Menulis kerana Allah.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memelihara sekalian alam.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang sentiasa merahmati seklaian alam.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberikan petunjuk dan kemampuan buat sekalian alam.

Segala puji bagi Allah,

Alhamdulillah.

Detik yang terus berlalu,

Daku selalu menghitung.

Tambahan lagi apabila masuk suatu fasa

Allah, Dialah yang akan membentuk, membimbing, dan menunjukkna suatu jalan yang perlu daku lalui, bersendirian kini.

Nampak seperti kebiasaan, bersama rakan dan teman, berkerja, belajar, dan bergembira,

Tetapi setiap kejadian dan ketentuan itu yang tidak sama, dan inilah yang menyatakan perbezaan yang nyata.

Alhamdulillah, terima kasih bagi Allah yang memberikan daku petunjuk dan memilih untuk menyertai dan merasai.

Ujian dan Musibah.

Saban kali dihitung dan muhasabah akan dua perkara ini.

Setelah beberapa ketika yang lalu,

Daku sedar, daku perlu melalui suatu laluan yang berbeza daripada diriku terdahulu.

Jika dulu, semua peraturan, perancangan, dan pengaturan, itu mudah dan dalam kepala,

Kini tidak lagi.

Mengatur, merancang, dan berbicara akan perkara yang sama, tetapi daku tidak mampu menentukan keputusan ia.

Rancanganku sekadar usaha, yang menentukan ialah Allah Taala.

Alhamdulillah… segala puji bagi Allah yang Mengasihi hambaNya yang hina dan tidak ada daya upaya ini.

Setelah hampir 4 tahun dilalui perjalanan ini,

Terasa benar-benar impaknya kepada dlaam dan luaran diriku berbeza. Sesuatu yang bukan dalam kehendakku terdahulu (ketika remaja dan kanak-kanak), sesuaut yang meletakkan seseorang/sesuatu yang inginkan kepadaku agar melalui dan bersabar akannya.

Hasil daripada ujian, musibah, dan tahan derita dengan kesabaran,

Hasilnya membentuk suatu perubahan ketara kepada manusia.

Alhamdulillah…. Segala puji bagi Allah.

Di mana Allah?

Benar,

Daku bukan nampak Allah, malah daku tidak pernah dengar ‘kata-kata’ Allah.

Terlalu jauh dan bukan daku orangnya.

Tetapi,

Daku dengar suatu perintah.

Jika tidak dilalui, sesuatu yang tidak senang, gelisah, bermasalah, dan macam-macam lagi menimpa dalalm dan luar diri ini.

Bermula dari kata hati.

Hati itu bicara suatu perkara yang berbeza. Tiba-tiba ‘mengatakan’ sesuatu tanpa berfikir ke arahnya.

Sama ada senang atau susah, gembira atau payah, ia akan berkata.

Jika daku tersalah menilai dalam kata-kata itu, atau degil tidak mahu fikir atau menurut,

Tiada ketenteraman lagi. Sesuatu yang tidak kena –bukan dari perancangan selalu-pasti akan mendatangi.

Benar,

Memang tiada upaya daku memastikan sesuatu perkara itu datang daripada Allah atau fikiranku,

Tetapi yang pasti selepas itu pasti akan berlaku sesuatu.

Jika dari Allah,

Pasti sesuatu yang akan menimpa dan mendatangi, sebagai petunjuk atau musibah kerana tidak dituruti. Lagi dan lagi sampai pergi ke perkara itu.

Jika dari daku fikir sendiri,

Tak ada apa-apa yang berbeza berlaku. Macam itulah, fikir kot sana, tetap berada di situ.

Daku perlu sentiasa membezakan dua perkara ini, agar tidak salah faham atau menyalahkan itu dan ini.

Sesuatu yang perlu dilakukan.

Di kala terdahulu daku menulis,

Bukan itu maksud dan tujuan.

Tetapi ingin dibuang dan dikikis, segala keinginan dalam fikiran dan hati,

Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal.  (Taha:131)

Untuk diterima satu tugas dan peranan.

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.  (Taha:132)

Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya; dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah-sebelah siang; supaya engkau reda (dengan mendapat sebaik-baik balasan).  (Taha:130)

Demi Tuhan yang Menciptakan dan Membimbingku

Jika dalam ketetapanMu akan perkara ini yang ingin diperuntukkan kepadaku,

Permudah dan kurniakanlah taufik ke arahNya.

Jika tidak,

Maka jauhkan dan hindarkanalah daku dari berfikir dan berada di dalamnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: