Keyakinan pada perkara yang ghaib.

Sebenarnya, tak boleh kan sentiasa berdolak dalih?
Sekejap kata macam ni. Esok kata macam ni pula. Lusa putar macam tu pula.
Ada saja alasan. Tak pernah nak kata, “YA.”

Orang yang suka berdolak dalik ni,
Ada spesis pemalas juga. Yalah, disuruh untuk buat perkara A, dia kata, “nantilah, esok boleh running lagi.” Tunggu esok, kata, “Petang ni baru free.”
Sebaiknya, kena sentiasa buat terus kerja yang perlu diselesaikan agar nanti tak bertangguh, dan last minit barulah nak terkejar-kejar buat kerja. Hasilnya, “asal siap sudah…”
-huh… Macam-macam jenis. Bagi penulis ini, selagi kita mampu dan ada kebaikan buat saja. Yang suruh tangguh, syaitan dan nafsu yang tak suka. (kalau benda seronok, laju je… Tak payah cakap pun takpe.)

############
Suatu ketika pergi ziarah demi Agama. Ada seorang pakcik ni cakap,
“Kamu tahu, dengan usaha agama ini manusia boleh pergi jauh dan merata negara walaupun dia hanyalah seorang yang lemah, tak kaya, dan serba cukup saja.”
Huh, betul ke?
“Ada seorang pakcik tu, kerjanya meniaga. Jual nasi lemak. Alhamdulillah, dengan rezeki yang ada, dia boleh menampung seisi keluarga, dan cukup segalanya. Rumahnya setiap 2 minggu ada wantia datang untuk dengar taklim, iaitu hadith-hadith Rasulullah yang khusus tentang kelebihan-kelebihan amalan dalam agama. Ramai yang datang, tak kira isteri, anak perempuan, nenek, dan rakan wanita.”
“Paling seronok, pakcik ni dah keluar banyak negara. Antaranya Itali dan South Africa. Bukan dia seorang pergi sahaja. Dibawa isterinya sekali, dalam jemaah suami dan isteri.”
Wah….

Dalam usaha agama,
Manusia merentasi benua dan negara. Visa dan pasport hanyalah sebagai keperluan, yang menyampaikan hanya Dia.
Tidak kira apakah status dan keadaannya, selagi Allah pilih dan ada namanya di mana-mana, ditujuilah mereka.

Sebelum menyahut sesuatu keperluan menuju jalan Allah, segala persiapan untuk kerjaya, keluarga, diri sendiri, perlu dilakukan terlebih dahulu. Jika tidak, pihak mesyurat pasti tak lepas pergi.
Setelah segalanya berjalan lancar, barulah boleh keluar menuju jalan Ilahi.

Ini serba cotek akan perihal orang buat usaha agama. Banyak lagi nak cerita, tetapi lain kali bila bersua.

Ghaib itu nyata.
Kenyataannya,
Usaha atas agama ini hanyalah pada suatu perkara.
Perkara pokok dalam Islam, perkara asas terbinanya Islam dalam diri setiap umatnya.
Iaitu tauhid dan Iman yang benar kepada perkara yang ghaib.

Hari demi hari pilihanraya makin menghampiri. Maka ramailah pakat berbincang dan kempen di sana sini.
Tetapi, betapa ramai umat hari ini meluangkan masa mengingati akan perkara yang ghaib, yang natijahnya akan dibawa selepas mati?

Hari ini semua orang sibuk untuk memenuhi masa dan teguhkan kedudukan pada urusan duniwi,
Siapa yang sanggup luangkan masa dan nak teguhkan kedudukan di akhirat nanti.
Hari ini orang percaya pada kata-kata pembesar, artis, gosip, umpatan, fitnah, akhbar, dan TV.
Siapa yang percaya, yakin, dan suka mendengar pada firman Allah dan hadith Nabi?

Sekular, liberal, pluralisme agama,
Hanyalah suatu istilah.
Keadaan manusia suka, fikir, dan menuju ke arahnya tanpa sedar.
Tak tahu berapa ramai sudah.

Perjalanan kehidupan
Hakikatnya masih jauh dan panjang.
Setelah tiba di suatu perhentian,
Maka masih ada lagi ruh dan amal untuk menuju ke hadapan.

Sekiranya sekarang masih leka dan lalai, tiada kesedaran hati dan kemanisan iman,
Sampai bila-bila tidak tahu,
yang perkara ghaib itu di hadapan, dan ALlah itu sentiasa memerhatikan.

-selalu menyampaikan nasihat dan teguran. selalu berdoa Allah memberi kefahaman dan kebaikan.

One response

  1. Reblogged this on jiwa hamba.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: