Jiwa dan Jasad: Kepastian.

Dalam benakku ini,terasa sesuatu perasaan dan kata hati.
Membuatkan terngiang-ngiang di kepala ini setiap hari akan perkara yang sama.
Ingin dikata benar pun sukar, nak dikata tidak, tak boleh juga.
Inilah yang berpusing-pusing di kepala ini. Mana satukah jalan dan perkara sebenar yang berlaku dan perlu diakui?

Peristiwa lalu mengajarku untuk menilai setiap perbuatan dan apa yang bermain di fikiran. Dulu, daku anggap apa yang bermain di kepalaku semuanya benar dan itulah yang perlu dilakukan.

Hakikatnya, bukan seperti itu.
Apabila diluahkan, barulah disedari kesilapan diri sendiri, hanya syok sendiri-sendiri. Fikir banyak sangat. Jadi, panjang angan-angan, yang tiada bayangan.
Tetapi, atas kehendak Allah perkara ini berterusan. Kerana, suatu janji yang dalam rahsia Dia.

Kini,
Situasi ini bermain lagi di minda dan hatiku.
Hampir setiap hari. Makin lama makin menebal. Tebal dari sekeping buku dan tembok tahan arus laut.
Sentiasa berkata-kata. Kadang-kadang bermain suatu ‘lagu’ yang sama.

Daku selami diri sendiri. Apakah berangan-angan lagi seorang diri? Apakah fikir banyak sangat sampai jadi begini?
Selami lagi…. bandingkan kata hatiku dulu dan kini.

Sesuatu yang berubah.
Dulu,
Daku akui aku jahil. Jahil dengan erti kehidupan.
Pemikiranku hanyalah kampus dan keremajaan. Sampai suatu ketika, pernah terasa kelompok jiwa itu wujud suatu ‘kosong’.
Cop diri sendiri. Terasa apa-apa yang dibuat semuanya betul dan orang lain yang kurang dan tak kena saja.
Terasa ilmu dah tinggi, benda yang dibuat semua jadi sebab atas usaha sendiri.

Sehinggalah Allah yang Maha Mengatur dan Maha Menetapkan, berkehendak suatu kebaikan pada diriku.
Dan,
Kebaikan inilah yang sentiasa bersinar dan sentiasa didoakan agar bernaung di hatiku, selama-lamanya.

Dia sentiasa menyayangi hambaNya. Dia membentuk suatu perjalanan yang getir yang bakal mengubah jiwa yang jahil kepada cahaya iman dan takwa (moga sentiasa bersinar sehingga berjumpa denganNya. Amin).
Barulah daku kenal erti rendah diri, betapa agung dan besarNya Dia. Kenal hakikat dunia ini, dan betapa penting untuk mengharapkan kehidupan terbaik di sana.
Kerana hal inilah mengapa daku sentiasa mengasihi dan mengingati Dia. Mengapa daku sentiasa menyebut-menyebut tentang Dia. Dan berdoa terbaik buat dunia, terutama buat akhirat sana.
Jasa Allah, tidak sedikit dipandang sebelah mata. Betapa besarnya, sehingga mengubah orang hina (tak kenalNya) sehingga orang mulia (kenali Dia).
Terima kasih ya Allah kerana mengasihi aku yang lemah dan hina ini.

Perubahan ini…
Telah mengubah 100% gaya pemikiranku, dengan izin dariNya. Mengubah apa yang bermain di fikiran dan hatiku, dengan izin dariNya.

Kerana perubahan inilah,
Daku sedang mencari kata kunci atau kebenaran yang berlaku
Di sebalik peristiwa kini.

Apabila perkara ini kembali bermain di benakku,
Daku bertanyakan kepada Dia,
Apakah yang sebenarnya berlaku? Apakah yang patut daku lakukan? Bagaimana yang patut daku sebut dan katakan? Di manakah patut berdiri kaki ini?
Daku tak tahu. Terasa hanya bermain di fikiran sendiri, hanya antara ruang daku dan Dia.

Allah itu sentiasa Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
Dia sinarkan daku petunjuk akan perkara yang berlaku.
Tetapi,
Daku tetap jahil nak terima bulat-bulat. Setelah sedemikian lama, barulah sedar akan petunjuk Dia.

Peristiwa lalu menjadikan pengajaran bagiku dan berhati-hati dalam menilai dan berbuat sesuatu. Agar, tidak jatuh di lubang sama dua kali, dan bergerak maju lebih baik lagi.
Sedemikian pun perancangan dan pengetahuanku, daku sedar Allah mengatasi segala-galanya, dan daku berada dalam janji dan kehendak Dia.

Suatu Janji.
Oleh kerana janji Dia kepadaku,
Daku tetap mengutarakan perkara ini di sini.
Walaupun mungkin tidak benar dan syok sendiri,
Daku tidak kisah kerana Allah sentiasa mengasihi dan membantuku sehingga kini.

Wahai diri, wahai kebaikan,
Jika benar telah wujud suatu perubahan, daku pinta sampaikan kepadaku walau apa jua cara yang disenangi. Melalui emailku, reply di laman ini (tapi daku tak akan lampirkan kelak di sini), atau mana-mana yang pasti agar sampai kepadaku. Insya-Allah.
Biar jelas dan nyata, tak perlu nak segan atau terasa apa-apa. Tiada apa-apa yang berubah padaku, bezanya hanya dibimbing oleh Allah untuk menjadi lebih baik buat kehidupan ini dan di sana.
Hatiku menerima seadanya, dan daku bersedia apa jua yang bakal diterima.

Hanya, daku pinta suatu kepastian di sini. Itu sahaja.

Jika benar,
Kita merancang sama-sama. Mana yang terbaik, perlu ada satu kata.

Jika daku salah sangka,
Anggap ini bukan tulisanku. Lupa dan buat tak tahu saja.

Ya Allah,
Apa sahaja yang berlaku di dunia dan kehidupanku kelak,
Aku tetap hambaMu, wahai Allah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: