Di manakah pilihan anda?

Entahlah. Mungkin disebabkan mata ini sudah berpusing dan terlalu banyak merenung perihal masyarakat.

Masyarakat, macam itulah. Biasa-biasa saja. Tiada apa yang istimewa.

Ada yang berkeluarga, ada yang berkerjaya, besar atau kecil, muda dan tua. Ada yang masih sekolah, ada yang dalam dukungan ibunya.

Hidupnya mereka semua dalam nilai yang sama. Sistematik pada sangkaanku.

Pagi (jika berkeluarga), hantar anak ke sekolah. Jika bujang, sambung tidor sampai masa kerja/ kelas.

Tengah hari, balik dari ambil anak dan rehat di rumah dan makan nasi (kalau balik). Kalau tak, beli di kedai, lepak-lepak sampai masuk kerja balik. Anak-anak, sambung rehat sampai petang.

Petang, bersama keluarga, berehat panjang sikit, atau beridah. (ketika ini, daku pun tak masuk kepala nak bubuh input. Jadi, banyak luangkan masa buat aktiviti lain lah.)

Malam, hari yang dingin. Baik jika digunakan untuk banyakkan amal ibadah. Tenang. Jika yang jahil bab amalan, habiskan masa main internet, tengok tv, dan lain-lain lagi.

Kemudian tido, dan sambung lagi esok pagi.

 

Inilah kehidupan setiap hari. Berputar balik saja. Yang beza, usia makin meningkat, anak makin membesar, kerja makin banyak, dan masalah makin bertimbun. Jika kenal sikit agama, rasa kubur makin hampir, dan entah bila nak meninggalkan dunia ini.

 

Merenung kehidupan macam ini saja… terasa tiada beza dan apa yang syoknya? Nikmat ini, orang lain pun dapat malah lebih baik lagi. Nikmat itu, orang lain pun terima. Masalah ini, orang lain pun ada, dan suatu ketika ia akan pergi.

 

Benda-benda macam ini semua terancang, dan dirancang. Dalam pengalamanku, jika manusia itu tidak kenal akhirat dan kehidupan itu bertuhan (ikut agama masing-masing), mereka seperti hidup robot. Mula-mula elok, pastu lama sikit mula buat hal tunggu nak rosak. (Hahaha…. jangan marah ya!)

 

Jadi,

Allah bagi tahu sesuatu. Itulah kehidupan sebenar yang hakiki.

 

Dunia dan akhirat

Dunia ini:

Main-main, senda gurau, sementara

 

Akhirat itu:

Kekal, nikmat atau azab, selama-lamanya, tidak akan sama, tiada penghujung dan sama.

 

Perkara ini membuatkan daku selalu berfikir, “Wahhh! Ada lagi hidup yang lebih baik dan sempurna! Tak akan sama dan sentiasa berubah dan berbeza suasana! Kalau nikmat terus  berterusan bertambah nikmat! Kalau azab, terus berterusan bertambah azab (hisss! Tak mahulah!).”

“Yang lebih menarik, kekal dan itu milik orang yang perolehinya! Tak akan lagi berkurang sampai bila-bila. Tetapi, ada yang rugi… bila orang itu ada masuk syurga sebab rahmat Allah dan orang yang tidak mahu tambah amal dan berkorban keranaNya.”

 

Hati itu melonjak kegirangan melihat ada lagi tempat yang lebih baik dan tak macam robot di dunia ini. Sering kali daku lihat, bila orang muda sembang nak ke CC atau pusat-pusat untuk  berhibur, yang pelajar universiti, berkisar tentang subjek, kerjaya, dan perihal kahwin. Yang tua, cerita tanah, kebun, anak,cucu, cicit, dan isteri. Yang hidup tak ada erti, duk diam tengok orang buat itu dan ini.

Semuanya sama. Termasuk diriku sendiri. Cuma yang bezanya,

 

Susah nak cari orang yang cakap perihal agama, pentingnya sentiasa mengingatkan kehidupan kemudian, dan betapa besar kuasa Allah dan bernilainya tempat di akhirat sana.

Huhhh… rasanya inilah paling susah nak dengar. Dalam kuliah dan masjid, masih juga masuk cerita yang mengingatkan kenikmatan hidup duniawi walaupun topiknya tentang akhirat.

 

Pilihan di tangan anda!

Namun,

Nak kenal kepada manusia dan yakinkan kepada mereka tentang nilai agama, kuasa dan kebesaran Allah ,dan seronok, nikmat, syok, untung, dan macam-macam lagi tentang akhirat,

Bukan mudah seperti dijangka.

Susah!

 

Eh…. kenapa pula?

Sebab, akhirat itu (khusus syurga) adalah ketetapan Allah. Tentang penghuni dan penduduknya, sudah dalam ketetapan Dia (inilah yang merisau dan membuatkan daku sentiasa rungsing setiap masa. Ya Allah… pilihlah….). Walaupun dalam ketetapanNya, tidak pula diletakkan rezeki dan lain-lain seperti ketetapan di dunia ini.

Jadi, nikmat dan rezeki di akhirat bergantung amal di dunia. Banyak amal dan usaha dan niat, maka bertambahlah di sana. Sikit, sikitlah di sana.

 

Apabila nak bercerita pada orang lain, ada yang terima, ada yang tidak. Kerana, hidup di dunia ini melalaikan manusia. Langsung tak ingat kepentingan agama dalam kehidupan, dan Allah dalam setiap urusan. Jadi, suasana dunia tidak gambaran akhirat. Orang dah lalai dan lupa akan perihal ini (nauzubillah.)

 

Jadi,

Semuanya terletak pada hidayah dan taufik dariNya. Yang penting, sentiasa doa mohon Allah sentiasa beri petunjuk, dan tunjukkan usaha kita nak terbaik di sana. Barulah Allah akan beri taufik berganda.

 

Moga Allah sentiasa menyayangi dan menempatkan terbaik di syurga sana. Amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: