Sabar dan Tawakal

Ahh….
Dalam jiwa manusia,
Terlalu banyak perkara ingin dikatakan.
Tetapi adakalanya tidak mampu dan bukan pada masanya untuk diluahkan.

Tersimpan dalam…
Ada yang indah, ada yang gembira, ada yang berkehendak, ada yang terlalu berkeinginan.
Ada jua yang terasa duka, terasa kecewa, terasa sedih, dan terasa payah di jiwa. Semuanya terasa ingin diluahkan.
Ingin sekali agar didengari pada telinga dan hati orang yang ingin disampaikan.

Atas perkara ini,
Daku secara santai telah mengolah secara umum akan dua perkara yang penting pada sifat manusia, iaitu sifat sabar dan tawakal. Moga ada manfaat dan diberi kekuatan untuk mengamalkan.

Kepada yang memerlukan, ambillah ia sebagai pedoman dan kekuatan. Biiznillah.
———————

Hidup ini sentiasa Allah menguji kan?
Ujian Allah pula pelbagai. Ada yang suka, ada yang gembira. Ada jua yang duka, ada jua yang sukar diterima.
Ini bentuk asas ujian Allah. Pada nikmat itu ujian, pada musibah pun ujian.

Apabila diteliti akan perkara ini,
Maka manusia itu tidak lari dari kesilapan dan terasa berkeinginan.
Sama ada pada nikmat atau musibah, dua-duanya ada keinginan dan ada jua kesilapan.

Nikmat dan musibah ujian Tuhan.
Baiklah.
Maksudnya begini.
Pada nikmat itu, keinginannya terletak, “Kalau boleh nak lebih baik lagi,” atau “Ya Allah , berikanlah lebih baik lagi” atau “Kalau usaha lebih, pasti dapat lebih.” Keinginan itu menyatakan harapan. Seorang yang mengharapkan nikmat, pastilah yang terbaik dimahukan. Malangnya, itu hanyalah ujian.
Begitu jua pada kesilapan pada nikmat. Kesilapan bermula apabila dirasakan sesuatu itu boleh berubah dengan usaha atau kudratnya. Sebaliknya, Allah yang menentukan ia, Allah yang berkehendak akan berlaku setiap peristiwa.
Kesilapan kerana yakin usaha sendiri, tanpa melihat pada kudrat Ilahi.

Manakala pada musibah, keinginan adalah untuk hindarkan diri atau hilang musibah itu daripada dirinya. Kesilapan pula, apabila tidak yakin pada kuasa Allah SWT di sebalik musibah ada hikmah, dan di sebalik musibah ada pengajaran kepada hamba yang beriman kepadaNya, yang mungkin berlaku kerana kesilapan dirinya sendiri.

Bermula kesabaran.
Jadi,
Di sinilah bermulanya kesabaran.
Sabar itu terbahagi kepada dua.
Sabar pertama, sabar menahan kesukaran/kesusahan. Ia sinonim sabar pada menahan musibah yang menimpa.
Sabar kedua, sabar menahan keinginan/ keseronokan. Ia sinonim pada sabar menahan nikmat yang diperolehinya.

Jika dilihat pada konsep nafsu, sabar pertama bermaksud sabar menahan marah. Sabar kedua pula bermaksud sabar menahan syahwat.

Kebiasaannya,
Manusia mampu lagi untuk bersabar pada tahap pertama, iaitu sabar menahan musibah. Pada permulaan musibah menimpa sememangnya terlalu berat beban dirasai, tetapi setelah lama menimpa, perkara itu jadi biasa, dan tahu cara yang perlu dilakukan bagi mengelakkan musibah sama berlaku pada diri.
Tetapi, jarang orang boleh menahan sabar tahap kedua. Iaitu sabar menahan keinginan/ keseronokan pada diri.
Biasa bukan dengar kata-kata, “Main sampai tak ingat bumi!” kata seorang ibu kepada anaknya yang main sampai maghrib.
Hakikatnya, memang begitu. Bila dah suka, selama mana masih bernyawa, selama mana masih ada masa, selama mana ada keinginan di hatinya, selagi itu dilihat, difikir, dipandang, dan tertanam keinginan pada hatinya.
Hasilnya, bila dapat perkara yang diingini, terlupa akan kemampuan dirinya sendiri.
Lost control.

Jadi, sabar pada nikmat ini sangat penting. Ramai antara ahli neraka dan ahli penjara dunia kerana perkara ini.
(Ya Allah, aku memohon lindungilah kami dari perkara-perkara yang tercela ini… Lindungilah ya Allah…)

Jadi, di sinilah puncak sabar itu diuji. Sekiranya seseorang itu mampu sentiasa bersabar akan nikmat yang diterima, maka
Dialah hamba yang sentiasa disukai Allah kerana sentiasa bersabar keranaNya.

“Dan orang yang bersabar dalam musibah, penderitaan dan peperangan, merekaitulah orang yang benar imannya dan mereka itulah orang yang bertaqwa.”(Al-Baqarah,177)

“Allah menyukai orang-orang yang sabar.” (Surah Ali Imran, 146)

Impaknya,
Lahirlah hamba yang memiliki sifat sabar yang tinggi, kekuatannya yang luar biasa dalam memberi (kerana Allah di pandangan mata dan hatinya), tidak mengharapkan sesuatu pun dari pemberian dan kemampuan manusia (kerana Allah sentiasa diharapkan dan diminta), sentiasa bersikap adil, berasa cukup dengan apa yang ada, dan zuhud pada perhiasan dunia.

Ini mulianya sifat sabar. Tinggi darjat dan kemampuannya pada dunia, tinggi lagi darjat dan kedudukannya di alam akhirat nanti.

(Ya Allah, pilihlah kami menjadi hambaMu yang bersabar keranaMu. Amin…)

Hakikat Tawakal.
Ini adalah perkara baru dalam pengetahuanku.
Setelah Allah meneribitkan bimbingan dan ilham, maka daku rasai betapa pentingnya dalam sabar itu ada sifat tawakal.

Tawakal paling mudah ialah,
Meletakkan segala penyerahan pada Allah, tanpa sebarang keinginan dan harapan.

Dalam sifat sabar yang tinggi, ada tawakal pada awal dan akhir setiap peristiwa yang menimpa dirinya.

Kerana tawakal inilah,
Seorang hamba itu tidak mengharap pada kebesaran, kekuasaan, dan kemampuan makhluk di hadapannya.
Tetapi, mengharapkan kebesaran, kekuasaan, dan kudratNya Allah yang menguasai dirinya.

Dengan adanya sifat tawakal,
Seorang itu sentiasa meletakkan segala keinginan dan harapannya pada apa yang Allah suka buat dirinya. Harapan yang benar, kerana dia telah mengenali siapakah Allah yang meletakkan sesuatu kehendakNya pada diri si hamba.
Dengan ini, hamba itu sentiasa bersyukur dan redha dengan apa yang diberikan daripadaNya. Dia tahu, Allah yang Maha Mengetahui telah memberikan yang terbaik pada diri si hamba. Yang paling pasti,
Setiap pemberian itu tidak akan melalaikan hamba dari melihat kepada Allah yang Maha Esa.
Lebih-lebih sentiasa tertanam keinginan di hati si hamba mengharapkan yang terbaik dariNya di alam akhirat sana.

Jika ada keinginan di dalam hati, dia salurkan keinginan teresebut kepada Allah. Jika Allah meletakkan keizinan, maka minta dipermudahkan. Jika tidak, kepadanya hamba itu menyerahkan segala urusan.
Ini natijah tawakal. Sangat mengesankan, hanya pada orang yang benar-benar menjalani untuk memiliki sifat ini.

Mujahadah dan riadah yang berterusan.
Jelas, sekiranya seseorang inginkan gred terbaik, mencapai kecemerlangan, dan kedudukan terbaik dalam pelajaran atau pekerjaan,
Perlulah dia berkorban untuk mendapatkan apa yang diharapkan. Setelah susah payah yang panjang dilalui, barulah dia dapat mencapai nikmat yang ingin dikecapi.

Begitulah akan sifat yang mulia di sisi Ilahi.
Tiada jalan pintas untuk meletakkan/ menanam sifat mulia ini di dalam hati.

Hal ini kerana,
Nafsu itu umumnya pada 3 peringkat. Peringkat yang pertama mudah. Tak payah usaha, boleh dapat.
Inilah sifat nafsu amarah. Berlawanan terus dengan sifat Tuhan.
Sifatnya tercela atau digelar muhlikat (membinasakan).

Manakala peringkat nafsu yang tertinggi (ketiga) ialah lahir dari sifat-sifatNya Allah. Sifat yang terunggul dan pemberian kepada hambaNya yang nyata,
telah diuji dan diberi pengajaran,
Bagi kekal iman dan takwa pada dirinya.

Memiliki sifat ini perlu mujahadah yang panjang dan riadah (latihan) yang berterusan. Dengan pelabagai kekangan terhadap keinginan dan kekurangan,
Maka Allah memberi anugerah yang istimewa,
Yaitu sifat mulia dari sifat-sifatNya,
Menjadi hamba itu tenang dalam didikan Allah SWT.

Bersabar dan bertawakallah,
Jika sama-sama melalui jalan ini,
Yang daku memang tidak mengetahui, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: