Antara cahaya dan kegelapan.

Hujung minggu ini daku pulang ke kampong halaman.
Setelah agak lama merantau dan bermusafir, kadang-kadang adalah perlu untuk kembali ke tanah kelahiran
Untuk menjenguk ibu bapa dan sanak saudara, juga jika masih ingat akan teman-teman perlu jua pulang jika ada kena mengena,
Seperti kenduri kendari atau majlis meraikan peristiwa.

Alhamdulillah, semuanya sihat wal afiat. Baik belaka.
Berjalan lancar tanpa ada apa-apa yang boleh dikatkan baru untuk ditonjolkan.
Hanya, suasana sedikit berubah memandangkan hari pilihanraya makin tiba tidak lama lagi.
Sana sini terlihat berkebaran bendera-bendera parti. Manifesto dan aku janji terlalu banyak disebarkan dan digemburkan. Hiasan replika suasana ‘perang’ pilihanraya turut terpandang sekali kala.

Hmmm… beginilah. Bila ada sesuatu yang baru, mesti diraikan dengan penuh meriah dan gah.
Cuma, ada sedikit yang rasa ‘terlalu’ berlebihan lah (selain dari kutuk mengutuk, mencela dan memfitnah), iaitu terlalu banyak membazir. Bazir masa, tenaga (malam pasang benda-benda macam ini sampai pagi- hari itu nampak ada belia pukul 4-5 baru kumpul lihat berpeluh-macam lepas pasang bendera) dan harta benda. Terlalu berlebihan. Entahlah….

-sepatutnya kini, orang beragama patut menjadi pemerhati dan penasihat-jangan join kutuk mengutuk, keji mengeji macam ini. Apa beza belajar tinggi-tinggi tentang agama, sedangkan benda macam ini (antara yang paling ditegah) turut angkat kaki sekali minum kopi?
Wallahualam.
****************

Antara kepulanganku ke kampung halaman dan berada di tempat permusafiran,
Ada sesuatu yang daku terlalu merasai perbezaan antara kedua-dua tempat ini.

Iaitu,
Antara cahaya dan kegelapan.

Apa itu cahaya? Apa pula yang gelapnya?
Cahaya ini sinonim dengan lampu, lampu pula sifatnya bersinar, sinar yang paling besar sinar mentari di ufuk langit meliputi seluruh bumi.
Kegelapan ialah pembalikan pada cahaya. Tanpa cahaya, kegelapan akan hadir. Apabila kegelapan datang, maka hilanglah sinar cahaya. Apabila cahaya menerangi, maka lenyaplah cahaya dari muka bumi.
Inilah definisi dan istilah cahaya yang akan baitkan di sini.

Kenyataannya….
Cahaya pada erti kata daku akan penulisan ini ialah iman
Kegelapan pula bererti pembalikan pada iman, iaitu dosa dan kemaksiatan.

Iman itu cahaya.
Iman ialah sinar dalam peribadi seseorang muslim. Seseorang muslim tanpa iman ibarat berada dalam kegelapan, yang memerelukan petunjuk untuk memandu arah dan jalan.
Kadang-kadang ada yang sesat, ada jua yang sedang mencari-cari, ada jua yang berjaya temui.
Jika sesat awal, digelar ‘muslim a’si’ (orang islam yang bermaksiat). Jika masih mencari-cari digelar muslim mencari-cari hidayah. Bagi yang berjaya temui digelar mukmin.
Naik darjatnya, dari hanya mengucapkan kalimah, kepada mengamalkan kalimah syahadah.
Apabila cahaya itu sentiasa menerangi, maka jadilah pembawa sinar, iaitu muttaqin, orang bertakwa kepada Allah SWT.

Orang bertakwa tidak lagi melihat kepada cahaya untuk menerangi kehidupannya. Tetapi, dia sebagai punca cahaya, membawa sinar untuk menerangi kehidupan orang lain.
(moga Allah sentiasa pilih kita untuk menjadi mukmin dan sentiasa menjadi hambaNya yang muttaqin. Amin.)

Kegelapan yang sentiasa mencuba.
Namun sebegitu,
Ada sesuatu yang cuba menghalang cahaya itu dari terus memancar dan melihat akan sinarnya.
Iaitu,
Kegelapan yang sentiasa mencari ruang untuk menutupi sinar cahaya.

Kegelapan ini,
Ia tidak bersifat statik. Sebaliknya, ia terus bergerak dan bergerak, malah lebih laju dan pantas daripada cahaya.
Jika di dalam dunia itu,
Ia dipanggil virus dan trojan. Sentiasa cuba untuk menyelinap, walaupun antivirus sentiasa cuba untuk menghindarkan dan menapis ia.
Banyak yang berjaya dikuarantin. Tetapi, banyak jua yang berjaya merosak dan musnahkan sistem kawalan PC.

Inilah ibarat kegelapan.
Kegelapan bukan malam. Kegelapan kerana berjaya menutupi cahaya dalam kehidupan seorang muslim.
Gelap yang terus bergerak dan menyelinap, laju dan pantas bermakna ada yang menggerak dan membawanya, sama ada nampak dan tidak, pasti itulah pembawanya.

Daku berikan di sini antara pembawa terbesarnya.
1) Syaitan dan Iblis laknatullah.
2) Keinginan nafsu
3) Dunia
4) Manusia, khususnya wanita. (nanti akan diterangkan-pada artikel selanjutnya kelak.Insya-Allah.)

Inilah pembawa kegelapan. Cukup pantas dan cepat, asbab utamanya,
Tiada lagi orang yang bersungguh-sungguh menjadi hamba muttaqin, dan pembawaannya adalah punca segala sinar cahaya, iaitu sinar nubuwwah di alam ini.

Kepulangan itu
Daku terasa merasai akan keadaan ini.
Iaitu,
Terlalu banyak kegelapan, malapnya cahaya untuk menyatakan sinaran.

Apabila malapnya cahaya,
Kurangnya orang yang mengamalkan agama. Terasa berat dan payah, susah untuk menyebut dab\n berkata-kata akan perkara ini dan terasa ‘tak payah lah’ hidup berlandaskan syariatnya.
Kurangnya jiwa merasai ketenangan, terasa tekanan dan kegelisahan kerana kegelapan itu pembawa kepada kerosakan dalam kehidupan.

Al mungkin terlalu banyak punca kepada kegelapan dan tiada usaha untuk mencapai cahaya, mengakibatkan terasa banyak ‘panas dan gelisah’ di kampung halaman.

Setelah diberi kesedaran dan sudah lama merasai kegelapan ini,
Daku pulang misi cuba membawa sinar ini. Masukkan cahaya dalam kehidupan, melihat rumah itu baiti jannati.
Fi kulli hal,perubahan itu sebenarnya ada jua dirasai. Tidak lagi terlalu gelap seperti dulu lagi. Hanya tak terlalu kuat. Desas desus terus berbunyi, sehingga terasa bolak balik hati.

Maafkan daku kerana tidak boleh lama di kampung. Atas perjuangan yang masih perlu, dan banyak lagi bimbingan Allah yang daku tidak tahu,
Yang perlu daku lalui ini.

Doa sebagai senjata yang dihulurkan. Doa sebagai pemelihara yang tiada daku upaya melakukan.

Semoga Allah sentiasa memelihara dan memberikan kekuatan. Amin.

One response

  1. Reblogged this on jiwa hamba.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: