Setiap kesakitan itu ada ubatnya.

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Indah dan permai,
Dialah yang Maha Menciptakan.
Air yang mengalir, tiupan angin-angin yang sepoi-sepoi bahasa, lautan yang luas mata memandang, daratan yang lapang, gunung ganang, bukit bukau yang menghijau, awan yang berarak,
ikan yang berenang ke sana dan ke mari, tumbuhan renek dan tinggi, haiwan mengaum dan mengembek, burung-burung yang berkicauan,
Air yang turun dari langit yang lapang tanpa punca kepada sumber air.
Semua adalah tanda kebesaran Ilahi. Semua hanya Dia yang menciptakan keindahan alam ini.

Allah,
Tanpa Dia,
Tiadalah apa-apa di pandangan mata atau di akal fikiran manusia. Dialah yang menerbitkan segala-galanya,
Matahari yang menyinar di ufuk timur di siang hari, sehinggalah bulan dan bintang yang menyinar cahaya di ufuk malam hari.

Subhanallah, masyaAllah….
Segala pujian dan rasa takjubnya hanyalah pada Ilahi.

Syukur….
Banyakkanlah bersyukur. Pasti Allah akan tambahkan lagi nikmatnya kepada manusia yang sentiasa tahu dan reti berterima kasih kepadaNya.

Perbendaharaan Allah bukanlah seperti perbendaharaan makhluk ciptaanNya. Memang telah dalam ketetapanNya, makhluk itu ada limit kemampuan dan apa-apa yang dimiliki.
Tetapi tidak bagi Allah. Mustahil bagiNya untuk adanya kekurangan dan ketidak upayaan.

Bayangkanlah…. hanya sebesar zarah iman, diberikan ganjaran sebesar 10 kali ganda dunia dan seisinya. Apatah lagi manusia yang sentiasa beriman dan bertakwa kepadaNya? (huuuhhuuu….. memang tak terbayang langsung! Terkeluar biji mata bubuh balik pun masih tiada terbayang ketakjuban pemberianNya…memang hati mati lah siapa yang tak pandai-pandai kejar nikmat yang lebih baik kepada dirinya sendiri. –dunia yang sempit, kotor, serabut, memeningkan, dan penuh dengan busuk hati manusia ni jugak dikejar-kejar sampai tua bangka. Tak sabar betul lah…)
Jadi,
Sekiranya dalam tanganNya itu pelbagai jenis nikmat dan kesempurnaan, adakah tidak boleh bagi Allah mengurniakan nikmat kesihatan selain nikmat iman yang sentiasa diharapkan?

Kesihatan itu nikmat!
Perkara ini semua orang tahu. Tetapi malangnya, tak ramai yang sedar.
Tahu? Sedar? Apa bezanya?
Contoh senang begini. Orang tidur, dia pun tahu bilang matematik. Tetapi hanya orang tak tidur- sedar lah. Mata terjaga- baru boleh bilang matematik.
Tahu tak bawa makna kalau tiada apa-apa yang boleh dilakukan. Tetapi, sedar itulah yang membuatkan manusia itu suka beramal dan menyampaikan.

Jadi,
Ramai yang tahu kesihatan itu nikmat. Tetapi, tak ramai yang sedar kesihatan itu nikmat.
Maka,
Tak ramailah yang tahu nak manfaatkan waktu sihatnya. Lagi, tak ramailah yang tahu bersyukur dengan nikmat kesihatan yang ada padanya.
Waktu sihat, habis dibuang masa dengan tidur, makan macam-macam, tidur lagi, main sampai berjam-jam, tidur lagi, tengok tv 24 jam, tidur lagi, sampai main games dan komputer waktu malam, tidur lagi, buka facebook sampai siang, kemudian tidur lagi.
Yang lagi rugi,
Solat entah ke mana. Subuh, zuhur, asar, maghrib, isyak, suka-suka nak buat ke tidak.
Jika seseorang itu sedar nikmat kesihatan pada dirinya,
Dia akan guna sebaik-baiknya. Contohnya, tidur pada masanya. Pukul 12.30 itu memang paling lewat. Pagi awal nak kena bangun tahajud (bukan terkejut). Kemudian siang hari pagi hari ada masa beriadah. Kemudian teruskan pula dengan urusan harian pergi pasar, belajr, kerja, dan sebagainya.
Malam bersama teman. Jika berkeluarga, bersama keluarga dan sebagainya.

Tak payah pening-pening sibuk memanjang 24 jam. Cukup time, rehat dan buat urusan lagi. Ada masa sambung lagi. Nak terkejar-kejar pergi mana? Percayalah, kerja di dunia ini tak pernah habis. Nun… kerja kat akhirat lagi bertimbun menunggu tak habis-habis.
Ini tanda orang yang sedar. Tetapi berbeza lagi orang yang sedar dan bersyukur.

Orang bersyukur,
24 jam masanya untuk Allah. Buatlah apa sahaja, pasti Allah di depan masa dan perbuatannya.
Masa, on time solat, dia pergi solat. On time kerja, dia buat kerja kerana Allah. On time belajar, belajar bersungguh-sungguh kerana Allah. On time riadah, bagi masa riadah untuk cergaskan diri untuk beriadah kepada Allah, di samping cerdas badan untuk khidmat pada diri dan keluarga. On time tahajud, bangun untuk berdiri di depanNya, mengadu, memohon, meminta, dan berkata-kata denganNya. Suka dan duka, bercerita dengan di Dia. Dia yang sentiasa Maha Mendengar, tak jemu-jemu mendengar permintaan dan aduan si hamba. B ila baik untuknya, diberikan kepada si hamba yang sentiasa bersyukur kepadaNya.
Allah didahulukan. Sujud syukur itu diutamakan.

Tiada kurang dan bezanya hidup antara orang sedar dengan orang sedar dan syukur. Masa tetap masa, Cuma kualiti masa digunakan itu berbeza. Tetapi hasil kerja orang bersyukur itu lebih baik. Kerana,
Allah yang mencipta masa, mengawal masa, dan meletakkan masa kepada makhlukNya,
Mengurniakan keberkatan dalam kehidupan bagi si hamba yang sentiasa bersyukur kepadaNya.

Justeru,
Sememangnya penting sedar dan bersyukur dengan pemberian nikmat kesihatan. Dengan sihatlah, pelbagai usaha untuk diri, anak-anak, dan urusan segala urusan dapat dilakukan dengan mudah. Tambahan lagi, ibadah kepada Dia turut menjadi mudah, dan lebih tumpuan dapat dirasai ketika menunaikannya.

Tetapi, Allah itu ingin menguji hambaNya…
Memang dalam sifat Allah,
Dia itu Maha Menguji.
Kerana sifat ini,
Dia menguji setiap makhlukNya. Walaupun dia itu seorang rasul, nabi, mahupun para siddiqin dan solehin.
Tetapi,
Untuk akhirat tiada lagi ujian. Yang ada, nikmat atau azab seksaan.

Dalam sedang sihat itu Allah datangkan kesakitan. Kesakitan itu ramai manusia yang kembali sedar akan kekurangannya. Yang lebih baik, baru sedar akan pentingnya solat dan kena rajin kaki itu pergi ke masjid.
Inilah hikmah. Inilah kesan ujian Allah agar sedar kembali status dirinya hanyalah hamba Dia.
Tambahan lagi,
Sabar itu besar ganjarannya!

(mungkin akan perkara ini diuji, tetapi sebenarnya Allah lipat gandakan lagi nikmatnya untuk perkara lain yang tak pernah disedari. Banyakkan bersyukur dan bersabar, semua ini akan disedari.)

(bersambung…)

Advertisements

One response

  1. Reblogged this on jiwa hamba.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: