Aku Menulis kerana Allah.

Alhamdulillah… segala puja dan puji aku kepadaNya.

Pemilik sekalian alam, pemilik sekalian makhluk, pemilik segala penciptaan, dan pemilik diriku yang lemah dan tak terdaya ini.

Segala puja dan puji bagi  Allah,

Yang sentiasa mengurniakan petunjuk dan kebaikan, memelihara dan melindungi dari segala kejahatan. Dialah yang menyempurnakan, Dialah jua yang memberi segala kekuatan.

 

Kata-kata dari hamba yang lemah ini terhadap Dia yang Maha Kuasa,

Demi Allah… aku tidak buat apa-apa sekiranya tiada Dia membantu dan menunjukkan jalan.

Pimpinlah aku ya Allah…. walau apa jua keadaan.

Kadang-kadang,

Terasa berat bimbingan Allah. Terasa getir dan perit menghadapinya. Pernah sekali dua, tiga, dan lagi… menutir air mata mengenangkan bimbingan Dia.

Tetapi, Dia sentiasa melihat dan memrhatikan apa yang dilakukan kepada hambaNya. Dia menyampaikan sesuatu, agar hati dan jiwa hambaNya tenang, menyedari Allah sentiasa memerhatikan dan tahu apa yang sedang berlaku kepadanya.

Sekiranya tidak melalui manusia sebagai pengantara, dihantar haiwan, air, angin, dan apa sahaja makhlukNya yang lain untuk mententeramkan hati si hamba.

Ketika itu, diketahui dan disedari Allah sedang memerhati dan mengetahui keadaanNya. Dipikul kembali kekuatan dan kesedaran, agar sentiasa mengharapkan  dan memohon kepadaNya.

 

Masa berlalu dan berlalu,

Allah terus menghantar bimbinganNya. Dia tahu di mana kemampuan si hamba, apa yang perlu dilakukan kepadaNya.

Ada hambaNya teguh pada bimbingan fizikal, Dia membimbing jiwanya pula. Ada hambaNya teguh dengan bimbingan kekayaan, Dia membimbing dengan kemiskinan. Ada hambaNya teguh dengan bimbingan kesihatan, Dia membimbingnya dengan kesakitan dan penderitaan.

Allah ingin membimbing hambaNya, agar hambaNya bersih dan tenang, sama ada di urusan dunia atau di akhirat sana.

Apalah sangat dunia ini… orang yang terlalu mengejar urusan duniawi, pasti sibuk masa dan tak berhenti kejar masa yang ada. Gaji besar dirasakan sikit. Anak yang ramai masih dikatakan sedikit.

Tak faham… apa yang terlalu bernilai dunia ini di mata manusia? Kenapa Allah tak suka hamba yang dibimbingNya cintakan dunia, masukkan dunia dalam hatinya? Biar sahaja untuk keperluan harian, bukan sebagai tujuan atau kepentingan?

Allah sentiasa nak dia sukakan akhirat. Allah nak dia bina yakin pada akhirat. Allah nak dia nanti dan harapkan akhirat.

Allah nak minta pada Dia, bukan pada makhluk yang ada banyak dunia. Allah kata Dia yang segalanya, makhluk cintakan dunia pun dalam genggamanNya. Mereka tetap hambaNya, rezeki mereka tertakluk kepadaNya.

Mereka berharta, sebab Allah nak bagi mereka harta. Mereka berpangkat, sebab Allah nak bagi mereka pangkat. Mereka berkuasa, sebab Allah nak bagi mereka kuasa.

Jika Allah berkehendak mereka miskin, ada sesiapa mampu menghalang Dia? Jika Allah berkehendak mereka ditindas, ada sesiapa boleh menghalang Dia? Jika Allah nak mereka tumpas, ada sesiapa boleh menghalang Dia?

Bawalah segala kerajaan yang wujud di atas dunia lawan kerajaan yang ada. Cukup sekadar satu nyamuk patah sayap masuk di telinga, cucuk pada otak. Lihat pada lama lagi dia boleh rasa kesenangan itu semua dalam tangan dan ketetapan diri mereka.

 

Beginilah kehebatan Allah, dan beginilah keyakinan dan keimanan yang Allah nak bina pada hati hamba-hambaNya. Bila hambaNya benar-benar yakin kepadaNya, barulah hambaNya akan kenal Dia.

Kenal, bukan sekadar berteori agama. Tetapi kenal, melalui mata hati yang terpancar cahaya mengenali Dia.

Ketika itu, ketaatan pada perintah dan laranganNya, bukan sekadar perintah. Tetapi, rasa kecintaan menunaikan ia, perasaan gundah dan hiba di atas larangan yang dilakukanNya.

Takut Allah yang  sentiasa melihat perbuatannya. Takut, kerana bimbang Allah tidak suka dengan perbuatannya. Takut… Allah tidak lagi mahu membimbingNya.

Walaupun betapa baik dan pemurahNya Allah, Allah tidak pernah memerlukan setiap hambaNya. Tetapi hambaNya yang sentiasa memerlukan Dia.

 

Aku menulis kerana Allah.

Daku tidak tahu dan sedar di manakah kesedaran ingin bertapak di penulisan ini. Tetapi….

Setelah lama daku menulis di sini,

Daku sedari satu perkara,

Iaitu sentiasa daku berkata-kata dan mengingati Dia.

 

Kerana Dialah daku melalui satu perkara. Perkara yang menghidupkan sesuautu yang memang tiada langsung dalam fikiran dan perancanganku.

Kerana Dialah jua kekalnya daku bernafas di antara muka bumi. Mengungkapkan puji dan syukur kepada Dia, kerana Dia suka puji-pujian kepadaNya.

Kerana Dialah, Allah yang menguasaiku. Kerana Dialah, tempat daku berserah diri.

 

Tangan ini mengatur jari menaip demi aksara dan aksara

Menghidupkan hati agar tidak lagi mati

Melihat manusia dan dunia mereka

 

Ya Allah

Kerana Engkaulah daku adalah daku

Menjadi penyerah dan hamba kekal kepadaMu

Terus dan terus menulis keranaMu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: