Ujian itu bimbingan Allah

Sejak akhir-akhir ini tiada idea untuk menulis.

Entahlah. Mungkin terlalu sibuk dengan hal ehwal lain. Sehingga tidak dapat bagi masa yang terbaik untuk berfikir dan beri perhatian kepada  penulisan.

 

Menulis ini perlukan masa yang betul-betul cukup. Tak boleh terlalu tergesa-gesa dan tidak boleh terlalu lama.

Kalau tergesa-gesa, nanti idea tidak keluar, kalau terlalu lama, nanti melalut pula.

Hhmmm…

Mungkin disebabkan masih lagi tidak letakkan focus tertentu dalam fikiran dan hati. Tidak betul-betul meletakkan tangungjawab dan bebanan agar sentiasa berada di atas jalan yang lurus.

 

Kehidupan  yang lurus

Hidup ini,

Sememangnya sangat susah dan terlalu banyak ujian yang menimpa untuk menjadikan diri yang beriman dan bertakwa.

Ah… lihatlah sendiri lagat dan ragam dunia. Pasti setiap orang akan mengiyakan dan menggangguk kepala.

Tidak perlu berfikir lama dan mencari-cari, sudah terpampang di depan mata.

 

Sebab itulah,

Sentiasa diri ini yang lemah dan tidak  berdaya menulis dan terus menulis akanperkara ini.

Betapa sulit dan rumit

Untuk sentiasa menghadam dalam diri sendiri agar tidak berpaling dari paksi Ilahi.

Selalu kena lawan keinginan nafsu, lawan bisikan syaitan, lawan kehendak manusia, lawan keindahan sementara duniawi.

Bersabar dan terus bersabar, sehingga tiada lagi berkeinginan dan bukan itu lagi yang terdapat di hati.

 

Sehingga betul-betul tidak lagi ternampak dan terlihat di hati.

 

Ujian dan bimbingan Allah.

Sungguhpun begitu,

Apabila telah bertekad dan kuat keazaman seseorang itu untuk terus berubah,

Maka Allah mula melancarkan ujian untuk melihat kesungguhan, dan bentuk keimanan kepadaNya.

 

Hikmahnya,

Jika si hamba berjaya dalam ujian tersebut,

Maka imannya menjadi semakin mantap dan teguh,

Tidak lagi terkesan dengan godaan dan keadaan mengoncangkan imannya.

 

Ibarat hanya seperti sampah dan tidak ada apa-apa kehendak kepadanya,

Walaupun dulu itulah sentiasa diperhati dan letakkan keinginan kepadaNYa.

 

Kunci kejayaan ujian Allah,

Apabila seseorang itu sentiasa bersabar  dan  melihat kepada Allah,

Apabila menerima ujian sama ada perkara itu menyenangkan (syahwat) atau menyusahkan (musibah).

 

Paksi letak ujian Allah adalah pada nafsu yang diciptakan

Jika dia berjaya merentasi dan tidak peduli

Maka dialah orang yang berjaya di sisi Allah

Dan inilah kemuncak kejayaan yang Allah inginkan kepada hambaNya

 

Moga sentiasa doakan daku

Daku ingin berubah menurut acuan Ilahi.

Biarpun sukar dan  perit dirasai ketika ini

Daku akan teruskan jua

Kerana sentiasa dirasakan telah menjadi lebih baik daripada kehidupan dulu yang pernah dilalui.

Terima kasih ya Allah… terima kasih… aku benar-benar bersyukur kepadaMu…

 

Sentiasa melihat pada diri dan doa menjadikan kekuatan  untuk mengharungi setiap ujian dan halangan yan perlu dilepasi.

Moga sentiasa sihat, baik, dan ceria bersama dengan yang lain. MOga Allah sentiasa bersama dan memudahkan setiap urusan dalam kehidupan.

Amin.

 

Ya Allah

Walau apapun yang Engkau bina dan Engkau beri

Jangan Engkau padamkan pandangan mata dan hati untuk sentiasa melihat kepadaMu.

Sekiranya tiada kemampuan pada hambaMu

Maka Engkaulah yang berikan kekuatan untuk melepasi ujianMu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: