Takwa dalam kehidupan (2)

Hari ini, kita akan sambung perbincangan berkenaan takwa daripada artikel terdahulu.

Tidak ramai orang yang benar-benar mencari akan nilkai dan makna takwa. Hal ini banyak faktorn ya. Antara faktor yang paling ketara ialah bagaimana ingin meyakini akan perkara yang tidak nampak? Apakah nilainya sama jika dibandingkan dengan nilaqi mata wang, emas, atau permata?

Inilah takwa. Ia memang tidak nampak. Orang yang bercakap tentangnya pun belum kenal akan apakah itu takwa.
Mereka hanya boleh berkata, berdasarkan keyakinan yang terbina dalam diri mereka sahaja.

Pembinaan keyakinan
Pada setiap orang, pasti ada jalan hidup, dan tata cara kehidupan yang berbeza daripada manusia yang lain.

Orang A berjaya sampai peringkat universiti UKM. Bersekolah di SMN, dapat gred bagus, rakan yang baik, kondisi yang selesa, keluarga yang ceria, dan usaha yang dilakukan berjaya menempa kejayaan.

Orang B juga berjaya sampai ke universiti, tetapi universiti UUOMU. Bersekolah di SMK, gred biasa, rakan yang pelbagai, keluarga yang tidak beberapa ceria, dan usaha yang dilakukan tidak seberapa.

Orang C ingin cuba untuk menjadi seperti orang A. Tetapi, tak sama dan tak dapat capai tempat seperti orang A.
Inilah perancangan, tetapi belum tentu tercapai seperti yang dirancangkan.

Hakikatnya, manusia itu hanya mampu merancang untuk tempat dirinya sahaja lebih baik. Kalau nak jadi macam betul-betul kehidupan orang tersebut,
Kena cari orang mesin cipta orang lah.

Begitu juga dalam pembinaan keyakinan.
Tidak semua orang dapat keyakinan yang sama, walaupun kaedah yang dilalui adalah sama.
Kunci (perbezaan ini) nya, PERANCANGAN MANUSIA TIDAK MENENTUKAN IA.

Kerana tidak samalah, ada orang cerita jalan dia begini, orang itu pula cerita pengalamannya begini, walaupun topik dan perkara yang dibincangkan itu adalah sama. Bagi orang yang mendengar, dia tak boleh kata, “Aku pun nak dapat macam dia jika aku melakukan perkara yang serupa.” Sebaliknya dia hanya boleh berkata, “Ya, bila aku sedia lakukan, pasti akan ada kejayaan seperti kata-katanya itu.”
Mereka hanyalah pencetus inspirasi dan teladan pada pembinaan keyakinan. Bila yakin terbina kepada hal-hal yang didengari dan diketahui, maka jitulah ia pada kedudukannya.

Keyakinan pada takwa itu terbina dalam tiga jenis keadaan.
1) Keyakinan pada ilmu yakin.
Yakin pada peringkat ini menyatakan akan seseorang itu yakin dengan apa yang diketahui seperti dicerita atau didengari dari orang lain. Atau boleh juga terbina yakin ini melalui bahan bacaan atau pergi menuntut ilmu sehingga terbina yakin akan kebenaran perkara tersebut untuk terjadi.

2) Keyakinan pada ainul yakin.
Yakin pada peringkat ini menyatakan akan pembinaan keyakinan pada seseorang itu apabila telah dilihat sendiri dengan mata kasar akan terjadinya perkara tersebut. Ia terjadi melalui pelbagai pengalaman yang dilalui dan peristiwa yang berlaku pada dirinya sendiri, sehingga terbina benar yakin akan telah terjadinya perkara tersebut di hadapan matanya.

3) Keyakinan pada haqqul yakin.
Yakin ini adalah peringkat keyakinan yang mutlak. Ia tidak lagi goyah dan berpatah balik. Hal ini kerana segala ilmu telah diketahui, segala mata dan anggota lain telah melihat dan merasai, dan sesuatu perkara yang dirinya sendiri saja tahu telah menjadi bukti.
Akan perkara yang diketahui sendiri olehnya, hanyalah kelebihan yang dikurniakan Allah kepada dirinya. Hatta, sekiranya diceritakan kepada orang lain, mereka tidak akan mampu rasa dan berkeyakinan seperti mana yang dirasakannya olehnya.
Sebagai contoh, ilham, wahyu, dan mukjizat yang diberikan khusus kepada orang yang khusus.

Itulah secara umum definisi yakin pada nilai takwa. Ada orang hanya merasakan percikan takwa. Merekalah pada peringkat pertama. Bila-bila masa boleh jatuh apabila tidak berterusan dalam percikan tersebut. Ada orang telah berusaha dan merasakan percikan tesebut dan melihat kebenarannya, tetapi jua boleh bila-bila masa terjatuh pada nilai tersebut apabila ada perkara yang merosakkan takwa dari berterusan pada dirinya. Ada orang pula dan benar-benar yakin pada nilai tersebut, tetapi kerana wujud sifat yang tercela dari dalam dirinya yang masih tidak diatasi, bila-bila masa sahaja takwa itu akan rosak daripada peribadinya.

Inilah pada keadaan manusia, tetapi semua perkara yang berlaku dalam pengetahuan dan keizinan Allah taala.

(akan perkara yang merosakkan takwa-punca, sebab, bagaimana mengatasi, dan sifat-sifat tercela yang merosakkan kewujudan takwa, di artikel lain akan dibincagkan. Insya-Allah)

Banyakkanlah berdoa, merenung, dan sentiasa berusaha menggapai takwa dalam diri, agar Allah sentiasa memberikan petunjuk dan memudahakan jalan bagi menuju kepada hambaNya yang bertakwa.

Taat dan takut.

Ini adalah sedikit sedutan dari artikel terdahulu, dan dikaitkan dengan topik ini. Artikel terdahulu menyataakn akan perkara asas atau pokok asas dalam takwa, iaitu pada dua perkara; takut dan taat. Mula-mula terbina takut dulu, kemudian taat. Perkara yang menghubungkan ialah sifat harap. Harap menghubungkan sifat takut kepada taat. Harap menghubungkan sifat taat kepada redha Allah (kewujudan cinta pada Ilahi).

Manakala pada artikel ini dibincakan martabat takwa dalam diri. Peringkat pembinaan takwa sahaja berbeza, tetapi asas pada takwa tetap sama.
Ini adalah penerangan pada artikel kali ini.

Semoga bermanfaat, dan insya-Allah akan bersambung di lain kali.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: