Jangan Menggelarkan Sesuatu.

Kadang-kadang daku menulis,
Bukan sekadar luahan minda atau cetusan perasaan.
Ada juga sebagai kritikan, idea, pandangan semasa, dan apa yang sedang dilakukan.
Kadang-kadang sebagai motivasi diri dan mungkin juga pembakar semangat kepada orang lain yang menatap laman ini.


Hidup di dunia ini ibarat roda. Suatu ketika berada di atas, ketika yang lain berada di bawah.
Hidup di akhirat ibarat gaung atau berlepas ke angkasa. Terus jatuh tak naik ke atasa, atau terus naik ke atas, tiada fikir atau boleh langsung nak turun.
Ini fasa berbeza dunia dan akhirat. Realiti, cuma tak sampai lagi.

Bagi menggapai fasa akhirat, seseorang itu perlu usahakan beramal di dunia ini. Maka, nak tak nak, wajiblah dia beramal dengan agama yang diredhai, Islam.
Apabila Allah nak berikan lebih baik dari sekadar beramal, dia akan diberikan kefahaman tentang agamaNya. Apabila ingin diberikan lebih baik dari kefahaman, diberikan pula kekuatan untuk menyampaikan ia. Apabila ingin diberikan lebih baik dari menyampaikan, maka diberikan kerja khusus sebagai orang yang menyampaikan berita gembira atau ancaman dariNya.

Jadi,
Apabila Allah ingin memberikan suatu kebaikan yang banyak pada seseorang, tahap yang paling utama perlu dilalui ialah,
Kesabaran.
Dengan kesabaran inilah dia beroleh suatu kebaikan yang banyak. Dengan kesabaran ini menerima buah hikmah yang banyak. Dengan kesabaran ini dia memperoleh kekuatan dan tarikan yang tidak pernah mampu dilakukan sebelumnya.

“Apabila Allah ingin memberikan kebaikan yang banyak pada seseorang, maka kesabaran itu yang dipinta sebagai syaratnya.”
*********************

Siapa yang di dunia ini tidak pernah ada perasaan taksub?
Siapayang di dunia ini tiada perasaan fanatik?
Siapa yang kat dunia ini tiada rasa inilah yang patut aku ikut-ikut selama ini?
Mesti semua orang ada rasa begini bukan? Cuma, tak semuanya sedar dia tergolong orang yang taksub dan bermegah akan sesuatu perkara.

Ada orang taksub dengan manusia. Ada yang taksub dengan pangkat dan harta. Ada yang berlebih-lebih dalam perbiuncangan dunia. Ada yang suka sungguh berparti dan berpolitik negara dan dunia.
Ini contoh sifat orang taksub. Taksub ini- senang cerita- bersungguh-sungguh mengikut apa yang terasa betul dan berkenan di hatinya, tanpa perlu dalil dan hujah.
Jika perkara itu betul, maka taksubnya adalah baik. Jika salah, hhmm… jauhlah tersesat dengan tipu daya duniawi.
Tetapi, dalam banyak-banyak taksub, taksub paling baik dan disaran dalam agama ialah taksub keimanan yang betul pada Allah dan RasulNya.

Taksub dengan Allah.
Bila dikatakan taksub pada Allah,
Maka ada ke tidak hujah untuk berkata tentang Dia, tiada lagi perlu dan berguna. Jika ada, bertambah lagi taksub dan keimanan itu makin kuat. Apa yang penting taat sahaja semua yang disuruh, dan tinggal apa yang dilarang.

Allah itu bukan sekadar tuhan yang disembah, tetapi Dia juga sebagai pemilik, pencipta, tuan, majikan, dan empunya badan setiap makhlukNya.
Jadi, ada ke alasan bagi sekalian makhluk itu yang mempersoal siapakah Allah? Hanya ada dua golongan saja yang nak berhujah siapakah Tuhan (siapa Allah). Pertama, orang tak kenal Allah. Kedua, orang yang tak tahu dia itu makhluk yang diciptakan oleh Allah.
Mereka yang tak kenal, maka sibuk-sibuklah berbicara. Bagi orang yang betul-betul kenal, tak payah cakap banyak, buat saja.

Menggelarkan pula…
Tetapi, timbul pula masalah lain. Iaitu, antara golongan yang kenal Allah dnegan tak beberapa nak kenal Allah.
Orang yang kenal (atau beruasaha semakin ingin mengenali) Allah akan berfikir, berkata-kata, berzikir, dan sentiasa menunjukkan sifat keinginannya untuk beribadah dan mentaati setiap apa-apa yang diperintahkan. Dari kecil ke besar, jika itu yang Allah suruh, itulah jua yang dibuat.
Bagi orang baru nak kenal atau tak kenal tapi buat ibadah, mereka tetap melaksanakan perintah Allah dan laranganNya. Tetapi tiada rasa takut atau harap, tiada rasa Allah itu sentiasa melihat. Dia lakukan kerana rasa nak lakukan atau kerana orang lain juga lakukan. Fikirnyha, zikirnya,kata-katanya, jauh dari menyebut tetnang Allah dan menunjukkna sikap suka mendengar orang berkata tentangnya. Sebutan yang keluar dari mulutnya pun biasa berbunyi, “Tuhan”, bukannya “Allah”.

Jadi, dua-dua belah pihak ini menunjukkan sikap yang sama, iaitu mengerjakan ibadah kepada Dia. Bezanya, seorang ibadah kerana kenali Dia, seorang lagi ibadah tetapi kenal dirinya daripada Dia.

Maslahatnya mula timbul, apabila orang tidak kenali (atau tak beberapa kenal) Allah ini melihat tingkah laku dan perbuatan orang kenali (atau berusaha untuk kenali Dia).
Bila tengok saja ibadah, tingkah laku, percakapannya antara mereka telah berbeza, mulalah diagung-agungkan orang yang nak kenali atau berusaha untuk kenal ini.
Macam-macam gelaran mula timbul. Gelaran A, B, C, atau D, mula diperkata-katakan.

Mereka sangka (mungkin) gelaran itu baik dan untuk memuliakan orang yang nak kenal Allah. Hakikatnya, bukan mereka nak kan itu semua.
Gelaran itu sikit pun tak bagi manfaat, sikit pun terlintas langsung mengharap di hati mereka (jika ada, itu syaitan laknatullah).
Jika dulu ketika mereka tidak dikenali Allah tetap berikan rezeki, inikan pula apabila telah dikenali, mengapa pula ingin melihat orang lain yang tiba-tiba mengeluarkan gelaran itu dan ini?
Mungkin dianggap remeh, “Alah… sekadar gelaran saja… baik apa bunyinya?” Hakikatnya, gelaran itu membawa kerosakan keapda hati, yang tawajuhnya (tumpuan) selama ini kepada Dia, tiba-tiba orang lain menumpukan pula kepada dirinya.

Cukuplah sekadar hormati antara satu sama lain dan tidak menggelarkan apa-apa. Bagi yang kenal atau berusaha nak kenal Allah, mereka tidak ada jaminan untuk ke syurga tanpa keizinan dariNya. Bagi yang tak berapa kenal atau maleh nak kenal, perbaikilah diri anda di hadapanNya. Dia tidak memerlukan anda, dan anda memerlukan Dia.

Hhmm…
Begitulah kehidupan manusia. Yang depan mata itulah yang dicari dan digali. Yang janji pasti dari Allah dan RasulNya, lupa nak timba dan dikumpul buat akhirat nanti.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: