Tarekat dan Syariat.

Biasanya keadaan penulisanku,

Gaya penulisannya adalah cukup mudah. Tidak banyak berbahasa, beribarat, bermain, atau berseni kata. Olahanku gaya bersahaja, ringkas, dan logik diterima minda. Ini kerana bukan sekali kala daku menulis, malah boleh dikatakan tiap-tiap minggu perlu menulis. Topik pula tidak sama. Pelbagai dan macam-macam cerita.

Jadi, asal boleh diterima akal fikiran, jelas di pandangan, merenung masa depan, dan keyakinan asal tetap pada Allah dan RasulNya, maka itulah manhaj (aka kaedah –ecehh…. :P) penulisanku.

Tujuannya pula, untuk disampaikan input dan pandangan dari fikiran. Dalil kurang digunakan kerana perlu banyak masa nak rujuk (aka maleh nak cari-lambat…-). Kebanyakannya sesuai untuk semua peringkat, khusus peringkat orang fikiran luas merasai kebesaran Allah. insyaAllah.

 

Justeru, penulisan dalam laman ini walaupun pelbagai, tetapi rujukan dan kotak sandaran tidak lari dari hujah al-Quran dan Hadith. Apa yang baik itu datang dari Allah, jua yang buruk daripadaNya, hanya dinisbahkan kekurangan hamba Allah yang menulis ini.

****************

Daku teringin untuk mengolah akan dua istilah ini; iaitu tarekat dan syariat.

Bukan mencari definisi, tetapi cara aplikasi.

 

Baik. Syariat (syarak, syari’e) itu semua orang tahu. Paling mudah, apa yang terkandung dalam rukun Islam,dan termaktub dalam rukun Iman, itulah syariat.

Manakala tarekat ialah jalan. Jalan mengaplikasi syariat berdasarkan suatu disiplin atau panduan.Suatu jalan yang membawa manusia itu kepada Allah.

Definisi tarekat sebenarnya luas dan ada yang mendalam. Kebiasaannya dikaitkan dengan tasawuf. Kerana orang bertasawuf ini lain sikit sifat dan keadaan pengamalnya. Jadi, mudah untuk orang lain mengenali mereka, maka mereka dan orang lain menyetujui menggunakan istilah tarekat.

Dalam buku Tasawuf Kontemporari tulisan Nidzam abd. Kadir, diumpamakan syariat itu ialah suatu lautan yang luas, dan tarekat itu ialah kapal yang berlayar dalam lautan tersebut. Kapal itu tidak boleh berlayar di daratan (non-syariat), dan kapal mesti berlayar dalam lautan (syariat). Oleh itu, tarekat wajib dikenali dan dipatuhi apa yang terkandung dalam syariat, selagi dia bersifat seorang muslim yang waras.

 

Perbezaan Syariat dan Tarekat.

Perbezaannya,

Tarekat ini ada disiplin, guru (pembimbing), kaedah tertentu, dan ada adab dalam melakukan. Ia mendalami terhadap amalan syariat yang dipraktikkan. sedangkan syariat Islam itu sifatnya umum. Sekiranya tiada salah satu dari perkara ini, mereka bukanlah orang yang bertarekat, sekadar mengamalkan apa yang disyariatkan.

Tarekat jua adalah suatu pilihan. Jika seseorang itu meyakini baik hubungannya dengan Allah, mengamalkan apa yang disyariatkan, berbuat baik sesama manusia, dipersilakan untuk tidak bertarekat. Agama Islam itu mudah, tiada paksaan (untuk mendalami), dan sesuai pada setiap zaman dan peringkat manusia.

Adakah mereka yang amalkan dalam syariat itu tidak baik dan pahala amalannya kurang seperti orang bertarekat? Tidak. Terima atau tidak itu dalam ketentuan Allah. Cuma, tarekat ini lebih khusus untuk mengamalkan sesuatu perkara. Ada kaedah, dan bimbingannya tertentu. Jika tidak dilalui tarekat tersebut, mungkin seseorang itu lalai atau leka menyembah dan mengenali Allah s.w.t.

 

Disiplin Tarekat.

Hakikatnya,

Tarekat bukanlah hanya untuk orang sufi (meskipun yang paling popular kepada orang sufi aka kaki zikir) . Tarekat, iaitu jalan yang membawa manusia menuju Allah itu sangat luas dan pelbagai. Menuntut ilmu juga tarekat. Berzikir jua tarekat. Beribadah jua tarekat. Berdakwah jua tarekat. Moden kini, tarekat ini boleh diumpamakan sebagai sebuah persatuan/pertubuhan/pergerakan. Tetapi, persatuan yang bukan mengajak membesar dan memuja manusia, sebaliknya persatuan yang mengajak manusia meyakini dan menuju Allah.

Jelas, setiap jenis tarekat ini ada disiplin dan panduan yang berbeza. Menuntut ilmu perlu ada guru dan disiplin bersama gurunya, tempatnya, hafalan, dan ujian. Orang yang menuntut ilmu ada dalil dan hujah tegas yang menaungi mereka di sisi Allah di akhirat kelak.

Orang berzikir jua ada tempat, guru, panduan, dan disiplinnya. Apabila dibicarakan tentang zikir, mereka ialah ahli dan pengamalnya. Ada hujah dan dalilnya, ada tempat dan naungan mereka di sini.

Begitu jua orang yang banyak beribadah. Ibadah tanpa guru sesat. Ibadah dengan guru adalah kewajiban. Ibadah ialah kepala amalan. Ia pelbagai, khusus pada solah, al-Quran, puasa, dan perkara sunat. Tempatnya paling mulia di masjid, rumah pula bukanlah alasan untuk tidak dijadikan tempat peribadatan. Orang yang sentiasa bersujud dan beramal, ada natijah yang baik di dunia, jua tempat terbaik di sana.

Begitu jua dakwah. Dakwah ini jua ada disiplin, tempat, adab, guru(pembimbing), dan amalannya tertentu. Dalam dakwah jua ada disiplinnya tersendiri. Sebaik-baiknya, setiap individu perlu usahakan beramal 12 usul ketika keluar jalan Allah, ketika pulang ke rumah. Jika tidak diamalkan, tidak masalah, cuma tidak sempurna ketika berada di tempat sendiri. Tempat khususnya ialah masjid dan rumah. Bagi usaha menghidupkan masjid (di kawasan sendiri), ada 5 perkara (disiplin) yang perlu diusahakan. Bagi menghidupkan dakwah di rumah, ada tiga perkara utama perlu diusahakan.

Dakwah ialah usaha menghidupkan kembali nilai dan penghayatan agama yang makin pupus di kalangan masyarakat Islam. Hidup yang bertuhankan sekular, berhujahkan hiburan dan kebaratan, mengejar semata-mata material dan keduniaan, nyata dan jelas bukan amalan orang yang berilmu dan tahu nilai al-Quran dan sunnah untuk kehidupan, baik dunia atau akhirat.

Terus terang, dakwah ini tarekat yang bersifat umum. Tiada pembimbing khusus, melainkan Allah s.w.t. (orang lain menjadi pengantara Dia). Bukan hanya kaum lelaki yang perlu berusaha dan pergi berdakwah, semua orang ada tangungjawab masing-masing, sama ada lelaki, wanita, tua, muda, pelajar, tak terpelajar, miskin, kaya, dan lain-lain.

 

Bukan sekadar tarekat!

Sekalipun dakwah ini ada tarekat (jalan)nya yang tersendiri, hakikatnya dakwah bukan sekadar tarekat. Sekiranya tarekat itu adalah sekadar pilihan, dakwah bukan sekadar pilihan. Sekiranya tarekat adalah untuk memahami dan mendalami perkara syariat,

Dakwah adalah kewajipan. Nak tak nak, jika tidak mahu melalui tarekat dakwah, yang nyata perli berdisiplin, beradab, berguru, bertempat, dan berkaedah dalam berdakwah, dipersilakan (lebih kepada: wajib walau untuk diri sendiri) untuk melakukan sebagaimana yang rasa baik dan boleh meningkatkan iman. Malah, dakwah bukan sekadar memahami dan mendalami syariat, ia mengamalkan kembali syariat yang rata-rata sudah ditinggal-tinggalkan, dan menghidupkan suasana amalan sunnah Rasulullah s.a.w.

 

Kenyataannya, di sebalik tarekat para anbiya’ ini, ia adalah beban tanggungjawab dan kerja yang perlu diutuskan kepada sekalian manusia. Ia suatu jalan mengajak manusia kepada kebenaran dan hakikat sebenar kehidupan.

Perbezaan tarekat anbiya ini pada masa kini, dulu hanya kepada Nabi dan RasulNya, tetapi setelah khatamun Nabiyyin diutus dan wafat, maka tiada Nabi lain lagi. Namun, Allah telah meletakkan ketetapan, tarekat ini tidak akan berakhir. Kerana dalam tarekat ini wujud tugas dan tangungjawab untuk orang lain. Maka, penerus tarekat ini adalah ummat baginda yang di akhir zaman.

Sekiranya manusia kini menyatakan dakwah sebagai pilihan atau tarekat orang tertentu untuk buat dakwah saja, mereka telah tersalah faham dan sebenarnya tak faham tugas yang bernilai besar dunia dan akhirat ini. Hal ini boleh difahami kenapa berdasarkan artikel terdahulu daku tulis dalam laman ini berkenaan kepentingan dakwah. Boleh rujuk kembali.

(Pendek kata, kalau manusia tidak ambil ~ tak dipilih Allah buat kerja dan menikut jalan ini~ mereka tetap kena juga menyampaikan perasan dan peringatan untuk orang lain.)

 

Oleh itu,

Dakwah ini adalah suatu tarekat(jalan) yang paling istimewa, unik, dan luarbiasa. Dakwah sebenarnya adalah tarekat para Nabi, sedangkan zikir tarekat para wali, ibadah tarekat para abid, dan ilmu itu (lebih menjurus) tarekat pada ulama’ dan fuqaha’.

Dakwah ialah tanggungjawab, dakwah jua suatu kerja nubuwwah, dakwah jua tarekat tertinggi hamba pilihanNya.

Dakwah mengembalikan manusia kepada mengenal asal usul kejadiannya, dan merasai kepentingan syariat dalam kehidupannya.

Dalam dakwah terhimpun segala amalan dan perkara syariat, diberi taufik (kekuatan) untuk berzikrullah, dan mencari ilmu untuk menyampaikan kepada ummah. Sedangkan, tarekat lain khusus pada sesuatu amalan dan belum tentu adanya penekanan peri pentingnya, melainkan pada kuantiti yang sedikit.

Tanpa dakwah mengajak manusia kepada Allah, benda lain pula akan ‘dakwah’ mereka, sehingga meninggalkan syariat dalam agama (bukan sekadar buat sikit-sikit syariat, sampai tinggal terus!) . Nauzubillah.

 

Ala fi kulli hal, ini adalah panduan umum dan melihat skop tarekat yang lebih luas. Apa yang menjadi jalan hidup Rasulullah, sahabat, dan orang-orang soleh, ini yang dijadikan ikutan. Keutamaannya, berdasarkan tarekat/jalan masing-masing. Jalan dakwah,  dakwah itu menjadi keutamaan, ketika menjalani kehidupan bersyariat. Tarekat ilmu, ilmu diutamakan ketika menjalani kehidupan bersyariat. Begitu jua pada zikir, ibadah, dan lain-lain.

 

Kesimpulan dan PALING PENTING, tarekat ini mendekatkan seseorang di sisi Allah. Orang bertarekat nampak kesungguhan dalam memegang amalan yang dibimbingi, dan adab yang perlu dipatuhi. Bukan sekadar niat untuk Allah, tetapi amalannya tidak menunjukkan kepadanya (seperti sibuk bincang isu semasa, dunia, dan perihal terkini). Maksudnya, niat dan amalan betul-betul menambah keyakinan dan keimanan di sisi Allah. Oleh yang demikian, selain daripada tujuan dan matlamat ini, bukanlah tarekat yang diperbincangkan di sisi agama. Itu tarekat duniawi (banyak sangat, sampai tak minat nak dibincangkan di sini).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: