Al-Insan, bangunkah ia?

Hari ini ingat nak berdiskusi wacan ilmiah di sini. Tetapi rasanya tiada kesempatan yag terlalu baik untuk menulis akan perkara tersebut, jadi daku olah bentuk lebih santai dan macam kata dari hati.
Monolog.

Sebenarnya, ketika dalam penulisanku ini,
Daku berada di lokasi yang berbeza.

Merantau untuk mencari maklumat dan penat lelah, demi suatu perjalanan yang masih tidak tahu di mana ada perhentian.

Mungkin kadang-kadang ada bas, kadang-kadang naik kereta. Kadang-kadang sekadar pusing-pusing ingatan dalam kepala, kadang-kadang melihat-lihat sambil berfikir bagaimana hubungan dengan persoalan yang bermain di minda.

Inilah di sebalik makna kehidupan. Hidup yang statik dan sama, bukan hidup namanya. Itu maknanya benda tidak hidup atau hidup tetapi sudah tidak hidup pula.
*************
Insan itu asalnya tanah.
Alkisah,
Daku meneliti perkataan ini.
Insan.

Bagaimana ingin melihat insan itu membangun. Apakah yang menjurus insan untuk terus membangun dan membina keperibadian yang baik, sama ada kepada dirinya,atau keluarga, atau kepada masyarakatnya.
Bermula dengan hakikat kejadian insan.

Asalnya daripada tanah. “At-tin, turab, dan al-ma’” dinamakan dalam al-Quran. Nama sahaja pelbagai, tetapi maksudnya sama, iaitu tanah.
Literalnya, tanah itu di bawah. Dipijak dan dikuis-kuis oleh pelbagai kehidupan bagi mencari sumber rezeki atau terus melata.
Manfaat tanah pelbagai perkara. Dari tanah jua pelbagai kehidupan tumbuh baru, atau dari tanah jua segala kehidupan itu dikambus kembali.

Inllah hakikat tanah. ada kemuliaan padanya, ada jua kelemahan dan kehinaan padanya.Kehidupan itu datang darinya, dan pengakhiran itu kembali kepadanya.

Akal menceritakan hakikat kejadian.
Tetapi,
Tidak ada orang mengajar dan mengenalkan perkara ini. Tiada ilmu turun temurun menyedarkan sekalian anak dan kelahiran baru mereka itu asalnya dari tanah di bawah kaki.

Tiada akal mampu mencapai. Bagaimana manusia itu berasal dari tanah? Sedangkan kelahiran itu dari mata sendiri wujud dari perut seorang wanita, susah payahnya, dan kesungguhannya melahirkan setelah genap 9 bulan?
Inilah kelemahan pancaindera. Jika percaya pada mata, maka tumpul ketajaman akalnya.

Allah ajar manusia menggunakan akal.
Fikir dan fikir…. bukan untuk kepentingan diri, tetapi melihat kewujudan alam, iaitu manifestasi kebesaran Tuhan.

Buktinya jelas. Adam a.s. lahir tanpa ada hubungan lelaki dan perempuan, tanpa orang sebelumnya menjadi asbab wujudnya Dia.Adam lahir dari asal buatan asal. The original coming from origin.
Hanya dia yang lahir khas dari tanah diambil dari muka bumi. Anak cucunya, tidak lahir dari tanah lagi, hanya pada sifat tanah, yang datang dan kelak akan kembali.
Tanpa al-Quran dan utusannya,
Sampai bila pun manusia tidak akan kenal asal dirinya, dan di mana kewujudan jati diri.

Allah itu Maha Pencipta.
Insan itu lahirnya dari tanah, kelak di atas tanah dia kembali.
Sedemikian pun insan itu kenal kewujudan asalnya, tetapi betapa mereka tetap dalam keadaan rugi dan sama apabila akal sahaja digunakan untuk mengenal hakikat kejadian.

Saintis, cendiakawan, dan ilmuan mengkaji dan menemui hakikat kejadian manusia. Namun, betapa tidak semua hanya tahu menulis, membaca dan menyampaikan, tanpa ada sebarang kesan dalam kehidupan mereka? Mengapa tanah itu asalnya kejadian manusia tetapi kini tidak pula? Siapakah yang benar-benar berkuasa? Siapakah pencipta sebenarnya?

Pencipta itu,
Bukan sekadar insan itu diciptakan. Semua kehidupan, sama ada di darat dan air, melata, berenang, atau berterbangan, nampak atau tidak,
Semuanya dalam pengetahuan mutlak sang pencipta. Sempurna dalam pengetahuan Dia. Itulah Allah, yang Maha Sempurna Menciptakan segala-galanya.

Apabila hanya akal digunakan untuk mengenali, maka butalah melihat akan perkara ini. Terhijab dan tak tercapai akalnya, kerana tiada petunjuk dan wahyu dari Ilahi.

Asbab itu disampaikan Nabi, untuk memperingatkan manusia melalui kesedaran hati.
Hati itu landasan asal mengenali hakikat insan. Lemah dan kuat datang daripadanya.

Pembangunan insan.
Inilah mukadimah pemikiran dan pemerhatianku. Namun, segalanya terungkap apabila Allah yang memberikan kekuatan kepadaku untuk menulisnya di sini.
Jika tidak, hanya nampak pada kepala yang terus berfkir, mata yang terus membaca, atau tangan yang capek menulis.

Alhamdulillah, dengan kehendakNya, penulisanku di sinimembuatkan akalku berlari untuk lebih mengenali. Bukan sekadar titik dan pena, tetapi hati yang terbuka melihat kewujudan Dia sebagai pusat segala-galanya.
Pembangunan pada insan itu berasas pada dua aspek, rohani(dalaman) dan jasmani (luaran). Dari dua asas ini, dihuraikan kepada dua aspek (kecil) lagi, intelek(akal) dan emosi (kondisi jiwa/perasaan). Asalnya bermula pada satu, iaitu hati. Kembalinya (kelak) hanya pada satu, iaitu rohani.

Sekian dulu. Sambung bila-bila Allah terus bersama dan memberikan pengetahuan kepada hati.
Insan itu membangun dari mengenali Dia. Insan itu jatuh (walaupun dilihat zahirnya membangun) apabila tidak mengenali Dia.

One response

  1. Reblogged this on jiwa hamba.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: