Takwa dalam kehidupan (4)

Manusia ini, Allah telah menciptakan mereka sebaik-baik kejadian.
Dari rupa paras, anggota, dan kemampuan, mereka lbeih baik daripada segala jenis makhluk yang telah diciptakan.
Antaranya yang istimewa pada manusia, ialah tingkah lakunya.

Manusia mempunyai tingkah laku yang pelbagai.
Ada yang keras, kasar, baran, tegas. Ada jua yang berlemah lembut, baik budi, menghormati orang lain, dan sebagainya lagi. Pelbagai sifat manusia, pelbagai ragamnya.

Dek kerana pelbagai sifat ini,
Ada sifat pada seseorang yang disukai, ada juga yang dibenci. Mengharapkan si A bersikap begini, tetapi jadi terbalik pula. Mengharapkan B begini, tetapi berlebihan pula.
Perkara ini pasti berlaku. Nak atau tidak, pasti terserempak atau bersua perkara yang suka atau tidak pada certain manusia.

Kerana itu setiap insan itu perlu melihat kepada Allah, yang telah menciptakan mereka. Apabila seseorang itu belajar melihat kehebatan dan kemampuan Allah,
Maka dia kenal erti redha, sabar, dan syukur terhadap pemberian dan ketentuan Dia.
Jika Dia berkehendak untuk berlaku, tentu ada hikmah di sebalik peristiwa, sama ada suka atau tidak sesuatu sifat itu, tentu ada nilai tersirat dalam pengetahuanNya.

Jadi,
Belajarlah untuk memberi dari selalu ingin menerima. Menerima itu baik, tetapi utamakan syukur di permulaannya.
Orang yang memberi tidak perlu selidik sifat dan sikap pada orang yang nak diberi. Ikhlas dalam memberi disukai Allah. Jika orang yang diberi sebaliknya, tahu Allah telah suka akan pemberiannya.
Berikanlah yang terbaik, kerana manusia itu ada kekurangan dan kelebihannya.

-orang yang suka memberi lebih banyak belajar sabar, syukur, dan redha. Orang yang memberi lebih dekat dan jalan pantas menuju Ilahi (bukankah itu sifat Nabi?)
****************

Bagi topik takwa kali ini, penulis ingin memberi tumpuan pada suatu istilah, iaitu doa.

Sememangnya jika diteliti dalam laman ini, terdapat beberapa artikel yang penulis menulis berkenaan doa.

Secara literalnya, setiap penulisan berkisar kepada persoalan yang sama, itu manfaat, kelebihan, dan kekuatan doa. Dalam setiap artikel tersebut, penulis sentiasa menekankan akan kekuatan dan kepentingan doa.

Perkara ini amatlah penting. Doa itu tidak sekadar mengangkat dan menadah tangan, tetapi lebih besar dari sekadar dua belah telapak tangan.

Ia lebih besar daripada tangan seorang arkitek bangunan, lebih besar dari tadahan tangan seorang peminta sedekah di tepi bangunan.

Nilai doa.
“Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu…” (Surah al-Ghafir, ayat 60)

Pernah dengar tak kehidupan seseorang itu berubah kerana doa?

Tentu pernah kan. Jadi, penulis tidak mahu memperlanjutkan kisah-kisah itu di sini.

Yang menjadi persoalannya, bagaimana kita meyakini akan nilai doa itu dalam kehidupan.
Ada orang yang mula yakin pada doanya apabila ada ilmu yang menerangkan kelebihan-kelebihan doa dan peristiwa yang melibatkan doa yang didengar atau diperoleh daripada bahan bacaan.
Ada orang yakin dengan doanya apabila nampak sendiri kejadian yang diharapkan seperti dalam doa di depan mata atau didengari oleh telinga.
Tetapi, ada juga orang yang meyakini doa itu walaupun tanpa apa-apa peristiwa yang membuktikan doanya berlaku seperti yang diharapkan.

Peringkat ketiga ini yang perlu dicapai. Kerana peringat ketiga ini nilai takwa dalam doa.

Doa itu manifestasi takwa.
Sebegitupun,
Tidak bermakna golongan ketiga itu tak pernah dapat/ terbukti doa yang selama ini diharapkan.
Sebaliknya, mereka ini sentiasa memperoleh dan merasai nikmat dari Allah sama ada dari doanya atau dari pemberianNya di atas kemurahanNya kepada hambaNya.

Bezanya,
Mereka ini meletakkan keyakinan pada suatu perkara. Iaitu, doa itu hanya kerana Allah. kerana
Allah itu Maha Mendengar doa mereka, dan kerana Dia aku berdoa.

Mereka ini telah melalui setiap peringkat pada keyakinan dalam doa. Bemula peringkat pertama, iaitu ilmu yang mendatangkan keyakinan pada doa (ilmu yakin). Setelah ilmu itu mantap dan tetap dalam hati, maka yakin pada pancaindera pula terbuka (ainul yakin). Ia datang dalam bentuk pembuktian dan hujah kepada ilmu yang telah tetap tersebut. Mereka telah melihat sendiri akan makbulnya doa yang diharapkan, dan dirasai jua dalam hati akan doa tersebut. Maka, setelah keyakinan yang tetap pada ilmu dan bukti pada pancaindera, datanglah keyakinan yang jitu pada doa itu Allah sahaja yang berhak untuk disampaikan, dan Dialah sahaja tempat mengharap dan memohon pertolongan (hakkul yakin).

Keyakinan ini tidak lagi mengharapkan pada bukti (boleh berlaku bila masa dan ketika-tak tergesa-gesa lah senang), tetapi cukup sekadar datangnya yakin akan Allah itu Maha Melihat dan Mendengar akan doa-doa ini.
Apabila hadirnya hati dan keinginan pada tahap ini,
Di sinilah mulanya doa sebagai manifestasi takwa.

Doa yang dalam takut dan harap. Takut Dia hilang dari penglihatan dan takluknya jiwa si hamba, harap sentiasa Dia mendengar dan bersama-sama si hamba.
Kerana itu si hamba itu berdoa. Doa itu lambang ketaatan, doa itu lambang kekuatan
Yang hanya diketahui dan dirasai oleh oleh si hamba.

Oleh itu, ungkapkanlah dalam doa demi suatu nilai yang membawa kepada kebaikan. Tiada sebarang buruk sangka pada manusia atau pecah hati pada ketetapan Dia. Sama ada berkaitan masa kini atau masa depan. Sama ada untuk diri sendiri, keluarga, atau masyarakat.

Allah suka orang yang berdoa kepadaNya. Dia akan memakbulkan sekalian doa, yang terbaik buat hambaNya (bukan ikut nafsu dan sesedap emosi si hamba-bila-bila masa ada buruk dan kecelaan yang si hamba tak ketahui akannya.)

Waalahu ya’lamun, wa antum la ta’lamun.

“Apabila hamba-Ku bertanyamu tentang Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah, ayat 186)

One response

  1. Reblogged this on jiwa hamba.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: