Kisah Teladan

Tiba-tiba pagi hari ini ada sedikit masalah.

Tak jangka pun. Ingat semua dapat berjalan dengan baik seperti hari-hari lain.

Tak apalah. Semua dalam pengetahuan Allah. Redha sahajalah kan.

 

Jadi, nak kena pi selesaikan problem ini dulu.

Supaya tak lebih berjangkit dan merebak, lebih baik ambil tindakan segera.

Untuk itu, tak sempat nak pikior hari ini. Untuk memenuhi kekosongan daku petik kisah teladan yang mungkin menjadi pengubat rohani.

Insya-Allah.

Dipetik dari: website 1001 kisah teladan (banyak dalam dunia ke-2…)

****************

Kisah pertama: Pemburu Yang Baik Hati

 

Pada zaman dahulu, terdapat seorang pelayan raja bernama Nasiruddin yang begitu gemar sekali berburu. Pada suatu hari ketika dia sedang berburu, Nasiruddin ternampak seekor anak rusa yang cantik sekali.

 

“Anak rusa yang cantik itu bolehlah aku berikan kepada anakku. Mereka tentu sayang kepada anak rusa itu dan menjaganya dengan baik,” kata Nasiruddin dalam hati.

 

Nasiruddin menangkap anak rusa itu dibawanya pulang meninggalkan hutan tempat ia berburu itu. Apabila ibu rusa sedar bahawa anaknya telah ditangkap orang, dia merasa amat terkejut sekali. Oleh kerana amat sedih kerana tidak dapat berbuat apa-apa untuk mendapatkan anaknya kembali, ibu rusa itu mengekori Nasiruddin dari belakang.

 

Sementara itu, Nasiruddin yang asyik menunggang kudanya gembira memikirkan tentang anak yang baru ditangkapnya itu.

 

“Aku telah mendapat seekor anak rusa yang comel. Pasti anak-anakku sambut dengan gembira,” katanya dalam hati.

 

Tiba-tiba Nasiruddin sedar ada sesuatu yang mengekorinya, lalu dia menoleh ke belakang. Ibu rusa itu seolah-olah kelihatan sedih sekali. Ia seolah-olah berkata kepadanya, “Engkau telah menangkap anakku, hai pemburu. Hidup aku tidak ada ertinya lagi kalau kau tangkap anakku itu dari tanganku. Aku rela mati daripada hidup tanpa anak yang ku sayangi.”

 

Nasiruddin merasa kasihan melihat ibu rusa itu lalu melepaskan anak rusa dari pegangannya. Ibu rusa itu terus mendapatkan anaknya itu lalu menjilat-jilatnya, melompat-lompat kegirangan lalu lari semula ke dalam hutan. Sebelum menghilang, ibu rusa itu sempat menoleh ke belakang sebagai tanda mengucapkan terima kasih terhadap Nasiruddin.

 

Pada malam itu, Nasiruddin bermimpi bahawa Nabi Muhammad datang menemuinya.

 

“Hai Nasiruddin,” Nabi berkata. “Allah telah meletakkan namamu dalam senarai Raja dan engkau akan menjadi Raja,” Nabi memberitahunya.

 

“Jagalah kerajaanmu itu. Kerajaan ini juga menjadi satu ujian kepada engkau. Sebagaimana engkau memperlihatkan belas kasihanmu kepada ibu rusa maka engkau hendaklah juga berlaku ihsan dan baik terhadap sekalian manusia yang menjadi rakyatmu itu. Ingatlah Nasiruddin, jangan sekali engkau abaikan tanggungjawabmu terhadap rakyatmu,” kata Nabi lagi.

 

Mimpi Nasiruddin itu menjadi kenyataan.  Dia akhirnya menjadi Raja Ghazi, satu wilayah di Afghanistan sekarang.

 

Kisah kedua: Restu Ibu Imam Syafie

Sejak kecil, Imam Syafie telah hafal al-Quran dan banyak hadis. Jika mendengar ada guru datang mengajar, dia segera pergi bagi menimba ilmu. Ketika berusia 14 tahun, Imam Syafie menyatakan hasrat kepada ibunya tentang keinginannya untuk merantau bagi menambahkan ilmu.

Pada mulanya, ibunya merasa berat untuk melepaskan kerana Syafie adalah satu-satunya harapan ibunya untuk menjaganya di hari tua. Demi ketaatan dan kasih sayang Syafi’e kepada ibunya, dia membatalkan keinginannya itu. Akhirnya ibunya mengizinkan Syafi’e merantau bagi menambah ilmu pengetahuan.

Sebelumnya melepaskan anaknya, maka ibunya berdoa, “Ya Allah Tuhan yang menguasai seluruh Alam! Anakku ini akan meninggalkan aku untuk berjalan jauh, menuju keredhaanMu. Aku rela melepaskannya untuk menuntut pengetahuan peninggalan PesuruhMu. Oleh kerana itu aku bermohon kepadaMu, ya Allah agar dipermudahkan urusannya. Peliharakanlah keselamatannya, panjangkanlah umurnya agar aku dapat melihat kepulangannya nanti dengan dada yang penuh dengan ilmu yang berguna. Amin!”

Selesainya berdoa ibunya memeluk Syafie yang kecil dengan penuh kasih sayang dan dengan linangan air mata kerana sedih untuk berpisah.

“Pergilah anakku. Allah bersamamu! Insya-Allah engkau akan menjadi bintang ilmu yang paling gemerlapan dikemudian hari. Pergilah sekarang kerana ibu telah redha melepaskanmu. Ingatlah bahwa Allah itulah sebaik-baik tempat untuk memohon perlindungan.”

Selepas ibunya berdoakan, Syafi’e mencium tangan ibunya dan mengucapkan selamat tinggal. Dia meninggalkan ibu yang sangat dikasihinya dengan hati yang pilu dan mengharapkan ibu sentiasa mendoakan kesejahteraannya dalam menuntut ilmu.

Oleh kerana kehidupannya yang sangat miskin, maka Syafi’e berangkat dengan tidak membawa bekalan wang, kecuali dengan berbekalkan doa ibunya dan cita-cita yang teguh untuk menambah ilmu sambil bertawakkal kepada Allah.

Ketika mengingati kisah ini, Imam Syafie berkata, “Sesekali aku menoleh kebelakang untuk melambaikan tangan kepada ibuku. Dia masih berada perkarangan rumah sambil memperhatikan aku. Lama-kelamaan wajah ibu menjadi samar ditelan kabus pagi. Aku meninggalkan kota Makkah yang penuh barakah tanpa membawa sedikit pun bekalan wang. Apa yang menjadi bekalan bagi diriku hanyalah Iman yang teguh dan hati yang penuh tawakkal kepada Allah serta doa restu ibuku sahaja. Aku serahkan diriku kepada Allah seru sekalian Alam.”

 

Kisah ketiga: Soalan Jibril Kepada Kerbau, Kelawar Dan Cacing

Pada suatu hari, Allah memerintahkan malaikat Jibril menemui seekor kerbau dan meminta dia bertanya satu soalan kepada kerbau itu. Malaikat Jibril segera pergi mematuhi perintah itu.

Pada waktu siang yang panas itu, si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril mendekatinya lalu bertanya, “Hai kerbau, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah sebagai seekor kerbau?”

Si kerbau menjawab, “Masya Allah! Alhamdulillah, Aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau. Ini sangat berbeza jika aku dijadikan sebagai seekor kelawar yang mandi dengan air kencingnya sendiri.”

Mendengar jawapan itu, malaikat Jibril segera pergi menemui seekor kelawar yang pada ketika itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua.

Kemudian dia bertanya, “Hai kelawar, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah sebagai seekor kelawar?”

“Masya Allah! Alhamdulillah. Aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar daripada dijadikanku seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, dan berjalan menggunakan perutnya,”jawab si kelawar.

Mendengar jawaban itu, malaikat Jibril segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Lalu Jibril bertanya kepada si cacing, “Wahai cacing yang kecil. Apakah kamu selesa dijadikan Allah sebagai seekor cacing?”

Si cacing menjawab, “Masya Allah, Alhamdulillah! Aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing daripada dijadikanku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal, ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: