Takwa dalam kehidupan (4)- Pengharapan pada Allah.

Sukar untuk menentukan bagaimana keadaan ini berlaku pada setiap manusia.
Perkara ini jelas lagi nyata,
Tidak dapat dinilai dan dikenal pasti melalui pancaindera. Namun, masih boleh dikenal pasti
Apabila seseorang itu telah dibuka mata hatinya.

Ketika itu, pengharapan pada Allah adalah suatu kepastian dan keteguhan. Walaupun tiada orang yang merasai dan teringin mengenali,
Dia tetap dengan pendirian dan kedudukannya (mengharap pada Allah), kerana dia telah meliaht dan mengetahui segala-galanya tentang Dia melalui mata hatinya.

Mata hati yang bersinar
Inilah yang diusahakan oleh para orang solihin. Tidak kira apa darjatnya di dunia ini, sama ada nabi, siddiqin, auliya’, muttaqin, muqarrabin, dan solihin,
Mereka ini sebenarnya mendukung usaha dan pencarian yang sama,
Iaitu mendekati hubungan mereka dengan Tuhan mereka. Tidak dapat tidak, mata yang di dalam ini perlu dibuka barulah terbuka jalan untuk menghampirinya.
Jika tidak,
Jadilah manusia yang ibarat burung tahu berkata-kata tetapi tidak tahu apa makna dan maksud perkataan itu pada dirinya. Bila ditangkap dan nak kena telan dek kucing, bunyilah ia suara asalnya yang memang dikenali dan tahu akannya.

Untuk membuka mata hati inilah,
Para solihin ini berusaha keras menurut jalan yang disaran aka diperintah olehNya. Apakah ia? Mudah saja,
“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU.” (Az-Zariyat:56)

Hanya dengan ayat ini, jelas terpampang highway untuk mermbuka mata hati menghampiriNya.
Beribadahlah.
Paling mudah, apa yang dituntut dalam rukun Islam itu dilakukan dengan penuh penghayatan dan kesungguhan, anda telah berjaya melakukan usaha membuka mata hati anda.

Namun,
Zaman penuh maksiat dan kerosakan ummat membuatkan hati itu mudah untuk ditutup kembali pintu penglihatannya. Ia terlalu sensitif. Ada maksiat dilakukan atau tidak, muncul saja titik hitam padanya, gelaplah ia dari melihat. Jadi, tak kuatkanlah iman, tak kuat lagilah hubungannya dengan Allah.
Tambah gelap dan hitam legap hati itu,
Senanglah ia untuk melakukan maksiat tanpa keinginan untuk berbuat taat. Seterusnya, jadilah satu lagi manusia yang ibarat teman kepada syaitan (nauzubillah.)

Nak tak nak,
Kena tambah usaha untuk mengekalkan kebersihan sinar mata hati. Oleh itu, tak cukup dengan hanya pada rukun Islam (sebab godaan dan tentangan dah bertambah), perlu tambah usaha dengan zikir yang berterusan dan hati yang sentiasa berdoa memohon perlindungan dariNya.
Zikir tidak sekadar Subhanallah, tahmid, takbir. Zikir tak sekadar ucap Lailaha illallah. Ia lebih dari itu. Al-Quran itu zikrullah. Berdoa itu zikrullah. Solat itu zirullah. Dakwah jua zikrullah.

Doa lambang sebuah pengharapan.
Ramai yang ambil remeh perkara ini. Sesungguhnya, inilah yang paling penting dan merupakan kekuatan sebenar seorang mukmin.
Kerana,
Dengan doalah manusia itu terus berhubung dengan Allah. Solah, kesempurnaan hubungan doa kepada Allah.
Yang menjadi maslahatnya,
Nak yakin pada kepada siapa berdoa dan apa nak dipinta ketika berdoa. Bila perkara ini berlaku, ambil lewalah ketika berdoa. Bermalas-malasan, dengan penuh kelalaian, dan sekadar cukup syarat dalam beribadah. Dilakukan seperti nak tak nak saja.
Sedangkan semua manfaat dan mudarat itu datang dari kehendak Dia.

Sekiranya seseorang itu telah terbuka mata hati dan kenal Allah itu sentiasa melihat dan mendengar dirinya sedang berdoa,
Maka doa itu menjadi suatu kebiasaan dan keinginan pada bila-bila masa dan keadaan. Dilakukan dengan penuh pengharapan dan kesungguhan. Dengan penuh kerendahan dan pertolongan.
Dari sebesar-besar permintaan sehinggalah sekecil-kecil permohonan. Dari perkara yang mustahak sehinggalah perkara yang terlalu remeh seperti nak naik motor, makan nasi, dan buat kerja sekolah.
Perkara ini berlaku apabila telah dirasai dan dikenali betapa terlalu kerdilnya, banyak kesalahan, tiada langsung kemampuan, dan sentiasa mengharapkan bantuan.
Tiada sesiapa yang sedia membantu dan memperkenankan pada setiap keadaan dan masa. Melainkan Allah SWT. Dialah saja yang sedia menolong, mengampun, membantu, dan menghulurkan pertolongan.

Jika telah dimiliki sifat ini,
Maka mendekati dia ketetapan darjat muttaqin, menghampiri pada darjat muqarrabin.
Status hamba telah mantap dan kukuh dalam diri. Permintaan dan harapan menunjukkan hamba itu terlalu mengasihi dan mencintai tuannya, iaitu Tuhan yang Maha Mengetahui.
(tetap atau tidak darjatnya, hanya Allah sahaja Maha Mengetahui).

KepadaNyalah daku meminta
KepadaNyalah daku memohon pertolongan.

One response

  1. Reblogged this on HambaMu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: