Kembara 3: Masaku Milik Dia.

Hari demi hari terus berlalu.

Pejam celik pejam celik, tidur bangkit, lelap lena…

Terasa cepat dan pantas masa itu terus berlalu.

Meninggalkan pergi, sama ada orang yang melalui itu bersedia menghadapi atau masih ralik dan leka dibuai enak-enak mimpi yang menipu diri sendiri.

Begitu jua dengan diriku.

Hari yang terus berlalu,

Dihitung satu persatu. Peristiwa demi peristiwa, perjumpaan, pertemuan, suka dan duka,

Semua difikir dan dicakna

Ada hikmah dan pengajaran tersembunyi di sebalik bimbingan Tuhanku.

 

Benar.

Bukan semudah yang dijangka didikan dan bimbingan Allah, yang sangat mengasihiku, dan daku jua sangat mengasihiNya.

Bukan sedaya fikir dan kekuatan nak dilalui apa yang tercatat di lauh mahfuznya, jika dibandingkan dengan fikir dan kemampuan diriku (yang memang diciptakan dengan sifat lemah ini).

Tetapi,

Itulah Allah. Di mana-mana Dia berada, tak kira kira dan keadaan apa-apa.

 

Dia berhak membuat keputusan yang Dia kehendaki. Dia berhak memilih kepada sesiapa yang diingini. Dia jua yang Maha Menentukan dan Maha Mengetahui.Dia Maha Mengetahui kemampuan pada hambaNya, dan Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya yang ingin meraih iman dan takwa.

 

Daun-daun berguguran satu  persatu.

Awan mendung dan cerah terus berarak.

Bunyi-bunyian indah sang burung dan rakan-rakan mendamaikan.

Titisan-titisan hujan yang membasahi tersembunyi hikmah dan cerita, tidak mampu diolah, melainkan dari petunjukNya.

 

Kini,

Masa itu telah tiba.

Daku telah melakukan segenap persiapan dengan apa yang ada.

 

Kembara kali ini telah tiba pada masanya. Daku akan melakukan perjalanan sekali lagi dalam tempoh (agak hampir 2 bulan) hanyasanya kerana Dia.

 

Mengimbas kembali

Adalah kali ketiga daku berada di jalanNya, dalam masa yang agak lama. Jika biasanya memerlukan 1-3 hari, kali ini berganda-ganda harinya.

Maka,

Ia bukanlah semudah menulis di sini. Sungguh, kesungguhan keazaman dan taufik dariNya membuka jalanku buat kembara kali ini.

 

Ketika dulu,

Daku mengembara atas hati yang pasrah. Berserah atas segala yang dalam ketetapan Dia. Apa sahaja yang menjadi perhitunganNya, daku terima seadanya, kerana Daku hanyalah bahan ciptaanNya.

Inilah kali pertama terbina yakin 100% kepada Dia. Dari ada kemampuan sehingga tiada, hanya Dia yang berkehendak dan menguasai segala-galanya.

Apabila daku kembali ke tanah air, disedari banyak godaan dan ujian yang menjalar tiba pasca kembaraku yang pertama. Tetapi, atas asbab didikan dan bimbingan Allah akan yakin sepenuhnya kepadaNya, terasa diri ini sentiasa bergantung dan berdoa mengharapkan kebaikan atas setiap usaha dan peristiwa yang dilalui pasca di jalanNya.

 

Kali kedua,

Daku telah menggenggam usaha yang benar dan hak. Daku mencari segenap penjuru dalil dan sirah, melalui getir berjuang seorang atau ramai mengajak manusia kepada Allah.

Kembara keduaku,

Ditanam misi untuk belajar lagi dan lagi hakikat berada di jalan Allah. Belajar, bukan sekadar teori dan universiti , tetapi dengan pelbagai pengalaman yang dilalui, manusia yang ditemui, dan Allah sebagai yang memiliki segala ilmu dan pengetahuan segenap alam maya dan realiti.

Kembara kedua mengukuhkan daku akan apa yang telah dialami dan dipelajari. Bertemu dengan alim ulama dan suasana yang menaikkan semangat mengamalkan agama menurut cara sunnah Baginda, meluahkan syukurku kepada Allah kerana memiliku yang hina dan tiada apa-apa merasai setitis air yang  manis pemilik lautan manusia di syurga.

 

Kali ini, kembaraku kali yang ketiga.

Persediaan, persiapan, dan perjalananku,

Daku taklukkan hati dan jasad kepadanya. Apa yang diketahui sebagai panduan, apa yang tidak diketahui dipohon petunjuk dan perlindungan.

Daku lalui bukanlah sekadar memenuhi nisab tahunan. Ahh… betapa lemahnya terasa diri ini jika hanya memenuhi tuntutan peribadi sendiri. Sebaliknya, ini adalah usahaku menghampirkan diri dan merasai kebesaran Ilahi, untuk daku meletakkan ia sebagai amalan, dan menyampaikan kepada orang lain sama ada perlu atau tidak memerlukan.

Hanya,

Tidak mampu diolah perjalanan yang baru bermula.

Alhamdulillah… Allah telah sekali lagi memilihku melalui jalan ini. Betapa banyak ganjaran dan pahala yang akan diberikan, melebihi dari ibadah dan kebajikan yang daku usahakan selama ini.

Di samping,

Hati ini semakin bersih dan suci, berasa tenang dan tenteram dalam masjid dan surau, mengimarahkan dengan mengingati kebesaran Dia dan mengamalkan sunnahNya yang benar dan hak diketahui.

 

Sekalian pengunjung,

Doakan hamba Allah ini. Sungguh, benarlah doa itu senjata dan kekuatan. Berhaklah ia dijadikan iringan, selain usaha dan hati ikhlas mengharapkan keredhaanNya…

 

Fi amanillah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: