Menahan keinginan itu lebih sukar dari memenuhi keinginan.

Beberapa hari yang lepas,
Daku telah melepaskan diri dari belenggu yang menyeksa fikiran.
Bukanlah daku orang yang terlalu mengharapkan kepada orang lain,
Tetapi sekurang-kurangnya janganlah membuat aniaya terhadap orang lain yang ikhlas dan melakukan kebaikan kepadanya.

Ya,
Diakui itu takdir daripada Allah SWT. Tetapi, adakah wajar menolak ikhtiar yang boleh dilakukan daripada hubungan antara manusia dengan manusia?

Perkara ini yang sentiasa bermain di fikiranku. Selagi ada daya dan boleh lakukan, kenapa tidak mahu lakukan?
Kerana nafsu, sanggup mengenepikan usaha diri sendiri dan keupayaan akal itu berfikir. Natijahnya, orang lain sakit hati, diri sendiri syok sendiri.

Daku jua akui,
Ada kelemahan pada diriku sendiri. Dan, atas kelemahan inilah daku tidak mahu terlalu menonjolkan diri. Jika daku mampu memperbaiki, daku akan usahakan. Jika tidak mampu,
Awal-awal ingin memohon kemaafan. Bukanku pinta, tetapi sudah Dia menetapkan dan menciptakan.

Nasihatku (terutama pada diri sendiri), terimalah seadanya pada diri orang lain. Bukan terima sebulat-bulatnya, kelak akan membinasakan dan mengecewakan balik pada diri sendiri.
*********************

Dalam diri setiap manusia,
Pasti wujud keinginan pada diri mereka.
Keinginan itu,
Ada yang diluahkan, tetapi ada yang tersimpan.

Yang paling mudah dan simple, biasanya diluahkan dan dibicarakan.
Yang paling indah, manis, dan sukar untuk dilakukan melalui fizikal, inilah yang biasanya tersimpan.

Mungkin boleh tersimpan kejap dan kemas. Mungkin jua terlubang dan kadang-kadang tidak sedar diutarakan. Perbezaan ini berdasarkan keupayaan si penyimpan keinginan.

Salahkah berkeinginan?

Apa pula yang menjadi kesalahan? Keinginan itu fitrah. Semua orang pun pasti memilikinya.
Hanya malaikat sahaja tiada keinginan. Malaikat kan diciptakan dengan tiada nafsu, hanya akal untuk berfikir tentang perkara baik-baik dan mentaati Allah sahaja.
Jadi, lumrahlah manusia itu ada keinginan masing-masing.

Salahkah menyatakan keinginan?

Siapa kata salah? Tak salah pun.
Yang menjadi kesalahan,
Apabila keinginan tersebut luar dari landasan syariat. Luar dari kemampuan orang tersebut melakukan, dan luar dari logic akal fikiran. Inilah yang menjadi kesalahan.
Atas hal-hal selain dari perkara ini, tiada kesalahannya.
Sama ada nak lakukan, atau tidak, itu mengikut pada kehendak masing-masing.

Keinginan ini bukanlah semua datang dari perancangan manusia. Ada yang dirancang, ada yang datang secara tiba-tiba.
Tiba-tiba itu dipanggil lintasan keinginan. Tiba-tiba kata, “Eh, hari ini teringinlah pi makan KFC.” Atau, “Jom, pekena ABC dulu warung sana!”

Lintasan keinginan atau melalui perancangan, semua perlu ditapis. Ditapis mengikut pada tiga keadaan:
1. mengikut landasan syarak. Jika melampau atau melebihi batasan. Simpan sahaja atau biarkan sahaja keinginan itu dalam dada. Tak payah fakir jauh-jauh dan rancang nak lakukan. Buang masa. Hukumnya jelas makruh atau haram.
2. mengikut pada kemampuan orang tersebut. Jika berlebihan, tak payah buang masa jua nak rancang dan buat.
3. mengikut pada logic akal fikiran. Jika keinginan nak terbang atau pi planet marikh naik kereta, hhhmmm…. Baik fikir nak pi Kelantan atau London saja naik kereta, lagi bagus.

Allah asbab utama dalam keinginan.
Ada satu jenis manusia lagi,
Mereka meletakkan keinginan atas kehendak Allah SWT. Apa yang Allah nak, mereka akan buat (dengan keupayaan mereka). Apa yang Allah larang, mereka tinggalkan (mengikut kadar kemampuan, yang pasti mereka beransur-ansur meninggalkan).
Perkara ini khusus kepada mereka. Orang lain tak perlu persoal kenapa dan bolehkah mereka melakukan ia.

Mereka ini telah melakukan suatu usaha untuk mendekatkan diri dan beralih penglihatan daripada suka berhubung dan melihat kemampuan manusia, kepada suka berhubung dan melihat kemampuan Allah SWT.
Jelas, dari segi komunikasi dan usaha kendiri pun telah berubah dari manusia biasa, adakah layak dipersoalkan bagaimana Allah sebagai landasan utama dalam hati mereka?

Yang pasti,
Selagi tidak berlanggar dalam batasan syariat, tidak dilabel ‘orang tak betul’ atau memakan/ menggunakan sesuatu yang bukan spesis manusia lakukan ia,
Mereka ini berada di atas jalan yang benar. Jika tidak, mereka ini tersesat dalam hasutan nafsu yang tak nampak, dan kecerdikan syaitan melancarkan tipu daya.

Oleh itu,
Beberapa perkara perlu diteliti terhadap orang yang menjalani usaha ini.

Iaitu,
1. Awas peranan nafsu dan syaitan. Akan hal ini, daku dah olah banyak dalam laman ini akan perihal, fungsi, dan cara memperbaiki daripada halangan nafsu dan syaitan. Rujuk kembali pada artikel terdahulu.

2. patuhi sunnah Rasulullah SAW dan para sahabat. Mereka ini terlalu dekat dengan Allah dan melalui bimbingan Rasulullah. Kehidupan mereka adlaah yang terbaik dan mendapatkan cop redha Allah di dunia lagi.

Lupakan angan-angan menurut cara sufi dan orang selepas mereka. Bukan tidak boleh, tetapi sebaiknya adalah cara baginda yang turut diajar kepada para sahabat-sahabat baginda.

Contohilah baginda, pasti kejayaan dunia dan akhirat dalam genggaman anda. Insya-Allah.

3. jangan berlebihan dan menyusahkan orang lain. Jika zuhud, anda sahaja zuhud, jangan memaksa-maksa orang lain (anda yang menjalani, bukan mereka). Jika warak, anda sahaja berusaha, bukan mereka yang perlu dipaksa (warak adalah lebih tinggi usaha daripada takwa, sedangkan takwa semua orang perlu berusaha).

4. ikut panduan dan saranan ulama. Terutama, ulama menyarankan kita masih perlu hidup bermasyarakat, dan secara ijtima’ie. Oleh itu, selagi masyarakat tidak memandang serong pada penampilan anda sebagai orang beragama, dibolehkan ia.

Pandangan serong ini seperti, tak makan sampai seminggu atau sebulan. Pakaian koyak sana sini, bertampung sana sini, terlalu naïf, dan menolak naik kenderaan. Jika anda dalam gua atau hutan, tiada masalah nak lakukan sorang-sorang.

5. letakkan matlamat anda atas usaha ini,
Baik di pandangan Allah, tujuannya hanyalah untuk berjaya sampai ke akhirat.
Jangan sekadar rasa, “mesti ini baik di pandangan Allah,” tetapi masih terselit kepentingan nafsu dan duniawi, dan akhirat masih tak nampak baying-bayangnya dalam hati.

6. Banyakkan berdoa, memohon petunjuk dan taufik daripadaNya.
Zaman ini macam-macam fitnah dalam agama. Buat baik salah, yang jahat dipuja-puja.
Justeru, letakkanlah Allah saja sebagai matlamat dan harapan, hanya Dia tempat tujuan dan keinginan.
7. Ini yang paling penting. KENA ISTIQAMAH DAN BERTERUSAN dalam amalan yang telah benar dalam landasan syariat dan ketenangan dalam panduan ulama dan petunjuk Ilahi pada Allah.
Biarlah sedikit kemampuan anda melakukan tetapi berterusan, lebih baik dari banyak tetapi senang-senang je bila-bila nak tinggalkan.
Nauzubillah.

Ini sebahagian dari nasihat dan panduan. Moga setiap orang boleh mengambil manfaat dan teladan.
Insya-Allah.

Dan, jika ada keinginan anda tetapi dalam kehendak Allah,
Bersabar dan banyakkan berdoa kepadaNya. Kerana,
Dia saja yang Maha Mengetahui terbaik untuk anda, dan Dia sedang menentukan terbaik untuk anda,
Buat dunia dan akhirat sana.
Biiznillah.

-selalu tulis tentang topik keinginan ni.. Hhmmm….. entahlah…..

…..
dah sihat?

jika diikutkan kehendak sendiri,
teringin jua nak pergi melawat dan menziarahi.

Tapi…
bagaimana? Tiada satu asbab pun boleh daku pegang nak kata boleh pergi.

Apa yang mampu,
Daku doakan sentiasa dimudahkan segala urusan. diberikan kekuatan dan pertolongan. dikembalikan nikmat kesihatan. dipelihara sekeluarga.

Sentiasa disayangi oleh Allah Taala…

– lup-a nak ucapkan,
Selamat Hari Ibu!
hhmm…. apalah…. ini semua gara-garaa tak pernah sambut sesama keluarga. Bila tanya ibunda, “Bila Hari IBu?” Tak tahu juga. Bila ucapkan,terkejut dan salam terima kasih!

Kata Mutiara Hari Ibu 2013

One response

  1. Reblogged this on HambaMu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s