Kemuliaan agamaku.

Dulu,

Daku tidak percaya akan suatu kekuatan. Sekadar tahu-tahu begitu saja adalah.

Tetapi, kini daku cukup takut dan gentar akan kekuatan ini. Jika diungkapkan oleh mulutku sekalipun, daku akan menimbang ia dengan sangat teliti, agar tidak sebarang perkataan yang keluar, yang mungkin tidak mendatangkan kebaikan sama sekali.

Itulah kekuatan doa. Dan, daku cukup yakin kerana adanya doa (olehku atau orang lain), masih berdiri daku di sini dan ada pertolongan yang tidak diketahui.

Apabila dikatakan senjata mukmin itu ialah doa, daku sedikitpun kini tidak sangsi. Bukan saja senjata untuk dihulur, tetapi senjata di dalam diri mukmin, yang menambah kukuhkan keyakinanNya pada Allah SWT.

Sebegitupun, doa hanyalah permohonan dari kelemahan dan kefakiran manusia yang memerlukan kekuatan dan pertolongan dari yang Maha Esa. Hakikatnya, Allah yang berhak menentukan buat hmabaNya. Sekiranya dalam ketetapanNya ada sesuatu yang lebih baik, maka tidak diperkenankan doa tersebut agar diberikan lebih baik kepada empunya badan.

Walahualam.

**********************

Dunia hari ini,

Betul-betul membezakan hidup beragama dengan hidup tanpa agama.

Nampak terlalu ketara, tetapi hanya boleh dikenalpasti apabila seseorang itu terbuka mata hatinya.

 

Dalam diri manusia,

Terdapat tiga jenis mata. Mata zahir (pancaindera), mata akal (berfikir/ berteori), dan mata hati.

Mata zahir umumnya manusia, jin, dan haiwan memiliki ia. Digunakan untuk melihat dan mengenal pasti apa yang wujud di alam sekelilingnya.

Mata akal umumnya manusia dan jin memilikinya. Kebolehan untuk merancang, mengatur strategi, dan berfikir untuk menyelesaikan sesuatu yang dihadapi.

Mata hati tidak semua orang memilikinya. Hanya orang tertentu yang bermujahadah membersihkan hati nuraninya daripada keinginan hawa nafsunya.

Apabila telah berjaya atau berusaha untuk menahan atau menghalang memenuhi syahwatnya,maka orang tersebut berjaya untuk membuka mata hatinya.

Yang paling jelas,

Membuka mata hati bukan seperti membuka mata di luar. Tanpa ada konsisten dalam kesungguhan (mujahadah) dan berterusan untuk menahan keinginannya, maka penglihatan itu kabur dan akan  membayangkan sebaliknya,

Iaitu antara nafsu yang sentiasa terus mengajak atau syaitan yang sentiasa terus menggoda.

Di sinilah menonjolkan kepentingan akal yang waras. Akal ini akan membantu mengenal pasti, sama ada dari mata hati atau keinginan nafsu sendiri.

Akal perlu kuat melihat dan menyeru Allah dan doa yang mathur dari baginda SAW. Sekiranya ia berterusan dengan mata dan akal sentiasa melihat kepadaNya, maka itulah pandangan mata hati petunjuk Allah SWT.

 

Bukan mudah untuk mengenal pasti, tetapi apabila telah dikenali, sangat penting untuk diteruskan dan jangan sesekali lemah terhadap apa yang berlaku di kemudian nanti.

 

Islam agamaku.

Begitu jua bagi sesiapa yang benar-benar mencintai agamanya.

Ada tiga jenis keadaan manusia yang menggambarkan agama mereka.

Pertama, melalui mata kasar.

Maka, di luar atau dalam kad pengenalan menonjolkan agama mereka. Bagi mereka, ini sudah mencukupi.

Kedua, melalui mata akal.

Orang ini betul-betul mengkaji dan melihat apa yang wujud dalam agamanya. Dipelajari dan dipraktikkan, sesuai dengan tuntutan agamanya.

Ketiga, melalui mata hati.

Orang ini memperoleh petunjuk dari Allah. Difahami sedikit diamalkan berterusan. Amalan yang konsisten ini diamalkan membukan pintu kefahaman akan agamanya. Kefahaman ini berlandaskan akal yang bersih dari keinginan duniawi, dan seperti mana terdapat dalam al-Quran dan hadith nabawi.

Kefahaman ini menonjolkan keghairahan untuk mendalami dan berusaha mengkaji agamanya. Diselusuri setiap satu persatu agamanya dan menyedari kesesatan dan kekurangan agama lain berdasarkan pengetahuan yang diperoleh.

 

Inilah Islam, agamaku. Islam ini lahir dari tempat yang suci dan menjadikan penganutnya sentiasa suci.

Islam itu adalah agama yang diredhai. Diterjemahkan pada dua istilah ini, ia tersebar kepada semua hidupan, yang diciptakan oleh Tuhan yang Esa, Allah SWT.

Kedua istilah itu,

Iman dan Ehsan.

 

Iman dan Ehsan.

Iman itu bermula dengan kalimah tauhid, Lailaha Illallah. Disampaikan oleh seorang utusannya dan mengaku dia sebagai nabinya iaitu, Muhammad bin Abdullah SAW. Maka, perlu yang masih hidup mengaku bahwa Lailaha Ilallah Muhammadur rasulullah. Seseorang yang beramal dengan tuntutan kalimah ini, dialah orang yang beriman.

Ehsan ialah akhlak sang utusan Allah. Akhlak ini yang membawa mesej siapakah itu seorang muslim (orang Islam). Bagaimanakah perbuatan, tingkah laku, percakapan, dan lain-lain lagi bagi seorang yang mengaku sebagai MUSLIM.

 

Maka, seseorang Islam itu lahir dari dua perkara yang sesudahnya, iaitu Iman dan Ehsan. Mengucap sahaja dua kalimah ini, maka Islamlah dirinya, kerana tunduk pada tuntutan Allah sahaja layak disembah, dan Muhammad itu ialah utusan Allah.

 

Sebegitupun,

Allah telah menetapkan kedudukan manusia yang menyerahkan diri (aslam) kepadanya.

Umumnya, terdapat tiga kedudukan.

Kedudukan pertama, ialah MUSLIM. Muslim ialah mereka yang mengucap kalimah syahadah, kemudian melakukan syariat yang dituntut atas empat perkara, iaitu solat lima kali sehari semalam, puasa di bulan ramadhan, menunaikan zakat, dan pergi haji. Ingkar salah satu, terus jatuh kafir.

Kedudukan kedua, ialah MUKMIN. Mukmin orang yang biasa beramal pada tuntutan lima perkara, mereka beriman akan tuntutan iman, iaitu enam perkara. Beriman (yakin) kepada Allah ,Malaikat, Rasul, Kitab, Hari Akhirat, dan Qadak Qadar.

Kedudukan ketiga, ialah MUHSIN. Mereka juga digelar MUTTAQIN. Muhsin/muttaqin orang yang beramal pada sifat yang disukai oleh Allah dan Rasulnya.

Inilah tiga kedudukan umumnya pada seorang yang beriman kepada Allah. Sebegitupun, bukanlah perkara mudah untuk berubah dari satu darjat ke darjat yang lain, melainkan keinginan yang mendalam, mujahadah dan sabar menghadapi setiap dugaan dan cabaran iman, serta kuat berkorban kerana Dia sehingga Allah tambah kefahaman akan nilai dan pentingnya agama  dalam kehidupan.

 

Umat yang makin rosak.

Umat ini,

Makin lama makin jauh dari hidayah  Allah dan ajaran Rasulullah.

 

Setiap agama dan bangsa,

Bagai satu dan tiada apa yang membezakan mereka.

Semua buat perkara yang sama, makan yang sama, pakaian yang sama, bercerita perkara yang sama, suka dan duka atas perkara yang sama.

Tiada langsung berbeza dari rupa luar dan tingkah laku. Di manakah identiti mereka?

 

Seorang teman pernah berkata,

“Inilah budaya sekularisma. Apabila manusia itu bezakan kehidupan dan agama, maka tidak lagi nampak berbeza sesama manusia.”

Maksiat senang-senang dilakukan, dosa pahala seperti tiada apa-apa nilai dan kepentingan.

 

Orang yang dulu hanya penghibur jalanan, kini diangkat sebagai idola dan tokoh kejayaan.

Apa gaya, budaya, corak pakaian, dan aktiviti, semua dituruti tanpa dibangkang sama sekali.

Seronok terpapar gambar di TV, majalah, dan akhbar dengan pelbagai cerita dan aksi, tak peduli nilai Islam, dosa atau pahala yang akan dihitung nanti.

 

Apabila agama itu hanya di rumah ibadat, dalam IC,

Manusia tidak lagi peduli dan sensitif untuk berkata akan perkara ini.

 

Moga Allah sentiasa memelihara dan menjauhkan dari terjebak  fenomena “tiada agama” ini. Amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: