Sahabat yang Baik.

Hari ini hari Selasa, kan?

Baik.

 

Sekarang ini agak jarang menulis pada waktu dan hari sebegini (dulu selalu juga). Mungkin sekadar coret-coret dari tangan yang gatal, atau hati yang suka berputar-putar.

Teringin untuk menulis tentang sahabat yang baik.

 

Suatu ketika –tak lama, dalam beberapa ketika yang lepas saja-,

Daku menilai akan istilah ini.

 

Istilah ini terlalu bermakna kepadaku. Hal ini kerana,

Hatiku hanya satu.

 

Hati satu?      

Maksudnya,

Tidak semua benda boleh masuk dan senang-senang nak letak hatiku.

 

Dulu,

Daku pernah menulis,

Suka dan cinta pada benda dunia,

Itu bukan daku.

Suka dan cinta pada benda akhirat,

Itulah daku.

 

Jadi,

Dua perkara ini tak boleh masuk dalam kehidupan dan peribadiku. Sekadar memenuhi keperluan (tak mendatangkan mudarat) dan bukan berlebihan (mendatangkan kecintaan, bersenang-senang), itu adalah lumrah sebagai manusia untuk terus bergantungan hidup.

 

Jadi,

Jika perihal akhirat yang dipanggil (solah, azan, dan lain-lain) mendahului daripada perihal dunia (pergi jalan-jalan, shopping, riadah, sembang tak penting di kedai dengan rakan taulan), maka daku utamakan dan dahulukan perihal dunia.

Jika tidak,

Gelisah dan macam-macam lah tak kena pada fikir dan tubuh badan sendiri. Melainkan, betul-betul lupa dan tak tahu.

 

Begitu jua pada sahabat yang baik.

Sahabat, ramai dalam kehidupanku. Tetapi yang melekat, sentiasa dihubungi dan dalam ingatan,

Hanya seorang dua saja.

 

Apabila diriku telah menilai dialah sahabatku,

Maka sentiasa daku sangka baik dan mendoakan untuk dia. Jika berlaku sesuatu yang luar jangkaan dan tak senang, terus daku muhasabah dan memohon kemaafan.

Jika benar-benar berat (sukar nak terima) daku serahkan kepada Allah. Jika ada sesuatu yang nak daku lakukan, maka diberikan kekuatan. Jika tidak, lupakanlah.

 

Jadi, bagiku,

Sahabat yang baik itu ,

Sentiasa menghubungkan daku kepada Allah. Ada dirinya, tak putus hubunganku dengan Allah, tiada dirinya sentiasa daku doakan moga sentiasa dalam pemeliharaan Allah.

 

Yang paling nyata,

Sahabat yang baik bagiku,

Bukan sekadar di dunia. Tetapi biarlah sampai berjumpa Allah dan bahagia di akhirat sana.

 

Mungkin dirinya tidak menyedari daku menganggapnya sahabat yang baik,

Tetapi bagiku,

Daku sentiasa menganggapnya sahabat yang baik,

Kerana dengan bersahabat dengannya,

Membuatkan daku kuat dan bersemangat untuk berhubung kepada Allah, yang sentiasa bersama dan tidak pernah melupakan daku salama ini.

 

Hatiku hanya satu.

Selain dari orang yang Allah masuk dalam hatiku,

Hanyalah sekadar teman bertemu dan berbual, tetapi tiada berpanjangan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: