Ruqyah (2)

Kebiasaannya jin dan syaitan ini mudah untuk masuk atau membawa kemudaratan kepada beberapa keadaan dan golongan.

Pertama, para wanita. Wanita ini lemah daya rohaninya. Jadi, kelemahan ini digunakan oleh tukang sihir atau jin untuk masuk dan memudaratkan mereka.

Kedua, orang yang tidak menjaga amal ibadatnya. Golongan ini sering meninggalkan amal ibdat, ambil sambil lewa, dan asyik dengan tipu daya daya (bila dah sakit, mula cari kaedah dalam agama dan orang agama untuk merawat). Namun, tidak bermakna orang yang jaga amal ibadat tidak terkena. Ada kes mereka juga terkena, cuma masih terjaga dan lebih sukar dari orang yang tidak menjaga ia.

Ketiga, orang yang tidak mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w.
Sesungguhnya, dalam setiap sunnah itu ada kejayaan. Bukan sahaja untuk kehidupan di akhirat malah untuk kehidupan di dunia ini.
Makan, minum, masuk tandas, tidur, ketika masuk dan keluar rumah, bersama keluar, isteri, dan lain-lain itu ada sunnah dan pedoman Rasulullah. Banyak kes berlaku pada tempat-tempat sebegini.
Terutama, ketika makan dan minum (PENTING: jangan sesekali makan di kedai orang bukan Islam dan jangan selalu makan masakan di kedai dan di orang luar. Baca Bismillah dan guna tangan kanan ketika makan atau minum air!), ketika tidur (pada waktu ini, manusia tidak lagi ada kekuatan untuk menjaga dirinya. Jadi, bacaan doa dan taawuz amat penting pada ketika ini), dan ketika dalam bilik air (ini rumah syaitan. Mana taknya mudah terkena…)

Tanda awal terkena jin/sihir/ syaitan.
Mereka ini mudah menetap di dalam tubuh badan manusia. Apabila ada saja jin/sihir/ syaitan dalam tubuh manusia, sedar atau tidak, tanda-tanda ini akan berlaku.
1)Tak senang dengar orang membaca al-Quran atau cakap kehidupan beragama.
2)Gelisah bila manusia cakap kebesaran Allah
3)Tak suka pada sugi dan sunnah
4)Mudah melenting dan marah-marah (padahal tidak sebelum ini)
5)Badan sentiasa terasa panas.
6)Tabiatnya berubah kepada buruk seperti kurang ajar, mudah bercakap kasar, suka bersendiri, meracau di waktu malam, tak terurus, suka jauhkan diri dari kumpulan/ berjemaah.
7)Selalu mimpi buruk. Misalnya, mimpi ular, haiwan yang menakutkan, makhluk/ lembaga selain dari manusia baik-baik.

Satu kajian kes sihir: Sihir Pemikat
Di sini, daku petik dari Bomoh Zorro akan antara sihir yang biasa terjadi, iaitu sihir pemikat. Di sini dijelaskan akan tanda-tanda dan simptom seseorang yang terkena sihir pemikat.
Lazimnya Jin pengasih yang digunakan oleh si pemakai untuk memikat wanita@ lelaki lain dalam merealisasikan niat si pemakainya untuk mendapatkan lelaki@wanita idamannya. Pengakhirannya adalah ikatan perkahwinan tanpa rela/kesedaran nyata.Si pemakai menikmati kehidupannya seperti biasa dengan kemegahan dan si mangsa akan menuruti segala perintah si suami/isteri seperti kerbau dicucuk hidungnya.

Penghantaran Jin adalah melalui:
1. Angin (gambar mangsa)
2. Minyak Pengasih (lazimnya terdiri daripada air mandian mayat, minyak bunga tanjung, minyak zaitun /minyak wangi biasa) minyak akan dipuja terlebih dahulu & di masukkan signal untuk jin bertindak apabila minyak ini telah dicalitkan kepada si mangsa.
Kezaliman ini selalunya tidak kekal lama. Ianya bergantung kepada jangka masa perjanjian yang telah dimeterai. Berdasarkan pengalaman ISMAK RUQYAH perjanjian biasanya berkekalan sehingga 3-5 tahun. Si pemakai terpaksa melayan kerenah jin pengasih selagimana dia terikat dengan perjanjian tersebut.

Perjanjian merangkumi:
1. Perjanjian Berdarah (menggunakan medium binatang sebagai korban / Pemujaan)
2. Perjanjian Saka (menjadikan badan si pemakai sebagai ganti makan/ penumpang)
3. Perjanjian Anak ( Menjadikan anak sebagai ganti upah@ anak didalam perut akan diambil sewaktu mengandung)
4. Perjanjian Barangan Mistik ie: keris, batu cincin etc (Si pemakai akan melakukan pemujaan & proses pengasapan dengan kemian@ rendaman darah binatang)
5. Perjanjian Ikatan (jin dikawal dari jarak jauh dengan menggunakan ikatan pada benda@pokok@barangan tertentu. Si pemakai mahir menggunakan jin pengasih@ sememangnya seorang tukang sihir)

Lokasi rumah jin di dalam badan mangsa
1.Kemaluan (lazimnya wanita)
2.Belakang badan (tulang belakang)
3.Pinggang (wanita)
4.Bawah ketiak (kerap Lelaki)
5.Jantung
6. Bawah dagu

Terbatalnya perjanjian sekiranya:
1.Si Pemakai @ yang terkena pakai (mangsa) meninggal dunia
2.Jin Memberontak (Tuannya gagal memenuhi kehendak perjanjian)
3.Muallij (Perawat) Berjaya menghapuskan /bakar /curi /potong perjanjian melalui TEROKA BATIN.
4.Jin tua@ lemah setelah dibelasah Muaallij .
5.Keluarga Jin pengasih dapat diselamatkan & dibebaskan dari tukang sihir@ si pemakai. (Jin pengasih terpaksa melakukan kerja akibat dipaksa@diugut)
6.Mangsa sedar dengan Izin Allah swt & pemecahan kesedaran di atas Hidayah Allah swt.
7.Si mangsa telah melahirkan anak yang pertama@ kedua @ ke tiga. Pemecahan perjanjian yang telah dibuat.
8.Si pemakai terlanggar sumpah @ si mangsa termakan sesuatu yang elergic bagi jin pengasih (di atas kehendak Allah) contohnya : rebung /madu.

Diantara symptom (tanda) terkena Jin Pengasih:
1.Lupa @ sentiasa dalam khayal.
2.Mimpi Lelaki@ wanita si penyihir berulang kali.
3.Mimpi kenduri@ berkahwin @ mimpi berahi/syahwat
4.Mimpi seperti diikat @ benda tertentu. (binatang @ berjumpa jin jantan bagi wanita & jin perempuan bagi wanita)
5.Mimpi budak-budak/ kanak-kanak
6.Sering menghidu bau busuk pada masa & hari tertentu. Contohnya: Maghrib / Asar /bau telur hanyir/lumpur@selut /darah/bau badan orang yang biasa kita dekati)
7.Sukar mengandung.
8.Sering sakit apabila datang bulan / Kemaluan seperti diikat@ terasa pergerakan di dalam rahim
9.Kemaluan menjadi kecil secara tiba-tiba.
10.Hilang nafsu makan
11.Sukar Solat /tidak khusyuk
12.Sering bercakap sorang2.
13.Murung /Stress keterlaluan
14.Merasa diri seperti berada sidalam sangkar @ sukar bernafas.
15.Sering merindui si pemakai .
16.Sukar tidur sekiranya si pemakai tiada disisi.

Apabila perjanjian ini terbatal@tawar pesakit@ mangsa akan tersedar dari kehidupannya sebelum ini. Dia akan mengingati kembali peristiwa-peristiwa sebelum ini & menyedari bahawa selama ini dirinya telah disihir.
Lazimnya mengikut perawatan kami mangsa akan merasa benci, marah & dendam apabila rahsia si pemakai (situkang sihir) terbongkar. Diketika inilah penceraian akan berlaku @ pergaduhan besar.

Ayat dan cara pelindung dari terkena Sihir Jin pengasih.
(Wanita /Lelaki) :
1. Sering menutup Aurat
2. Elakkan disentuh secara sengaja @ tidak oleh lelaki /perempuan( Pengasih Minyak)
3. Jangan mendedahkan gambar peribadi anda walaupun hanya gambar muka.
4. Elakkan melihat mata lelaki /perempuan kerana dari mata turun ke hati. (Melalui angin)
5. Jarakkan dalam 4-5 kaki dari lelaki/perempuan yang kita berbicara (Angin- tiupan)
6. Elakkan makanan/minum yang di berikan oleh lelaki/perempuan. (Angin)
7. Elakkan memberitahu nama ibu. (angin)
8. Elakkan menerima hadiah dari seperti minyak wangi, pin tudung, kain sutera.
9. Jangan menerima sesuatu benda sekiranya anda mendapati benda itu diselaputi minyak @ terdapat bauan tertentu pada baranagn tersebut.
10. Sentiasa dalam wudhuk @ memakai wangian kasturi di nadi & di belakang telinga.
11. Sentiasa menjaga Solat & amalan sunat yang lain.
12. Tidur mengadap kiblat & sebelum tidur bacalah:
Subhanallah 33x
Alhamdulillah 33x
Allahuakbar 34x
Selawat Tafrijiah
3 Qul
Ayatul Qursi
Yasin: 9 (di tiup di telapak tangan & disapu keseluruh badan)
Zikir sampai terlena…

Cara terbaik dalam kehidupan harian waktu berkerja adalah Berzikir sepanjang masa, selawat sepanjang hari & sekiranya berasa sesuatu yang tidak menyenangkan(berat hati) apabila bercakap dengan lelaki /perempuan maka berundurlah dari situ @ bacakan fatihah di dalam hati & ditiup seperti tiupan di dalam straw ke arah lelaki /perempuan tersebut tanpa disedari lelaki/perempuan tersebut. Sekiranya dia terbatuk-batuk @ percakapannya tidak tersusun@ tersasul2.. maka ia adalah salah satu symptom bahawa insan ini berniat tidak baik kepada anda. Maka beredarlah dengan alasan tertentu.

Wallahua’lam.

2 responses

  1. Bagaimana cara membuka apabila di sihir? Jue
    Sabahh

  2. Ya allah..
    saya mempunyai pengalaman terkena santau pengasih..
    tersiksa jiwa raga..hidup spt menjadi hamba isteri..
    alhamdulillah saya sudah sembuh skrg dgn bantuan ibu saya..
    apa yg admin tulis ini sememangnya benar..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: