Berlemah lembut atau berkeras?

Pada suatu pagi,
Daku telah mengadakan suatu perbincangan yang agak lama dengan seorang teman.
Persoalannya,
“Bagaimana nak tegur orang yang lebih tua daripada kita, khususnya ibu dan ayah akan perkara yang sepatutnya tidak dilakukan oleh mereka. Sebagai contoh, makan atau minum dengan tangan kiri, tidak solat di masjid atau berjemaah, tidak menutup aurat di luar rumah, dan sebagainya.”

Lama sudah daku fikirkan akan perkara ini. Bukan kita tidak sedar atau tahu akan kebaikan orang tua (khusus pada ibu atau ayah), tetapi kadang-kadang kerana kelemahan diri sendiri, yang buruk itu lebih menarik perhatian dan lebih suka ditegur daripada kebaikannya selama ini.
Sebegitupun, benda yang buruk tetap kena tegur. Benda yang baik apatah lagi.

Tak pandai juga…
Katanya,
“Aku sendiri pun tak beberapa pandai bab ni. Kalau aku nak tegur, direct cakap je. Tak pandai nak berlembut-lembut ini.”
Hhmmm…. betul. Itu pun salah satu kaedah tegur. Dulu, daku pun selalu jua buat perkara yang sama. Tetapi maslaahnya, ramai yang tidak suka dan diri sendiri pun ada kesilapan yang tidak pula berubah lagi.
Oleh itu,
Bab teguran ini kena pergi lebih jauh. Tidak sekadar hanya menegur.

Maslahat menegur
Antara punca maslahat perkara ini ialah,
Jarang kita tegur atas perkara yang sama, dan jarang pula orang itu jua ambil peduli untuk berbincang dan mengambil manfaat atas teguran yang dilakukan.
Jadi, sekali tegur, sekali tak buat. Esok, buat balik dan seterusnya. Jadi, maleh juga orang yang menegur nak cerita benda yang sama setiap hari, kerana kelemahan diri sendiri. Padahal, setiap hari menegur itu yang akan menimbulkan hasil. Buah berbuah bila pokok dah matang, pokok berbunga bila dah membesar dan sampai musimnya, dan padi keluarkan hasil bila lama berusaha membajak dan menuai ia.
Jadi, kena sabar menegur ini. Bukan hanya fikir untuk sekali, tetapi banyak kali.

Teguran bertahap.
Nak tegur manusia, bukan semua boleh ikut cara dan kaedah yang sama. Anak muda lain, kanak-kanak lain, orang dewasa lain, teman sebaya lain, dan orang tua lain.
Budak atau kanak-kanak tegurlah mereka dengan keras tidak mengapa. Ini kerana memang mereka perlu berkeras, kerana mereka baru belajar untuk menerima.
Berlainan pula dengan orang dewasa dan orang tua. Mereka rasa dah banyak makan garam (itulah yang banyak penyakit mula menimpa) dan lebih baik daripada kita. Mereka ini perlu ditegur dengan berlemah lembut dan kasih sayang, serta tunjukkan dengan akhlak mulia.
Rajin bergaul dengan mereka, lebih mudah untuk mereka menerima (walaupun tak juga).
Teman sebaya, tegur lemah lembut dan kasar. Mereka ini boleh menerima kerana sama kenal dan usia yang sama.
Sungguhpun begitu, orang yang menegur kena kuat semangat. Tak boleh berputus asa hanya sekali. Tegur lagi dan lagi sehingga anda sendiri menjadi lebih baik dan malu melakukan keburukan yang dilihat orang lain kemudian hari.

Berlemah lembut atau berkeras?
Persoalan ini bermain di mindaku. Nak tegur ini, secara berlemah lembut atau berkeras?
Lemah lembut nanti dia buat tak peduli. Berkeras, nanti pecah hati.
Jadi macamana?
Fikir punya fikir,
Kena buat macam ini.

Dalam bab teguran ini,
Jangan kita letak kesalahan itu, itulah dirinya. Bukan! Letakkan kesalahan itu adalah kesilapan yang tidak disedarinya.
Dalam banyak-banyak kebaikan, inilah kesilapan yang paling tak disedari dan habit yang sukar nak dihindarkan.

Jadi,
Niat untuk sentiasa kekalkan hubungan. Bukannya tak mahu jumpa lagi selepas ini.
Apa yang perlu dilakukan ialah….
Tegurlah dengan penuh hikmah. Hikmah itu terkandung dalam kekerasan dan kelembutan.
Misalnya, melihat orang tua sukar bangun subuh. Pergi ambil wudu’, azan dalam rumah, ambil adik beradik solat di ruang waktu, pastu doa dengan nyaringkan suara moga Allah dengarkan pada orang tua akan kekurangan diri mereka.
Kalau orang tua tak tutup aurat,
Belikan baju kurung @ jubah, beli kain telekung. Kemudian, selitkan kelebihan pakai tudung dan baju labuh. Tak payah cerita lebih-lebih sampai masuk kesilapan mereka. Banyakkan berdoa, moga Allah lembutkan hati mereka untuk berubah.

Kalau makan atau minum air guna dua-dua tangan atau tangan kiri,
Tegur dulu direct. Kalau tak boleh terima,
Berpakat dengan adik cerita kelebihan makanan dan minuman menurut sunnah. Kemudian, suruh adik berpura-pura ambil makanan atau minum air guna tangan kiri. Tegah dengan segera kata, “Hei, jangan minum tangan kiri! Rasulullah larang. Siapa minum tangan kiri dia minum bersama syaitan!”

Buatlah berkali-kali, sehingga ibu bapa terkesan dengan teguran atau perancangan kita atas kesilapan mereka selama ini.

Yang paling pasti,
Dalam setiap teguran itu, perlukan doa. Doa yang betul-betul mengharap Allah buka hati orang tua agar berubah dan meninggalkan perkara yang salah.
Mungkin macam tak nampak kesannya. Tetapi yakinlah, dengan asbab sentiasa berdoa, walaupun teguran itu sedikit, seseorang itu boleh menerima teguran kita dan amalkan ia sepanjang masa.
Biiznillah.

Advertisements

One response

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: