Kehidupan itu memerlukan Allah.

Assalamualaikum w.b.t.

Salam sejahtera di petang Jumaat.

Semoga sama-sama mengambil manfaat di atas hari yang penuh berkat, dan penuh dengan rahmat. Mengharapkan sentiasa penuh dengan kebaikan dan kemudahan berpanjangan di dunia dan akhirat.

Hari Jumaat, sangat baik untuk membanyakkan selawat. Hal ini kerana, terdapat sabdaan Rasulullah akan kepentingan selawat pada ummat Islam.

Hari ini menulis lewat sikit. Alkisah, terdapat beberapa perkara perlu diselesaikan, di samping tak ade internet connection sendiri di bilik.

“Eh… kenapa kamu tak de internet? Semua orang ada lah… kenapa?” tanya seorang kawan.

Pusing-pusing-pusing nak jawab apa…. akhirnya jujur dan ikhlas berkata, “Tak boleh, nanti banyak kerja snediri tak buat. Sibuk dengan tenet tak habis-habis.”

Betul kan? Mana habis main internet. Pagi petang siang, malam, sambung pula hari esok, lusat sehingga ke waktu tua. Huh… tak habis. Nak pusing satu dunia dalam internet, mana habis dalam satu jam atau satu hari.

Tambahan lagi, tak bijak dengan programming komputer –tak ada bakat-. Kena ada masalah, memang tak boleh selesai kalau cari sendiri dalam internet. Lebih baik tanya orang lebih mengetahui.

Huhuhu… membebel pula.

 

Hidup perlukan Allah.

Berkenaan masalah itu, pagi-pagi hari ini tiba-tiba ada sedikit masalah. Tak dapat selesai jua,tetapi daku terasa lebih baik keluar dari kotak masalah, cari kepada perkara yang lebih berguna.

Buat solat sunat Dhuha, merayu dan mengadu pada Allah. walaupun tak betul-betul khusyuk, tapi dah bersinar hati melihat kepada Dia (ingat senang ke nak yakin kepada Dia?).

Akhirnya, tercetus suatu ilham,

Hidup ini perlukan Allah.

Ya…. semua orang tahu hidup ini perlukan Allah. Sebagai seorang Islam, siapa yang tak tahu kan?

Tetapi, sesiapa yang faham, yakin dan percaya hidup ini perlukan Allah?

Sebagai kita buktikan. Dalam solat 5 hari sehari semalam, sesiapa yang sentiasa mengambil berat waktu solatnya? Dan siapa lagi yang sentiasa mengimarahkan rumah Allah di kawasan perumahannya? Dan, siapa lagi yang sentiasa duduk sebentar untuk berzikir atau lain-lain, menunjukkan keinginan dia beribadah kepada Allah s.w.t.?

Kenyataannya, sepanjang daku sentiasa melihat-lihat manusia di dalam dan ke luar masjid,

Hampir 90% ke atas akan terus keluar dari masjid seusai sahaja imam habis baca doa.

Ya! 90%, tuan-tuan dan puan-puan!

Jadi, betulkah kita perlukan Allah? Sedangkan datang ke rumahNya tak lebih 10 minit. Itupun kerana kefarduan. Kalau jadi sunat yang dah fardu, entah berapa lagi yang nak datang?

Melihat pada situasi ummat yang makin suka pada urusan duniawi (sehingga sanggup berdalil hujah agama untuk urusan dunia), daku risau akan diri sendiri, dan orang yang bersama denganku. Bagaimana mereka yang terhindar dari ujian dan fitnah ini? Bagaimana mereka akan bina yakin dan rasa Allah itu perlu letak dan masuk ke dalam hati…

Kerisauan itu menitipkan sentiasa doaku kepada mereka di sisi Allah. Kerana, hanya Dia sahaja yang boleh menyelamatkan dan memelihara mereka dari keadaan ini.

(kalau macam ni… bila lah mungkin Islam nak menang… )

Bagaimana ingin merasai perlukan Allah?

Mungkin ada orang tertanya-tanya, bagaimana nak rasa perlukan Allah?

Senang saja jawapannya. Allah sentiasa ceritakan dalam al-Quran, bahawa manusia ini bila ada masalah baru cari Dia. Bila tak ada masalah atau dah terlepas dari masalah, lupakan Dia.

Dia juga kata, sedikit sekali orang-orang yang bersyukur.

Berdasarkan kata-kata Dia ini, ternyata kebanyakan manusia akan letak atau menjadikan Allah sebagai harapannya bila tidak tahu sesiapa lagi nak menolongnya. Hanya Allah sahaja mampu menolongnya. Ketika ini, Allah sahaja yang diperlukan manusia.

Masalahnya, manusia tak buta mata, tetapi hati dia kabur dan banyak berjerebu. Jadi, keperluan pada Allah diletakkan pada kepala, bukan pada hati. Hasilnya, bila selesai masalah, tengok pada yang lain lagi.

Kunci kepada rasa perlukan Allah ialah kena banyak bersabar dalam meminta kepadaNya. Apabila terima sesuatu nikmat, kata, “Alhamdulillah… Allah izinkan kepada saya.” Jika terima musibah, kata “Allah nak aku lebih meminta kepada Dia,” atau lain-lain. Jadi, sabar itu kunci masuk Allah dalam hati.Pendek kata, antara orang yang suka berzikir dengan sabar dalam berzikir, lain rasa Allah pada jiwanya.

Oleh itu, nak jadi seorang yang sentiasa merasai dirinya kerdil (ini keperluan kedua. Kena rasa diri sendiri tu tak mampu buat apa-apa tanpa kehendak dan taufik dari Allah), kena sentiasa merendahkan dirinya sendiri di hadapan manusia sebelum merendahkan diri di hadapan Allah. Jika berjaya, barulah kebesaran Allah masuk dalam hati anda.

Dan, banyakkan berzikir dan berdoa bersungguh-sungguh kepadaNya. Dalam doa, banyakkan puji Dia dan ceritakan kelemahan anda. Akhir sekali, jaga hubungan anda dengan Allah. Maksudnya, sentiasa pergi solah berjemaah di masjid (bagi lelaki), duduk sebentar selepas solah, dan ceritakan kehebatan Allah kepada manusia.

-seronok bila seseorang sentiasa merasakan dirinya perlukan Allah. boleh selesai masalah dalam tidur.. hahaha…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: