Terkesan dengan kata-kata?

Kadang-kadang tentu terasa marah, kecewa, dan sedih,
Kadang-kadang rasa gembira, ceria, dan menyeronokkan,
Hanyaalah pada nilai dan kata-kata yang diluahkan seseorang.

“Ali, aku lihat hari ini kamu makin handsomelah. Nak pergi ke mana-mana ke?”
“Wani, beruntung kamu ya. Dapat teman yang baik, kacak, berjaya, dan pandai ambil hati kamu.”
“Ajis, tahniah! Kamu telah berjaya dapat 9A pada SPM tahun ini!”

Ini merupakan ungkapan seseorang kepada seseorang yang lain membuatkan seseorang itu gembira dan tersenyum bangga. Rasa tambah bahagia apabila diungkapkan setelah bahagia sendiri-sendiri kerana usaha yang telah dilakukan untuk mencapai perkara tersebut.

Bagaimana pula kalu orang mengungkapkan macam ini:
“Li, kamu tak ada otak ke? Kerja mudah macam ni pun tak boleh buat. Suruh apek tepi jalan pun pandai!”
“Cik, encik ada 1 bulan saja harapan untuk sembuh, sekiranya tidak encik kehidupan encik belum tentu lagi.”
“Hek eleh, takat pergi belajar benda tu, sapa-sapa pun boleh. Orang sekrang tak pandanglah. pergi buat benda lain lah lagi baik.”
“Kamu ingat dia minat kat kamu ke? Jangan perasan lah.”

Bagaimana, pedih tak bunyi pada orang yang ditujukan kata-kata tersebut? (nak pedih lagi, tambah cili api kat mulut sendiri)
Jika setakat satu patah ungkapan tak apa lagi. Ini berjela-jela, tak tahu bila nak berhenti.
Kalau mood baik boleh lagi. Kalau tak, ada orang yang rumah senget sebelah selepas ini.

Jadi,
Mulut itu memang lebih tajam dari mata pedang.
Perhatikanlah pada mulut sendiri, bagi mengelakkan mudarat yang menimpa nanti.
Tidak kat dunia ini, akhirat dah tentu pasti.

(tambah-tambah orang melayu, lagi lah mudah terasa. Cakap sikit, dah panjang muka. Sensitif lebih –tak mahu jumpa/kawan dah sampai bila-bila. Haha….)

Pedulikan saja… tiada manfaat pun.
Jadi, tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Janganlah dirisaukan akan cemuhan manusia. Mereka tidak akan memudaratkan tuan-tuan dan puan-puan, walaupun terlalu pedih dan sadis dalam kata-kata mereka.

Pedih itu kerana setiap manusia itu diciptakan dengan perasaan. Jadi, memang patut pun ada tetapi nak terlalu berat nak merawat ia kerana berlaku pada dalam diri, bukan luaran yang menjadi ukuran.

Seseorang berkata, “lebih baik luka di luar, daripada luka di dalam.” Betul, luka luar bila sampai masa, insya-Allah sembuh. Luka dalam, entah bila nak sembuh.

Walaupun tidak memudaratkan seperti kena TB, diabetis (sampai potong kaki) atau sakit jantung, tetapi pasti terasa betapa kata-kata itu meninggalkan kesan berbisa pada badan yang kena.

Kepada sesiapa yang mengungkapkan, mungkin mulutnya sudah biasa. Tetapi, adakah sebab mulut itu terselamat di sana?

Kepada orang yang kena, jangan risau, tiada sesuatu yang memudaratkan dan memberi manfaat daripada kata-kata manusia. Walaupun pedih terasa, tetapi sikit pun tiada memudaratkan untuk anda. Apabila dah penat lidah menyembur air liur, berhentilah ia. Mungkin disambung di lain kali, biarkanlah mereka. Bersabar dan mengharapkan terbaik daripadaNya (sabar bukan bermakna lemah,diam tak bermaya tetapi tahu untuk melakukan mana yang terbaik. Tidak kerana menurut hawa nafsu, tetapi menurut ketetapan dan yang lebih baik di sisi Allah). Yang dapat ganjaran ialah anda, yang dapat dosa (mencemuh, mengeji, melemparkan kata-kata kesat, dan lain-lain dosa lidah) ialah mereka.

Yang penting, kalau silap dan salah, kenalah ubah (tak mahu ubah, memang salah anda). Jika betul dan benar, jangan dipedulikan celaan mereka, kerana mereka bukan diri anda. Mereka juga bukan diciptakan sekali bersama-sama dari perut ibu anda.

Yang dapat manfaat adalah anda, bukanlah mereka. Mungkin jumpa hari ini orang mencemuh, tetapi ramai lagi yang sedia memuji dan mendoakan kebaikan buat anda.

Tidak mati punya!
Seorang bijak pernah berkata,
“Mengapa ingin terasa dengan cemuhan mereka. Sekiranya mereka meleparkan tuba, anda berikanlah bunga (berdoa kebaikan, bagi hadiah atas cemuhan, dan lain-lain). Jika mereka tidak terima, ramai lagi yang suka. Berikanlah kepada yang suka menerima. Kesakitan itu wujud dalam diri anda, dan anda sahaja yang boleh merawat ia. Kebaikan itu menghilangkan kegelisahan, memadamkan kesusahan. Dan kesusahan itu datang kerana anda tidak melaksanakan kebaikan.”

Allah yang menciptakan anda, Dia tahu mana tempat dan perkara terbaik pada hambaNya.
Sengaja Dia letakkan ujian pada anda, supaya anda yakin pada Dia, dan sentiasa melihat pada ketentuan dan khazanah yang Dia ada.

(Manusia? Entah bila tiba-tiba muncul dan sebagai ujian Allah agar kejap hati anda kepadaNya -harap hanyasanya kepadaNya. Memanglah susah, ingat senang-senang nak masuk tempat terbaik di sisiNya. kena banyak lagi rujuk artikel kat sini supaya terras percikan ketenangan dan gembira sehingga terbuka makfiratullah. Hahaha- hek elehhh… perasaannn.)

Orang cekal hati berkata,
“Huh, katalah apa nak kata, tak akan mati punya!”

Sekian dulu,
Fi amanillah.
Allah sentiasa bersama-sama hambaNya yang selalu melihat kepada Dia.

-Si kecil, selamat hari lahir. Moga sihat dan cepat membesar, dan kuat untuk angkat tong gas dan beras nak masak kat umah.

Satu lagi,
Nak pasang simen buat rumah, cat dan basuh kereta, baiki mesin basuh, dan cuci pinggan mangkuk kat rumah.
Hehehe…..

Tak adalah.
Belajarlah doa, baca Iqra’, taaat kepada ibu bapa, dan bina yakin pada Allah. Sementara masih lembut dan bersedia, sebelum tiba masa hati keras nak lembut dah susah.
Ok!
🙂

Hidup ini panjang,
Tetapi hidup kat sana lagi panjang!

2 responses

  1. Reblogged this on jiwa hamba.

  2. Bila dicemuh atau dimaki, bersyukur kepada Allah yang telah menjauhkan kita dari melakukan perbuatan yang keji itu(mencemuh orang lain) dan jika boleh, berdoalah kepada Allah untuk membukakan hati yang mencemuh itu supaya dia mendapat hidayah berupa cahaya keimanan…
    Selalunya, orang yang mengeji dan memaki orang lain mempunyai hati yang menjerit meminta tolong tetapi, dia menggunakan kata-kata keji untuk memendamkan dan menghilangkan suara tersebut(walaupun dia tidak sedar dia tidak sedar akan suara tersebut)
    In every insult is a lonely soul yearning for Allah, even though he might not know it!
    JazakAllah atas artikel yang bermanfaat ini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: