Monthly Archives: Julai 2013

Menjadi seorang penyabar.

Sabar itu merupakan usaha yang agung dan anugerah yang terlalu jelas. Sifat sabar merangkumi segala sifat kebaikan, dan sifat sabar dalam usaha jahat merangkumi segala jenis usaha kejahatan.

Besar nilai sabar pada diri seseorang hamba Allah yang menanggung ujian dari Allah. Ada ketikanya dia menerima kesenangan, dia bersabar agar tidak berlebihan dan menignati orang lain maka Allah tambah ganjaran untuknya. Manakala apabila meneriam musibah dia bersabar, maka Allah mengampunkan dosa dan menambah darjatnya di sisiNya.

Ini nilai sabar. Dan, yang paling penyabar ialah Allah SWT.

Continue reading →

Advertisements

Dunia dan akhirat

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Betapa besar dan agungNya Allah yang tiada hitung dan bandingannya dengan semua yang diciptakan olehNya di alam ini.

Alam yang terlalu luas dan dibangga-banggakan oleh para manusia dan jin, hanyalah sekelumit dan sempit di sisi Allah yang Maha Besar dan Maha Luas.

Continue reading →

Usaha di Kalangan Wanita

Usaha di kalangan wanita.

 

Usaha yang dihidupkan kembali ini,

Dimulakan oleh seorang ulama yang sentiasa dekat dengan Alah. Beliau bernama Muhammad Ilyas rah. Ketika usianya (sebelum menerima usaha ini), beliau telah menunjukkan sifat mulia dan berakhlak tinggi bagai seorang kekasih Ilahi.

Ahli keluarganya bukanlah dari calang-calang orang. Semua ahli keluarganya terpelihara, dari kalangan hafiz dan hafizah, belajar alim (ilmu agama) dan alimah, yang ada jua yang kembali mengajar dan menjadi tenaga pendidik di madrasah.

Maulana Ilyas bukanlah orang yang berbadan sasa, bertubuh kental, dan cergas fizikalnya. Diceritakan, beliau sentiasa sakit-sakit dan mengalami masalah kesihatan. Tetapi, walaupun sedemikian rupa keadaan, baginda terus berjuang untuk hidup kerana wujudnya satu kekuatan.

Itulah kekuatan rohani dan suci fikiran. Rohani yang tinggi di samping fikir yang luas untuk melihat bangunnya kembali usaha dakwah yang telah lama ditinggalkan oleh ummat di zaman ini.

Allah telah memilih beliau. Beliau pelajari dan dibimbing Ilahi untuk kembali menghidupkan dakwah menyeru kepada Allah, seperti mana usaha para Nabi dan Rasul.

Qul Lailaha illah, tuflihu.

 

Membangunnya usaha ke serata dunia!

Apabila Allah telah meletakkan suatu keputusan ada kebaikan di kalangan hambaNya, maka agama yang pertama sekali diberikan di hatinya.

Ketika hayat maulana Ilyas, usaha dakwah hanyalah di kalangan masyarakat asli di benua Hind. Tetapi, berkat fikir dan risau yang mendalam melihat ummat ini kembali mengamalkan agama, Allah telah membuka pintu hidayat sehingga ke serata dunia.

Hari ini,

Masjid-masjid telah banyak dibina. Dari orang yang dulunya jahil dan ingkar, kini kembali mendekati nilai –nilai agama.

Gereja-gereja yang kosong dibeli dan dibangunkan masjid di benua Eropah. Perancis yang dulunya Masjid hanya dibuka solat Jumaat, kini lebih 3000 masjid dibuka dan didatangi oleh ramai ummat Islam Perancis menunaikan solah bersama-sama.

Belum dikatakan di benua Hind yang bermulanya tapak pengorbanan dan jerit penih masyarakatnya membangunkan usaha dakwah menyeru manusia kepada Allah. Saban hari dan ketika, berpusu-pusu orang dari serata dunia hadir dan keluar di jalan Allah, tidak kira apa jenis bahasa, dan bagaimana mereka sebelumnya.

Ada yang bertato naga, ada yang mencorakkan tatu di lengan dan belakang badannnya. Kini, walaupun tatoo tersebut tidak dapat dibuang, tetapi gah dan bangga berpakaian dan membawa penampilan sunnah baginda s.a.w.

Inilah serba sedikit berkat usaha dakwah. Benarlah kata-kata baginda,

“Sesungguhnya tidak akan tersesat selama-lamanya, bagi sesiapa yang berpegang dengan al-Quran dan sunnah NabiNya.”  (HR Imam Malik.)

 

Di dunia mereka berubah menjadi lebih baik, moga di akhirat sana dipilih di tempat yang mulia diredhai oleh Allah Yang Maha Esa. Amin.

 

Usaha di kalangan wanita

Perkara ini jarang didengari. Sememangnya kebiasaan, sentiasa ahli jemaah dan mereka yang keluar di jalan Allah itu di kalangan lelaki.

Hakikatnya,

Wujud usaha di kalangan wanita. Bezanya, tertib (atau peraturan)­ buat usaha tidak sama lelaki.

Wanita usahanya mestilah di kalangan mereka. Usahanya pula hanya perlu tumpu kepada ahli rumah, dan jira tetangga di kalangan mereka.

 

Jika keluar di jalan Allah, wanita akan menginap di rumah yang telah ditetapkan, bersama rakan atau teman yang lain. (Bab ini, daku tak pandai nak cerita. Belum ada pengalaman lagi). Mereka pula keluar tidak sama lelaki. Seminima mungkin, kerana tangungjawab wanita yang paling perlu diutamakan ialah

Suami, anak-anak, dan tetangganya. Ini sahaja. Jika ada sebarang profesion atau kerjaya, perlu dijaga akhlak dan tatasusila, agar terhindar dari fitnah dan kerosakan yang melanda.

 

Keperluan usaha di kalangan wanita.

Mengapa perlu usaha ini wujud di kalangan wanita?

Hal ini berlaku pada beberapa perkara.

Pertama,

Allah telah menciptakan setiap kehidupan itu berpasang-pasangan. Oleh itu, sekiranya lelaki menerima hidayah dan taufik dari Allah, begitu jua di kalangan wanita.

 

Kedua,

Setiap lelaki dan wanita itu saling membantu, dan diberikan masing-masing ganjaran terhadap kebajikan yang dilakukan. Oleh itu, jika seseorang itu ingin merasai sendiri kasih sayang Allah pada dirinya, maka usahakanlah apa yang disukai oleh Allah untuk hambaNya melakukan kerana Dia.

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(At Taubah 71)

 

Ketiga,

Kekuatan dan pendorong lelaki itu terletak pada semangat dan sokongan dari kalangan wanita, iaitu isteri mereka. Mereka mungkin boleh usaha sehingga ke luar negara, tetapi mereka tidak akan mampu mendidik anak-anak kerana mereka jarang berada di rumah (mencari nafkah) dan tidak pernah wujud kasih sayang dan susah payah untuk menanggung zuriat seperti seorang ibu kepada anak-anaknya.

Apabila melihat isteri berfikir yang sama, anak-anak pula mengamalkan agama (walaupun tidak sesempurna mana), inilah yang mendorong semangat mereka, untuk meneruskan usaha mencari keperluan keluarga dan agama. Sekiranya isteri berfikiran berbeza, anak-anak pula penuh pancaroba (moga Allah sentiasa hindarkan dan jauhkan), maka bagaimana mungkin mereka jelas fikiran dan usaha buat mencari keperluan, apatah lagi kepada agama yang diredhai Tuhan.

Ulama berkata,

“Sekiranya wanita menambil usaha, nescaya tersebar hidayat seluruh alam.”

 

Keempat,

Sudah nampak terang di mata ramai wanita di mana-mana di atas muka bumi. Malangnya, mereka ini ramai yang jauh dari amalan agama, sehingga senang-senang mengikut nafsu dan tipu daya syaitan. Bertambah ganda dosa apabila senang-senang sebarkan cerita dan gambar melalui TV,akhbar, dan majalah. Bayangkanlah, setiap mata yang melihat satu dosa dicatit buat mereka. Jika 22 juta mata yang membeli, menatap, dan melihat, sudah 22 juta dosa dicatit pada mereka. (Bagaimana agaknya nak ceritakan pada Allah nanti?)

Perkara ini terlalu merungsingkan. Jemaah di kalangan lelaki mustahil nak usaha berjumpa dan ziarah di kalangan perempuan. Sedangkan, dalam diri semua orang nakkan nikmat syurga dan tak mahu azab neraka. Tetapi, tindakan tidak menggambarkan sedemikian rupa.

 

Oleh itu,

Inilah jalan dan usaha di kalangan wanita mengajak kaum mereka kembali kepada Allah. Jalan yang hak dan paling cepat, menutup segala urat dan aurat, mengubah rambut yang mengerbang kepada tudung litup yang sentiasa menutup badan.

Bukan tiada TV, ceramah, dan forum yang memperkatakan perkara ini. Tetapi, semakin banyak rancangan, semakin berleluasa orang melakukan kemaksiatan. Jika nak melihat melihat diri sendiri, keluarga, dan sahabat handai mengamali perubahan, maka carilah jalan yang Allah paling suka untuk hambaNya lakukan.

 

Nilai Wanita Solehah

Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan hina pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.

Continue reading →

Keluar di jalan Allah (2)

Justeru,

Keluar di jalan Allah ini sememangnya berlaku sepanjang zaman. Selagi,

Berlandaskan firman Allah dan sunnah Baginda SAW.

Jika benar tujuan, niat, dan keadaan,

Maka kelebihan dan pengorbanan mereka bukanlah sia-sia,

Malah bernilai tinggi sepertimana orang keluar fisabillah.

(sekali lagi, tertakluk pada NIAT, TUJUAN, DAN KEADAAN ORANG YANG MELAKUKAN IA.)

  Continue reading →

50 Pertanyaan, Hanya Pada Satu Jawapan

Abu Yazid Al Bustami merupakan seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.Ia masuk ke gereja Samaan tanpa diketahui oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia bersama-sama paderi lain menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap.

Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, ” ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini.”

Continue reading →

Keluar di jalan Allah (1)

Hari ini daku ingin menceritakan apakah sebenarnya yang dikaitkan dengan keluar di jalan Allah.

Selalu terdengar dan dikatakan oleh ramai orang, keluar di jalan Allah ini hanya berkaitan dengan peperangan (daku pun sama dulu). Pendek kata, tiada lagi (untuk Malaysia) orang yang perlu melalui jalan ini pada ketika ini. Hanya pada kes Lahad Datu dulu kecoh sikit perang di Malaysia.

Tetapi hakikatnya,

Tafsiran dan perkaitannya terlalu luas. Perkara ini jelas membuktikan memang manusia itu amat lemah dan kurang ilmunya.

Continue reading →

Allah Sebagai Pembimbingku

Adakah pelik apabila manusia berkata, “Allah yang akan tarbiyah (didik/bimbing) dia?”

Mula-mula daku sendiri pun rasa pelik apabila berkata, “Allah yang akan tarbiyah aku.”

Macam tak percaya. Macam merepek saja.

Continue reading →

Kemuliaan agamaku.

Dulu,

Daku tidak percaya akan suatu kekuatan. Sekadar tahu-tahu begitu saja adalah.

Tetapi, kini daku cukup takut dan gentar akan kekuatan ini. Jika diungkapkan oleh mulutku sekalipun, daku akan menimbang ia dengan sangat teliti, agar tidak sebarang perkataan yang keluar, yang mungkin tidak mendatangkan kebaikan sama sekali.

Itulah kekuatan doa. Dan, daku cukup yakin kerana adanya doa (olehku atau orang lain), masih berdiri daku di sini dan ada pertolongan yang tidak diketahui.

Continue reading →