Al-Quran Dan Kehidupan.

Alhamdulillah, bersyukur dengan nikmat hidup ini,

Masih lagi dapat terus bernafas, menghirup udara segar, pemandangan (selain daripada manusia) indah dan permai, suasana aman dan sentosa.

Bunyian unggas, air yang mengalir, awan yang berarak, haiwan melata dan berterbangan,

Semuanya keindahan penciptaan alam dan tanda kebesaran Allah.

Selain daripada manusia, yang alpa dan leka dengan mengejar keinginan hawa nafsu, bertelagah, mencari masalah, mengutuk, mengeji, menghina, memuja sesama sendiri, dan kecelaan sifat mengharapkan mahkluk,

Adalah terlalu indah dan sentosa dunia ini dengan kehadiran dan penciptaan makhluk Allah yang lain.

Ada yang suka main kucing, ada yang suka beriadah di taman dan tasik, ada yang suka berkunjung ke desa atau kampung, ada jua yang suka masuk hutan, panjat gunung, dan ada yang suka berkelah di lata atau air terjun.

Semuanya kerana suasana yang jauh dari sifat loba dan tamak makhluk merebut keinginan nafsu mereka. Semuanya kerana tiada satu pun kewujudan hiruk pikuk kelibat dan ragam manusia kerana cinta dan mengejar dunia (lalai daripada mengingati Allah)

Selain daripada sifat dan kewujudan manusia,

Inilah manifestasi syurga Allah. Manifestasi yang terlalu kecil, secotek, dan tiada bandingan, yang disebut dalam kitabulah aka. Kalamullah.

 

Al-Quran kekal dalam kekuasaanNya.

Allah SWT telah menyampaikan suatu petunjuk kepada manusia akan hakikat kehidupan dan kebenaran Dia  sebagai pencipta. Bagaimana manusia iaitu makhluk yang diciptakan sebaik-baik penciptaan boleh sentiasa mengenali Dia, dan tahu di manakah matlamat dan hala tuju mereka.

Inilah nilai dan mengapa al-Quran itu diturunkan. Hal ini kerana, dalam ketetapanNya, tiada lagi Rasul atau Nabi yang akan datang untuk menyampaikan berita dan kebenaran daripada Allah.

Maka, al-Quran yang serba lengkap, baik, penuh dengan pengajaran, kisah, tauladan, dan kesedaran disampaikan melalui lidah Rasulullah SAW dengan pengantaraan Jibril as.

Setelah baginda wafat, telah wujud dalam ketetapanNya bahawa al-Quran itu akan dikumpul dan dinaskahkan. Berkat fikir dan kerisauan para sabahat yang diredhai dan dekat hubungan denganNya, maka usaha mengumpulkan alQuran dilakukan sehinggalah naskah seperti hati ini.

Yang tidak mampu ditelek atau diteliti oleh akal fikiran manusia yang lemah ini,

Allah telah  menciptakan kalamNya itu sampai hari ini,

Tiada sesiapa yang benar-benar berkuasa dan begitu kuat pengaruhNya untuk mempertahan dan mendaulatkan al-Quran dari sebarang pindaan.

Sudah lebih 1400 H RasulNya yang terakhir meninggalkan dunia ini. Tetapi, kalamNya masih terpelihara dan asli seperti zaman baginda sehinggalah hari ini.

Inilah manifestasi janji Allah akan peliharaan kalamNya oleh zatNya sendiri. Tanpa perlu sebarang makhluk dan asbab, untuk mengambil tangungjawab memelihara akannya.

Kitab Taurat diubah kepada talmud, kitab injil diubah kepada bible. Buku sekolah setiap tahun dikaji dan diubah silibusnya, buku agama setiap masa ada pembaharuan dan cetakan edisi terkini mengikut perkembangan dan kemahuan manusia.

Tetapi, al-Quran yang merentasi zaman, masa, dan keadaan, tetap sama di mana-mana jua hatta di negara Afrika dan benua Antartika.

Terbukti,

Tiada sesuatu yang dapat menyangkal kekuasaanNya. Tiada sesiapa yang boleh menghalang daripada kehendakNya.

 

Keteguhan kalamNya.

Malangnya,

Kini kalam yang terlalu agung dan penuh dengan petunjuk ini makin lama ditinggalkan manusia.

Ditinggalkan oleh orang yang sepatutnya menerima dan membaca, agaknya bagaimana keadaan mereka.

Sebagai contoh, seekor kucing yang tak ada teman, ibu dan bapa kucing, agak-agak bagaimana keadaannya?

Sama ada melilau terus mencari, tanpa hala tuju, atau pendek sikit, terus tiada kekuatan dan mati.

 

Begitulah jua manusia.

Apabila manusia itu hilang pedoman dan keinginan dari mentelaah, membaca, memahami, dan mengamalkan intisari al-Quran,

Maka beginilah jadinya manusia hari ini.

Tak mahu cakap, perhatikanlah sendiri. Keadaan mereka sama seperti kucing tadi. Yang lebih teruk, langsung sanggup matikan diri sendiri. Nauzubillahiminzalik.

Kehidupan tanpa roh al-Quran.

Ada ketikanya, daku membaca dan meneliti intisari al-Quran. Ada ketikanya daku menyampaikan kepada orang lain sebagai tangungjawab orang yang belajar dan menyampaikan al-Quran.

Sungguh, diperhatikan satu persatu orang yang diajarkan dan ditemui,

Mereka terlalu jauh dan tiada lagi  pengangan kukuh tentang ketauhidan dan keimanan kepada Ilahi.

Tidak langsung berkeinginan, suka, dan merenung dalam apa yang terdapat dalam din yang mulia, apatah lagi terdapat dalam kalamNya.

 

Sehingga boleh dikatakan,

Seseorang itu mungkin masih mampu bersolah, tetapi belum mampu untuk membuka dan membaca kalamNya.

Dan, seseorang yang suka membaca al-Quran, sudah pasti dia boleh meneliti dan bersolah (kerana itu adalah tuntutan di dalamnya.)

 

Ketika itu, azamku.

Akan terus lagi dan lagi mendidik mereka ini dengan nilai sebenar dan roh yang terdapat dalam kalamNya.

Dicuba dengan taufik dan petunjukNya. Sesekali tidak mungkin dengan keupayaan sendiri dan fikiran akal yang lemah ketara.

Mendidik mereka akan kisah dan kebenaran al-Quran, betapa banyak teladan dan cerita tentang nabi dan Rasul sebagai teladan, mengenali hakikat dunia dan akhirat, menanam kecintaan dan keinginan yang mendalam akan kalamNya apatah lagi agamaNya yang mulia.

Setelah lama jangka masa mendidik,

Alhamdulillah, nampak perubahan dan apa yang tertanam dalam jiwa mereka. Bukan sekadar pandai membaca, tetapi telah suka dan prihatin akan nilai dan perintah Allah SWT kepada manusia.

(cuba bayangkan, jika setiap hari membaca dan menyampaikan kebenaran dalam kalamNya, bagaimana keadaan manusia?)

 

Namun,

Al-Quran itu perlu bermula ditanam di dalam hati yang masih kecil, bersih, tiada selaput maksiat,dosa, dan masih mencari- cari nilai kehidupan.

Apabila telah membesar dan dewasa, baru ingin pelajari dan dihayati kalamNya,

Masih tidak terlambat, tetapi tidak dapat teguh dan istiqamah lagi untuk sentiasa mengamalkan jika tanpa taufik dariNya.

Kerana,

Hati itu telah dipenuhi kotor-kotoran duniawi, suka akan dosa dan kemaksiatan, penuh calar balar oleh perbuatan sendiri dan orang lain yang bukan dalam keredhaanNYa.

(banyak masa yang diperlukan. Bukan itu sahaja, ideologi dan entah mana pemikiran akan rosakkan lagi hubungan yang benar al-Quran kepada Allah)

 

Maka,

Jika inginkan 10 orang ahli keluarga dikeluarkan daripada nerakaNya,

Maka didiklah manusia menjadi hafiz/hafizah, kerana mereka akan menyampaikan syafaat kepada 10 ahli keluarga mereka.

 

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui, manusia tidak mengetahui.

-menyedari, betapa bernilainya harga ikhlas, berbanding keinginan pada harta yang tak seberapa dan hanya untuk sementara.

 

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: