Migrain?

Inilah secara umum dalam nikmat itu ada ujiannya. Setiap ujian pula, ada hikmah dan ganjaran dariNya.
Jika diteliti akan ujian kesihatan. Macam-macam jenis penyakit bakal ditemui. Sakit hati, perut, lidah, jantung, kaki, mata, dan lain-lain lagi. Nak tahu lebih lagi, pergi sendiri hospital, tanya doktor perubatan kat situ.
Tapi kali ini nak cerita satu ujian, iaitu penyakit migrain.

Migrain ini,
Bahasa omputeh. Orang lain tak pernah eja macam ni. (versi orang melayu: mek ain (makcik ain)-cuba sebut cara orang tak ada gigi).
Migrain pula,
Tiba-tiba datang. Tak payah jemput, ziarah, dan pelawa, entah tiba-tiba dia serang.

Serangannya pula,
Tak main sikit-sikit. Terus dia bagi, sampai orang itu berdenyut-denyut rasa sakit.
Urat kepala boleh timbul keluar bagi para pesakit migrain. Tinggal tak tersembul sahaja lagi. Kalau tersembul, jadi X-MEN.

Jadi,
Migrain ni sakit dan perit. Nak fikir lebih tak boleh. Nak dongak kepala pun sakit.
Yang boleh buat,
Baring-picit kepala- mengadu sakit/diam tak kata apa-apa. Nak luahkan kemarahan tak guna. Nanti tambah sakit.

Rawatan.
Ini simptom biasa tempat terkena pada orang berpenyakit migrain. Boleh dikatakan seluruh kepala terutama di bahagian depan akan terasa sakit dan berdenyut-denyut keadaannya.
Tetapi, ia boleh hilang. Sama ada diusahakan atau sendiri pergi sepertimana datangnya tanpa jemputan.
Cara merawatnya,
Pergilah cari segelas air suam. Letak madu satu sudu, kacau lawan arah jam. Kemudian, selawat syifa tiga kali, baca al-fatihah, ayat kursi, dan doa minta Allah hilangkan kesakitan.
Mungkin tak menjadi secepat mungkin, maka bersabarlah menunggu Dia menghilangkan kesakitan di samping jangan peningkan diri sendiri berkenaan kerja yang membebankan.
(Di sinilah ajaran tawakal. Haa… cubalah!)

Biasanya,
Orang pergi hospital ambil ubat untuk tahan sakit. Daku tak syorkan atas perkara ini, kerana bukan ubat itu yang mendatangkan kesakitan. Kenapa pula nak cari ubat sebagai penawar kesakitan?
Kesakitan itu daripada Allah. jadi beramallah menurut cara yang Allah paling suka. Iaitu, meminta kepadaNya menurut cara baginda SAW.
Nak ambil ubat, boleh, ambillah. Tetapi sekadar usaha. Bukan yakin ia yang menyembuhkan penyakit yang menimpa.
-masalah yang berlaku kerana ubat itu menggunakan bahan kimia. Kalau herba/ bahan alami tak apa juga. seperti letak inai di kepala yang berdenyut. cara Rasulullah, buat rawatan bekam.

Cara yang lain untuk mencegah migrain,
Jaga kecerdasan diri dan makanan.
Kecerdasan itu bermaksud jangan terlalu sibuk dengan kerjaya yang ditambah beban-beban lain lagi seperti berniaga, korporat, berindustri, berkebun, dan sebagainya.
Manusia ini ada limit. Bila dah sampai limit, macam-macam lah muncul kepadanya. Jadi, kalau ada satu itu dah cukup baginya. Buat apa tambah-tambah beban, sedangkan Allah suruh berusaha bukan suruh menyusahkan diri sendiri dengan usaha (untuk keperluan hidup)?

Banyakkan riadah. Kalau tak di luar, buatlah di kawasan rumah. Riadah bukannya sekadar bermaksud berlari atau bermain itu ini, tetapi riadah jua terdiri daripada pergi bersiar-siar, taman bunga, tengok awan, menghayati titisan hujan, dan berjalan-jalan di kawasan yang rekreasi.
Keindahan ciptaan Allah ada nilai pada hikmah dan kesihatan. Tak percaya, pergi masuk hutan, jumpa orang asli, tanya diorang pernah sakit macam itu, macam ini tak?
Kesibukan dunia dan perbuatan manusia itu yang mengundang pelbagai masalah. Bertimbun-timbun, sampai bila-bila tak sudah.

Amalkan tidur yang cukup. Orang yang biasa dengan migrain jangan kurang tidurnya. Mungkin waktu itu baik, tetapi lepas hari tersebut masalahnya mula menimpa. (Ala…. apa sangatnya tidur yang cukup. Sekadar nyenyak di waktu malam (12-4/4.30 pagi pun dah elok. Kemudian tahajud-jangan pergi buka komputer pula!- Tambah tidur sebelum zuhur. Kalau boleh sampai 30 minit).
Hajatlah sebelum tidur supaay Allah kembalikan nimat kesihatan. kalau nak, tambah mimpi-mimpi yang menyenangkan.

Dari segi pemakanan pula,
Makanan terbaik ialah yang halal dan tidak diambil secara berlebihan.
Makanan tambahan untuk asbab kepada migrain,
Minum kopi, coklat, bahan banyak garam, MSG, keju, sesetengah kekacang, dan benda sejuk macam aiskrim.. Benda-benda macam ini ada related kat kepala, yang kadang-kadang menjadi asbab penyakit ini. (Kari+rempah masakan penang pun tak bagus juga. Macam-macam dibubuh. Jadi hindarkanlah ya!)

Simptom lain dan langkah pencegahannya.
Di bawah ini antara simptom lain bawa asbab kepada migrain di samping kaedah untuk mengawal ia.
1) Cuaca panas biasa memeningkan kepala. Jadi, pakailah topi, helmet, tudung kepala, serban, payung, dan minyak rambut zaitun yang insya-Allah akan menyejukkan kepala. Jangan pakai minyak rambut buatan manusia, tak ada manfaatnya.

2) Hormon juga ada perkaitan. Biasanya pada hormon yang terdapat pada wanita. Jadi, perubahan hormon biasa akan melibatkan perubahan emosi dan minda. Jadi, antara yang akan relate ialah masalah migrain ini.

3) Bunyi bising pun bawa masalah jua. Oleh itu, cara terbaik sibukkan dengan meliaht dan mendengar bunyi unggas dan gaya renang bebas si ikan haruan atau emas di dalam kolam atau pergilah masuk melihat rimba/ hutan.

4) Ini paling ketara asbab kepada migrain. Iaitu kerja,kerja, kerja. Kerja dan masalah bertimbun antara punca utama migrain. Sikit masalah jadi pening, banyak masalah jadi migrain. Masalah dan kerja pula mesti melibatkan urusan dunia. Urusan dunia semua orang akan pening. Sebab pakai otak nak berfikir. (Menurut kajian, pada tahun 2020 15% rakyat dunia meningkat sakit mental.Sebab apa? Kerana usaha fikir sangat untuk memajukan dunia-sempit-.)
Tetapi urusan fikir dan risau akan umat dan kehidupan akhirat, tidak pula akan menyebabkan migrain. Kenapa? Kerana,
Akhirat itu berfikir melalui hati (yang luas). Hati akan menjadi lapang, dan minda akan tenang apabila sentiasa mengingati Dia.

Kerana itu,
Siapa yang banyak fikir akhirat, kurang fikir dan risau akan perkara keduniaan (hanya guna dan lakukan sekadar keperluan),
Maka hidupnya akan sentiasa tenang dan tiada punca untuk jadi migrain.
Betul!
Tak percaya, cubalah!

“Allahumma yasyfik, Rabbil arsyil adzim, ayasyfik…”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: