bulan 10 hari.

 

Kasih sayang dan didikan

Yang sama sekali tidak mampu dan boleh dicapai dari keupayaan yang ada pada seorang lelaki.

(Sungguh! –mode serius-)

 

Kerana itulah

Peranan wanita terlalu penting dalam usaha dakwah Ilallah. Sebuah keluarga yang wujud bi’ah soleh dan solehah

Hanya apabila seorang ibu itu solehah dan penuh di jiwa ingin melihat kebesaran Allah wujud dalam rumahnya.

 

Inilah hikmah Allah  ciptakan

Setiap sesuatu itu ada pasangannya.

 

*****************

 

Wahai diri yang dimuliakan Allah

Selamat ulang tahun kelahiran

 

Biar masa itu terus berputar dan bergerak

Tiada beza nya

Tiada apa yang penting yang perlu diperhatikan kepadanya

 

Selagi ada ketetapan iman dan takwa

Selagi ada Allah yang mengukir di hati

Selagi ada keinginan kepada keredhaan Ilahi

Selagi itulah sentiasa wujud penuh penglihatan dan tatapan

Kerana itulah

Yang sentiasa menjadi harapan dan keinginan

(Kerana inilah yang menjadi milik setiap manusia, yang akan menjadi nilai dan hak untuknya di alam yang kekal sana)

 

Semoga sentiasa ceria, gembira dan dirahmati Allah

Sentiasalah bersama Allah dalam kalamullah dalam doa mulia di sisi Allah

Semoga sentiasa dirahmati, dipelihara dan dikasihi Allah bersama dengan yang lain.

Amin.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: