Ruqyah (3)

Sebenarnya,
Daku tak berminat untuk berkata lebih-lebih akan perkara ini. Teringat kata-kata seorang teman,
“Jika kita mengagungkan sesuatu, pasti benda tersebut terpegun dan berbangga dengan kewujudannya. Maka, lebih gembira dan senang untuk menampilkan dirinya.”
“Begitulah jua dengan perihal makhluk halus ini. Suatu ketika, hanya sebab diedarkan cerita itu ini berlaku pada keluarga terdekat, diri sendiri turut terasa bahang yang sama. Alhamdulillah, dengan izin Allah, baca sedikit ayat pelindung dan al-Qur’an, segalanya telah pergi.”

Begitu jua dengan pendirianku.
Daku sebenarnya (hakikatnya) tak suka cerita benda yang tak nampak yang mengagung-agungkan kedudukan ia. Melainkan perihal agama (orang tak nampak nilainya), para anbiya’ (orang mulia di sisi Allah yang telah meninggalkan kita), dan Allah swt (yang memang tak akan ada makhluk yang nampak Dia, tetapi Dia nampak kita).
Ini sahaja. Hal-hal lain, malas nak ambil tahu dan peduli. Hanya sekadar beberapa info sebagai maklumat dan pencegahan diri. Itu sahaja.

Al-Qur’an sebagai Amalan diri.
Kali ini, daku ingin sambung sedikit lagi akan perkara ini.
Sedikit saja, sebagai maklumat berguna dan amalan sepanjang masa.

Daku menyelusuri beberapa artikel dan pengalaman manusia berkisarkan perkara ini. Diganggu dan diceroboh oleh sang makhluk tanpa undangan.
Macam-macam. Tak payah diceritakan.

Yang daku ingin tekankan,
Amalan si perawat ini.

Paling terkesan, mereka hanyalah menggunakan zikir yang maksudnya membesarkan dan meminta kepada Allah, di samping beberapa petikan al-Quran dan bismillah sebagai amalan harian dan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku di sekeliling mereka.
Boleh pelajari sebagai pendinding diri sendiri. Penting untuk bertemu sdan berguru agar pesanan dari hati oleh guru boleh diterima sendiri dari murid ini.

Yang paling bermain-main di minda ini,
Keajaiban Allah mencipta kalamNya yang Mulia. Bagaimana perawat ini mengamalkan al-Quran sebagai medium perubatan utama. Hanyalah cukup al-Qur’an, manusia yang hebat pangakat dan darjat, cerdik dan pandai, kuat dan berkuasa, dan cantik dan memepersona, semua tersungkur mengakui al-Qura’an sahaja yang diperlukan (khususnya apabila berlaku kes sebegini).
Yang paling jelas, makhluk lain selain daripaada manusia begitu terkesan dengan kalamNya, tetapi tidak pula pada kehidupan manusia.
Ada yang berubah, terkinja-kinja, berubah suara, dan dimensi lain setelah buah ayat al-Qur’an dilontarkan kepada mereka.

Hal ini membuatkan mindaku berfikir. Benarlah al-Quran itu mukjizat Allah, yang layak diterima kepada makhluk yang tak terkesan dengan kewujudan (kehebatan) ia.
Itulah manusia. Yang layak menerima dan membaca, ialah di kalangan nabi dan rasul, atau orang soleh selepas mereka.

Melihat kelebihan ini,
Seorang perawat hanya berpesan,
“Puan, jagalah zikir, solah, bacaan al-Quran (edited), dan jangan ada sifat buruk.”
Jika seseorang muslim itu beriman dengan empat perkara ini, insya-Allah akan terlindung dan menjadi pendinding atas perkara yang jelas atau tidak di depan mata.

Pelindung, Zikir, dan Bismillah.
Zikir yang paling besar nilainya ialah zikir lailaha illah. Jika diletak segala tujuh petala langit dan bumi di sebelah dacing, dan sebelah lagi kalimah Lailaha illah, pasti kalimah ini lebih berat lagi.
Berzikirlah dengan kalimah ini sebanyak-banyaknya, di samping merasai kebesaran Allah dan kekuasaanNya dalam jiwa.

Sebutan yang paling agung ialah kalimah Bismillah. Ayat ini merupakan nama Allah. Jangan dipinggir. Jika mampu buat, zikir kalimah ini sehingga 786 kali. Insya-Allah.

Pelindung yang paling ulung ialah ayat kursi. Bacalah selalu. Rasa atau tidak, bacalah sentiasa ia. Mungkin ada tegar atau hati banyak keras, tetapi tidak pada makhluk Allah selain daripada anda.

Jika ada wangian, sebaik-baiknya dipakai. Sebaik-baik wanigan dari wangian kasturi yang original.

Ada pakaian, pakailah dengan sempurna tertutup auratnya. Hal ini kerana, bukan hanya manusia yang melihat dan dilihat, ada makhluk lain yang melihat mungkin menyukai anda atau melihat yang sedang mengeji anda. Terus terang, tudung itu bukan sekadar hiasan di kepala. Tetapi, ubun-ubun kepala adalah antara tempat untuk masuk.

Jika ada sugi, pakailah kayu sugi sentiasa. Kayu sugi bukan sekadar membesihkan gigi,malah menghindarkan diri dari gangguan syaitan. (Jika berlaku kes histeria, ketuk anggota badan dengan sugi, insya-Allah akan tersedar kembali. Histeria ini kes jiwa kosong dari pengisian rohani. perkara ini paling mudah berlaku dan terjadi. Jerit dan meracau bukan apa, bahasa saja. Bagi orang yang cuba mengawal, anda hadapilah dengan al-Fatihah dan ayat kursi. Bagi minum atau jiruskan –baik sikit renjiskan- air di muka orang yang terkena dengan air dibaca penawar dan ayat suci..Yang penting, wujud pendinding pada diri anda sendiri. Jika anda tak kuat dan tiada kekuatan rohani, benda macam ini merapu pula pada anda nanti.).

Sentiasa dalam keadaan membesihkan diri dan berwuduk. Orang yang sentiasa dalam najis dan kotoran (termasuk haid) mudah dihinggapi.

Jangan letakkan diri suka-suka makan di kedai. Jika seseorang itu menjaga betul-betul amalan dan mengelak dari perkara yang tidak diingini, sebaik-baiknya jauhkan makan di kedai/ gerai. Beli dan masak serta makan di rumah. Merapatkan hubungan seisi rumah. –orang yang suka makan di gerai lebih mudah menghadapi masalah dalam rumah tangga. Wallhua’lam.
Di rumah, apa sahaja makanan yang sedang dimasak, atau sedang dihidangkan, pastikan ia tertutup. Jangan dibiarkan terbuka, walaupun hanya segelas air. Ini berdasarkan tegahan Rasulullah kepada seorang sahabat. Tutuplah walaupun hanya dengan lintangan kayu sugi.

Yang terakhir,
MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI DIUBATI. PERSEDIAAN LEBIH BAIK DARIPADA BERHADAPAN REALITI.
Amalan dalam agama itu sebenarnya pendinding sepanjang masa. Amalkanlah amalan sunnah pasti akan berjaya.

Setiap manusia itu lemah, hatta dia itu kekasih Allah (Rasulullah s.a.w. pernah ditimpa sihir dan diracuni beberapa kali oleh orang Yahudi). Oleh itu, berlindunglah sentiasa yang Maha Kuat dan Maha Mengalahkan. Yang sentiasa menghulurkan bantuan ketika hambaNya itu memerlukan.

Semoga sentiasa dikembalikan nikmat kesihatan, dipermudahkan segala urusan, ceria dan gembira, dan dipelihara oleh Allah sentiasa. Amin.

    Makhluk itu tidak perlu dipuja
    Mereka akan mengecil dan menghilang
    Apabila tidak dipeduli dan sentiasa berpegang kekuatan sebenar asalnya daripada mana.

(BONUS: Sekiranya anda berminat dengan bacaan ayat suci al-Quran dan zikir, maka daku syorkan download bacaan dan zikir yang dilampirkan di sini. Insya-Allah, ada keberkatan padanya dan sekiranya terasa gelisah, terganggu, atau sedang bermuram, zikir ini mengandungi suatu kekuatan dan penyembuh masalah jiwa dengan serta merta. –bacaan dari Dr. Harun Din dan ahli Darul Syifa’ dalam suatu majlis perhimpunan mereka . DOWNLOAD DI SINI.)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: