Nilai takwa dalam kehidupan (1).
Hari ini,
Penulis ini ingin meneruskan perbincangan berkenaan takwa bersama para pembaca. Supaya ramai orang dapat mengetahui akan keistimewaan dan kelebihan sifat ini, seterusnya cuba untuk lebih mengenali dfan mendalami agar terasa ingin menggapai ia terus dalam diri.
Moga Allah memberikan kita sama-sama untuk memperoleh sifat ini.

Apakah takwa?

Sebelum memulakan perbincangan lebih lanjut, daku ingin bertanya,

Apakah itu takwa?
Fikirkan dulu sebelum terus melihat pada jawapan yang tertera.
…………….
……………
…………….

Baiklah.
Dah sedia jawapan sendiri dalam kepala? Kalau tak mahu sediakan jawapan di dalam kepala, anda sebenarnya tidak layak lagi untuk meneruskan perbincangan ini.

Kerana,
Cuba mencari jawapan itu adalah kunci pertama kepada sifat ini. Jika tiada langsung usaha untuk mencari, berfikir, dan membawa persoalan akan nilai ini, maka
ANDA BELUM BERSEDIA UNTUK MENGETAHUI TENTANG TAKWA.

Baik,
Tanpa membuang lebih banyak masa, kita teruskan perbincangan ini.

Apakah itu takwa?
Takwa ini banyak definisinya.

Jika ditanya pada orang masakan, dia kata, “Taqua? Ada.ada. yang warna putih yang lembut-lembut itu, taqua lah.”
Jika ditanya pada pengkritik masakan, dia kata, “tauwa? Huh… biasalah. Orang tak pandai masak, kuranmg garam, lebih air, jadi tauwa-lah.”
Jika ditanya pada atlet sukan, dia kata, “Eh.. minta maaf. Anda tersalah sebut ni. Bukan takwa, takraw lah.”
Jika ditanya orang malas fikir, dia kata, “tak tau-lah…”

Sekarang, dah jadi macam-macam jawapan pada takwa. Jadi, yang mana satu betul ni?
Jawapannya,
Semua salah.

Takwa ini sebenarnya dari perkataan bahasa arab. Hurufnya, “ta. Qaf, wa, dan ya.” Makna bahasa dan istilah, carilah sendiri. (berusaha! Jangan malas!~)

Sahabat Rasulullah s.a.w telah merungkai perbahasan yang tersendiri pada definisi takwa. Mereka tidak sibuk-sibuk tentang hanya mencari makan disebalik definisi takwa, tetapi mereka sibuk bagaimana nak membentuk sifat takwa dalam diri. (cuka teka, mana lebih penting, mencari definisi tak habis-habis, atau amal walaupunj sedikit?)

Suatu hari, Saidina Umar al-Khattab r.a. bertanya kepada sahabatnya, Abu Ubaidah r.a. “Wahai saudaraku, apakah itu takwa?”
Maka, dia menjawab, “Takwa itu ialah berhati-hati.”

Takwa ini sebenarnya satu sifat mulia. Sifat ini merangkumi pada dua sifat utama. Dua sifat ini jika wujud pada diri seseorang, maka baru wujud sifat takwa.
Dua sifat itu ialah,
1) Sifat takut.
2) Sifat taat

Kedua-dua sifat ini dihubungkan oleh satu lagi sifat. Sifat ini dinamakan,
Sifat harap.

Kerana takut kepada Allah, seseorang itu berusaha untuk taat kepadaNya. Taat yang permulaan, membawa kepada pengharapan. Penmgharapan agar diampunkan segala dosa, dihindarkan daripada bala, bencana, azab, musibah, dan siksaan api neraka. Dengan perasaan takut yang berterusan, maka tinggilah pengharapan untuk taat kepada Allah.

Taat yang kedua, dinamakan taat kecintaan. Taat kecintaan ini yang menaikkan darjat seseorang itu kepada takwa yang sebenar. Tidak goyah dan terjun lagi, ke martabat yang lebih rendah dan biasa orang kebanyakan yang tidak berusaha menggapai sifat takwa.

Permulaan darjat manusia di sisi Allah ialah orang muslim. Setelah muslim, menjadi orang beriman (mukmin). Setelah mukmin, menjadi muttaqin (orang bertakwa).
Setiap darjat ada ciri dan kecenderungan yang wujud pada peribadi orang tersebut. Tak akan sama, malah boileh dikenali perbezaan, sekiranya seseorang itu benar-benar mengenali erti Islam dan Iman dalam jiwanya. (tak dapat dihuraikan, kerana tidak penting dan meleret nanti).

Taat kecintaan masih bermula pada sifat takut kepada kekuasaan dan kebesaran Allah.Namun, ketaatan kerana pengharapannya kali ini telah berbeza.

Pengharapan bukan lagi sekadar lingkungan asbab dosa dan kekurangan. Perkara ini masih lagi dilihat dan diperhati, kerana tiada manusia yang sempurna melainkan kekasihnya, Nabi Muhammad s.a.w. Malah, perhatian itu telah menjadi rutin dan sentiasa dimuhasabah agar jauh dan hindar dari segala dosa dan kemaksiatan.

Pengharapan kali ini merupakan kasih sayang, kecintaan, dan takut-takut Allah itu hilang dari hatinya, seperti dirinya yang jahil dulu. Kasih sayang yang bukan sekadar minta dibalas dan kecintaan bukan sekadar lafaz, tetapi kasih sayang dan kecintaan dipinta agar sentiasa dalam perlindungan, perhatian, dan petunjuk. Kecintaan yang panjang dibuktikan dalam doa dan ibadah melihat kepada hanya kerana Dia.

Seperti telah melihat Allah itu sedang melihat dirinya sedang menghadap dan meminta kepadaNya.

Inilah asas pada jalan cahaya yang dilalui. Yang tidak dapat dinilai dengan pancaindera,akal fikiran, atau bahan bacaan.

Tetapi melalui hati yang sentiasa mengharap dan mendapat petunjuk dan taufik Ilahi, bagi hamba yang benar-benar ingin mengetahui, mengenali, dan menjalani.

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.” (al-Ankabut:69)
-bersambung-

One response

  1. Reblogged this on jiwa hamba.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: